Tuesday, September 29, 2009

3 minggu sahaja

3 minggu genap sudah saya bermalam di Negara panas lembap ini. Dari 8 hingga 30 september. Pelbagai peristiwa manis dan pahit telah saya lalui. Banyak cerita dan pengajaran diperoleh.


“3 minggu je ko balik. Sekejapnya.”


Ramai tidak percaya dengan tempoh kepulangan saya ke Malaysia. Terlalu singkat. Sampai rumah, tidur makan, tolong ayah dan ibu lepas itu balik semula ke Mesir. Itu saja. Tiada masa diluangkan untuk berjalan dengan kawan lama, bercuti di Malaysia, attachment di hospital dan lain lain. Buka kelip mata, esoknya sudah bernagkat ke Mesir. Baik duduk di Mesir sahaja.


Itulah tanggapan orang dengan hanya 3 minggu sahaja. Tapi dalam tempoh itu, banyak saya telah manfaatkan. Sengaja saya pilih tarikh pulang selepas hari raya supaya dapat bertemu dengan saudara mara. Sengaja saya pilih cuti aidilfitri yang mana cutinya di Malaysia kalau bagi pelajar dan pekerja swasta selama 5 hari dan kalau yang kerja kerajaan cutinya selama seminggu. Inilah masa paling sesuai untuk berjumpa kawan lama. Ini semua adalah pengajaran yang diperoleh ketika pulang


Ke Malaysia pada tahun 1 dulu. Waktu itu saya bercuti selama 3 bulan tapi berapa kerat sahaja saudara dan kawan yang saya sempat berjumpa. Itupun saya terpaksa berjalan jauh ke univerisiti mereka semata – mata untuk bersempang mata dan merapatkan lagi hati yang semakin jauh.


3 minggu bukanlah suatu tempoh yang singkat. Bila orang kata saya balik sekejap terkadang rasa sedih juga kerana tidak dapat merasakan kenikmatan berada lama di Malaysia. Tapi bila difikirkan semula kenapa mahu duduk lama di Malaysia. Kenapa tidak hanya 3 minggu sahaja atau lebih sekejap dari itu seperti yang dilakukan kawan saya yang hanya balik seminggu saja kerana urusan penting.


Hati tenang bila kembali kepada asal. Hati juga suka kepada keselesaan. Itulah antara sebab kita pulang ke Malaysia. Kembali kepada asal untuk berjumpa dengan kawan lama saudara mara. Selesa kerana tangan yang selalu basuh pinggan di Mesir ditukar shif kepada tangan tukang gaji di Malaysia.


Pulang ke kampong bukanlah hajat kita sahaja. Ibu bapa di kampung juga berhajat menanti kepulangan anaknya. Menjelang aidilfitri ada saja iklan kreatif di televisyen memaparkan tentang kesedihan ibu atau ayah menunggu kepulangan anaknya yang berjauhhan. Pilu melihat iklan tersebut. Terasa bagai panah tembus pada hati sendiri kerana belajar di perantauan yang terkadang lupa kepada ibu dan ayah di sana.


Itulah 2 sebab penting pulang ke kampung. Namun begitu alasan di atas tidak boleh digunakan untuk berada lama di Malaysia. Kalau duduk lama di Malaysia hanya perkara yang sama dilakukan setiap hari lebih baik duduk di Mesir cari syeikh belajar kitab. Kalau tidak suka belajar kitab, pergilah merantau mana – mana hayati sejarah para nabi terdahulu. Begitulah juga kalau duduk di Mesir hanya tidur dan makan sahaja baik tidak perlu datang jauh untuk belajar di Mesir.


P/S : Banyak kerja masih tertangguh di Mesir dan Malaysia. Ada lagi barang yang masih belum dihantar pada kawan. Nampaknya kenalah pangjangkan cuti. Tapi kalau macam itu, kesianlah kerja di Mesir sana. Laporan masih belum siap lagi.Hm..

0 komen: