Wednesday, August 26, 2009

Risalah

[Iklanceramahmingguancopy2.jpg]

"Jat, tolong bagi risalah ini kat rumah kau dengan rumah atas." Abrar menghulurkan saya beberapa kertas sempena program Balighna Ramadhan anjuran PCM. Ada 2 kertas iklan berwarna pink, risalah ramdhan, borang muhasabah diri dan wirid solat terawih.

"Eh, Ceramah Ust Hairulnizam buat di rumah Pokwe? Muat ke?" Terkejut saya bila melihat kertas iklan tadi menyatakan ceramah perdana seorang mantan presiden PMRAM akan diadakan di rumah sempit begini.

"Tak confim lagi tu." Jawab Abrar.

"0o0. Okla. Terima kasih Abrar atas risalah berguna ini." Saya mengambil risalah tadi lalu beredar.

Terdetik di hati saya. Banyak sungguh kertas yang digunakan oleh AJK pelaksana program. Sungguh mereka ini sangat tidak berkira dengan duit. Bayangkan terdapat lebih daripada 100 buah rumah di Mansurah ini sahaja. Setiap rumah akan mendapat paling kurang 5 helai kertas. Maknanya semua sekali hampir 500 helai digunakan. Itu baru edaran sekali. Edaran seterusnya pula juga hendak disediakan 500 helai kertas juga. Kemudian hendak mencari tenaga penulis lagi. Saya lihat muka depan dan belakang risalah masih lagi orang yang sama menulis. Idea sama yang dilontarkan ketika risalah pertama dahulu. Bila dilihat editor memang sikit. Sedih. Dahlah editor ini mempunyai banyak lagi tugasan lain seperti mengedar mengedit dan mencari idea untuk tajuk. Tambah pula mereka ini baru mengenal bumi Mansurah yang berlatakbelakangkan pelbagai ragam manusia baik dan jahat, nakal dan buas. happy-go-lucky dan sad-go-lucky serta bermacam - macam lagi. Ingin pergi edar kepada senior takut kena marah atau tidak tahu lokasi rumah. Kalau kepada rakan sekuliah takut mereka buang begitu sahaja risalah ini. Dugaan. Walaubagaimanapon tahniah diucapkan kepada AJK Balighna Ramadhan. Semoga apa yang kamu usahakan di bulan mulia ini diganjari oleh Allah.

Apa yang kurang disenangi di sini adalah pemanfaatan kertas itu setelah diedarkan atau kesan yang diperoleh kepada pembaca setelah membaca risalah tersebut. Adakah kertas ini akan menjadi koleksi filem di sebuah rumah atau pon menjadi debu bertebaran bersepah - sepah di merata rumah? Inilah yang dirisaukan setiap kali terdapat edaran samada dari
Unit Pembangunan Insan atau Unit Hisbah.

Pelbagai reaksi daripada setiap orang. Ada yang membaca kemudian menampalkannya di ruang tamu untuk dibaca ahli beyt atau tetamu yang hadir. Ada yang membaca kemudian terlupa untuk mengedarnya kepada ahli beyt. Ada yang baca tajuk sahaja kerana malas hendak membaca isinya yang panjang. Ada yang baca artikel bagus sahaja. Ada yang langsung tidak membaca tetapi masih lagi tampalkannya di ruang tamu untuk dimanfaatkan ahli beyt yang lain. Mungkin kerana dia tidak minat membaca. Dan ada yang langsung tidak baca lalu membuat dajal terhadap sang kertas tadi seperti membuat lapik untuk periuk dan kuali, menconteng kertas dan paling sayu sekali bila melihat kertas yang baru diedar sudah ditempatkan ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah dari tuan rumah.

"Ni ada sedikit risalah dari UPI. Bacalah yer." seorang AJK UPI menziarah salah sebuah rumah pelajar medik

"Aduh, risalah lagi. Buat semak rumah je." Keluh tuan rumah.

"Takper, saya tampal terus dekat dinding ni. Nanti takdela kertas ni merewang ke tempat lain. Lagipon boleh dibaca semua orang. Orang yang menziarah rumah ini pon dapat manfaat sama. Boleh ke tampal ni?" Tanya AJK UPI tadi.

"Hm..Tampallah." Jawab tuan rumah selamba.

Itulah beberapa cabaran yang dihadapi tukang posmen UPI ini. Letih mengedit dan mengedar kemudian dicemuh pula oleh penerimanya.

Pentingkah risalah ini semua sampai ramai sekali yang tidak begitu endah akan kewujudannya? Petingkah menulis risalah?
Pentingkah membaca risalah? Pentingkah mengambil manfaat daripada risalah ini semua ? Mungkin soalan - soalan ini tidak patut ditanya oleh seorang pelajar yang sudah tahu selok belok sejarah kebangkitan militan Islam ketika negara Islam dijajah pada perang dunia pertama dahulu.

"Zaim, tolong tulis risalah sikit. Takde oranglah sudi menulis." Ketua Unit Pengedaran dan Risalah UPI selalu ketandusan tenaga untuk mencari penulis. Sehinggakan ketua UPI sendiri terpaksa menulis walaupon dibebani tugas berat lain lagi.

"InsyaAllah. Tapi rasa macam tak boleh buat dalam masa terdekat ni. Ada kerja lain lagila" Jawab Zaim.

Oleh itu, setiap risalah yang diedarkan patutlah diambil ihtimam oleh seluruh warga Mansurah. Jagalah risalah ini seperti surat cinta daripada kekasih di Malaysia sana. Kalau yang sudah lama jangan dibuang. Kumpul banyak - banyak kemudian buatkan satu buku yang mengandungi koleksi risalah walaupon UPI dan UH sendiri tidak buat sebegitu. Atau mungkin boleh dibuat buku nota medik kalau ada muka yang kosong di belakang kertas. Bila letih baca nota medik boleh juga rehatkan minda dengan membaca risalah. Atau tampalkannya dalam bilik sendiri di tepi katil jika ahli beyt lain mengizinkannya. Kalau tidak boleh tidur boleh baca sementara menunggu proses mengantuk. Ingat. Kertas bukannya tidak ada nilai. Memang pelajar medik ini sangat kaya sehinggakan barang tidak bernilai dibuang begitu sahaja. Barangan branded dan bernilai tinggi sahaja yang dijaga dengan rapi. Itupon masih ada lagi golongan yang tidak sayang barang mahal kepunyaannya. Rosak sedikit beli baru. Barang tersebut ketinggalan zaman terus dibuang. Barang canggih yang baru keluar terus beli walaupon harga mencekik darah. Nampak benda menarik di pandangan mata ZAP terus ambil. Akhirnya duit habis berhutang dengan orang sambil menunggu kemasukan duit baru dari kerajaan atau FAMA. Pandangan harta sangat mengindahkan .

"Hm..Arab ni. Buang macam itu je risalah ramadan ni." Firdaus mengambil kertas berkonyok terdampar di tepi jalan lalu mengibaskannya. Dibetulkan kekonyokan itu dan terus membaca. Sedang dia berdiri kaku di bahu jalan tiba -tiba datang satu teksi dari arah bertentangan bising membunyikan honnya.

"Pak!"

"Aduh!" Cermin sisi teksi tadi terlipat akibat berlanggar dengan tangan Firdaus. Mujurlah kena cermin sisi dan tangan Firdaus tidak luka. Hanya sedikit lebam dan kemerah - merahan.



Friday, August 21, 2009

Nak pergi masjid mana ya?


Bulan puasa datang lagi

Berikut adalah direktori masjid sekitar syaimak, tir'ah, gala' dan gamaah mengikut level bacaan :

1. Masjid Sidik
-Kawasan Gamaah, depan sikit dari Masjid Salab dalam 100 meter

2. Masjid Salab
-Kawasan Gamaah, depan pintu pagar kuliah tibb
-Cakap pemandu teksi berhenti kat kuliah tib, lepas itu seberang jalan, nampak masjid dengan lampu warna warni, itulah dia

3. Masjid Salam
-Kawasan Salam,
-Ini luar kawasan budak medik, tapi sebab bacaan dia best sangat sampaikan nak masuk juga dalam list ini.

4. Masjid Masakin
-Kawasan Blok A, dekat dalam kawasan perumahan kakitangan gamaah

5. Masjid Al - Ghazali
Kawasan Blok A, tak pasti sangat lokasi secara tepat.

6. Masjid di akhir Syarik Nakhlah
-Tersembunyi sikit, nak pergi tanya penulis dulu

7. Masjid Amin
-Kawasan Syaimak, Syarik Nokiti

8. Masjid Firdaus
Kawasan Samanudi, Hujung Syarik Samanudi 3

9. Masjid Jamal
Kawasan Blok A, Masjid warna hijau depan Studio Al-Wazir

10. Masjid Abrar
Kawasan Blok A, Sebelah kiri blok A

11. Masjid Ibadur Rahman
Kawasan Gala', depan sikit dari Masjid Jamal

12. Masjid Samanudi
Entah

13. Masjid tepi Masjid Amin
Kawasan Syaimak,

14. Masjid Nur
Kawasan Istad, Syarik Iman,

15. Masjid Wadi
Kawasan Blok A, depan Masjid Abrar


- Pergilah jelajah semua masjid ini. Kalau solat satu masjid sahaja mungkin rasa mual atau bosan dengan bacaan imam yang sama tiap - tiap hari. Satu lagi sebab nak rasa zuk atau khusyuk dalam solat bila dengar bacaan imam.
- Ini ikut pendengaran saya. Jadi kalau tak puas hati Masjid Salab bukan no 1 jangan marah.
- Tolong tambah lagi beberapa masjid bagi siapa yang tahu. Biar cukup sampai 30 masjid lagi bagus. Sehari satu masjid.
- Entri ni untuk ikhwah Malizi sahaja. Akhawat Malizi tanya Mr Pengerusi kita dulu kalau nak pergi
-Akhir kata, Selamat menyambut Ramadhan Mubarak.

P/S : Lepas ini nak buat jadual berbuka puasa dari masjid terpilih. Masjid Salam tiap2 hari.Lagi...Entah..Masjid sekarang ini tengah cari penderma. Siapa sudi bolehlah labur duit sikit.

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan


ramadhan kembali menjelma

dipikul seribu satu rahmat

bagi jiwa ketandusan belaian dariNya

berdamping sentiasa taubat nasuha


ramadhan kembali menjelma

ceruk kamar bermunajat sang alpa

rintihan menghiasi gelita malam

menghapuskan kejahtan zulam

melembutkan hati sang purnama

menyirami kasih pelusuk manusia


ramadhan kembali menjelma

jernihan manik menyelusuri pipi

dipenuhi harapan bergunung tinggi

menanti curahan rahmat dariNya


Ramdhan kembali menjelma...


Thursday, August 13, 2009

Malaysiaku tanah tercinta



Hingga hari ini angka kematian daripada jangkitan h1n1 meningkat sehari demi sehari. Nampaknya mekanisme yang diatur oleh pihak kerajaan langsung tidak memberi kesan kepada pengurangan angka ini. Apabila pelajar di satu sekolah dijangkiti baru hendak ditutup. Sepatutnya kalau hendak tutup sekolah, tutup semua sekali. Kuarantin semua sekali.


Kalau dilihat statistik kematian dan kes jangkitan, Malaysia adalah nombor ke 3 paling tercorot dalam menangani masalah ini. Jumlah kes sebanyak 2253 dan kematian sebanyak 44. Maknanya peratusan kematian daripada jangkitan adalah 1.95%. Nampak rendah. Tapi kalau dibandingkan dengan negara lain memang Malaysia adalah paling teruk. Nombor satu adalah Brazil diikuti pula dengan Argentina. Masing - masing mencatatkan peratusan kematian daripada jangkitan sebanyak 7.5% dan 6.76%.

Antara negara di asia tenggara Malaysia juga adalah yang paling tercorot. Myanmar sendiri negara yang sangat mundur tidak mencatatkan angka kematian dengan jangkitan sebanyak 18 orang. Negara jiran malaysia, Thailand, indonesia, brunei dan singapura masing - masing mencatatkan peratusan kematian daripada jangkitan tidak sampai 1%. Brunei yang terletak didalam sabah dan sarawak hanyak melihatkan satu kematian daripada 850 jangkitan. Indonesia 3 kematiah sahaja daripada 771 jangkitan. Singapura 10 kematian daripada 1217 jangkitan. Filipina 9 kematian daripada 3207 jangkitan. ( sumber : wikipedia )

Negara penerbit virus ini tidaklah mencatakan peratusan yang tinggi. Mexico 0.88 iaitu 162 kematian daripada 18390 jangkitan dan Amerika 0.94%. iaitu 436 kematian daripada 45926 jangkitan. Kalau hendak menyalahkan Malaysia kurang teknologi untuk mengawal merebaknya virus ini tidak boleh diterima langsung. Ini kerana negara mundur seperti myanmar mampu menangani masalah ini dengan jayanya.

Manakah tindakan kerajaan yang terbaik dalam menangani kes ini? Mungkin bukan kerajaan sahaja yang tidak patut dipersalahkan. Rakyat juga mesti memberi tangan bagi mengelak penularan yang lebih teruk. Namun begitu, bagaimana rakyat hendak menolong. Rata - rata yang mati adalah dari kalangan orang miskin dan pesakit hospital yang mana sistem imunisasinya sangat lemah. Golongan kaya dan berketurunan raja diberi perlindungan yang sangat rapi manakala golongan lemah hanya menunggu kematian akibat tidak diendahkan oleh kerajaan.

Konsert maksiat dan majlis berunsurkan syirik bertebaran sana sini. Hanyalah parti pembangkang yang berusaha keras membasmi perkara haram di Malaysia ini. Ulama -ulama su' hanya makan gaji buta daripada kerajaan dengan cara berdiam diri terhadap gejala rosak dan punah di negara tercinta ini.

Negaraku negara Islam. Tapi benderanya seperti Amerika. Nasib baiklah ada bulan. Bolehlah orang luar bezakan diantara negara Amerika terkutuk dengan negara Malaysia terlembap. Itupon kalau dia nampak anak bulan tersebut. Kalau digantikan dengan bulan penuh nescaya lebih cerahlah masa depan negara.

Malaysia sentiasa maju dalam perkara buruk. Indeks rasuah sedunia, menunjukkan Malaysia sentiasa ingin menjadi juara dalam berasuah. Indeks kemiskinan juga Malaysia sentiasa menduduki tangga teratas. Sedihnya Malaysia. Kenapalah kerajaan gemar menonjolkan Malaysia dalam perkara buruk

Saturday, August 1, 2009

Tangan gatal ingin menulis

Tadi baru tengok video Gerakan Mansuh ISA (GMI). Perhati satu persatu rakyat dikasari oleh polis sendiri. Gas pemedih FRU ditembak secara berhadapan dengan orang yang berarak. Polis siap tendang perut lagi orang yang ditangkap. Baju Dr Hatta koyak nampak tubuhnya. Memang tiada belas kasihan langsung. Kalau diperhati sejarah perhimpunan yang dianjurkan pembangkang yang inilah paling teruk sekali. Orang belum mula berkumpul polis sudah mula bertindak menangkap mereka yang disyaki. Ada orang yang ditangkap sebelum solat jumaat lagi kerana telah memakai topeng untuk berlindung dari gas pemedih FRU. Apa sudah jadi dengan polis ini? Orang ingin pergi solat jumaat kamu pergi halang mereka.

Teringat saya memori dulu ketika menyertai perhimpunan. Saya masih tidak ingat kenapa perhimpunan itu diadakan. Yang saya ingat perhimpunan itu dibuat di depan plaza tol di salah sebuah lebuhraya dan saya nampak pimpinan tertinggi seperti Wan Azizah dan Ust Hadi dari jauh. Ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya berhimpun walaupon ianya tidaklah sehebat BERSIH dan GMI. Dan yang paling gembira sekali adalah waktu itu saya masih di sekolah rendah. Haha.

Hari itu ayah ajak ikut pergi berhimpun .Saya pon cakap malaslah ayah. Berat jugalah hendak pergi ketika itu. Mana tidaknya. Masih budak lagi dan tidak faham apa yang mereka ingin buat ini. Macam tiada faedah langsung. Abang pon marah dan paksa saya pergi

"Jomlah pergi! Daripada duk rumah main game tu. Baik jadi pondan kalau tanak bertempur di medan perang. Dah. Cepat siap." Keras suaranya

Terpaksalah juga saya pergi. Umi dengan kakak tinggal rumah. Ayah abang dengan saya pergi. Dalam setengah jam sampailah kami ke tempat yang dituju. Saya tengok banyak kenderaan lain sudah memenuhi lebuhrya teresebut. Kereta kami terpaksa letak jauh di belakang. Memang lebuhraya itu telah dikhaskan oleh puak pembangkang untuk berhimpun. Kami keluar dari kereta dan kemudian menuju ke tempat pimpinan tertinggi akan bercakap.

Ketika pemimpin bercakap saya nampak dari jauh lima trak lori berwarna merah datang dari arah plaza tol. Kami semua berkumpul 50 meter dari plaza tol tersebut. Waktu itu saya nampak seperti Wan Azizah sedang bercakap tapi samar - samar.

"Bang, tu lori apa warna merah tu?" Saya tanya abang dalam kebingungan.

"Tu la trak FRU." Jawab abang.

"FRU? Apa tu? DIa orang nak buat apa kat sini?" Saya bertanya lagi.

"Budak ni tak majulah. Tu la. Asyik dok terperuk dalam rumah tak baca berita. Canelah nak tau. FRU ni lah nanti kang dia sembur gas pemedih mata kat kita." Terang abang

"Eh, Orang pakai helmet ultraman tu pegang senapang? Dia nak tembak kita sampai mati ke?" Tanya saya ketakutan.

"Tu la senapang gas pemedih mata. Kalau kena kat mata ijat naya nanti. Dahla ko tu kecik. Sebab tu ko kene duduk ngan abang kat belakang - belakang sikit. Ayah tu da sampai kat depan tu. Takper ayah pro." Saya dekatkan tubuh saya dengan tubuh abang. Rasa takut bila dengar dia cakap begitu.

"Rasanya FRU tu tengah bagi amaran kot. Sebab tu tak jelas apa orang depan cakap." Terang abang lagi. Saya cuba menjengketkan kaki untuk melihat dengan lebih jelas lagi apa yang berlaku kat depan. Kemudian tiba - tiba saya dengar sesuatu

"LARI!" Seorang remaja dalam linkungan 20-an menjerit menyuruh para hadirin lari. Masing - masing sibuk lari ke belakang menyelit di celah - celah kereta yang diparkir sepanjang lebuhraya itu.

"Ijat! jom lari." Abang menyedarkan saya yang leka melihat orang berpusu pusu lari. Tangan abang menggenggam lengan saya supaya lari bersama - sama.

"Kenapa nak lari ni?" Saya tanya abang sebaik sahaja sampai ke tempat selamat.

"FRU tembak gas pemedih mata. Kurang ajar betul dia." Terang abang sambil termengah - mengah menarik nafas. Tiba - tiba saya rasa mata saya berair dan disusuli pula dengan kesakitan yang amat.

"Bang, kenapa dengan mata ijat ni?" Saya menggosok mata saya dengan tangan ternyata kesakitan yang dirasai tidak hilang. Saya lihat abang pon mula menggosok mata dia.

"Kita dah kena gas tu. Dia datang dari depan dan cepat meresap sampai sini. Cuba cari air nak hilangkan pedih." Takut saya mendengar abang cakap. Akhirnya apa yang abang cakap sebentar tadi terkena pada saya.

"Boleh buta ke kalau kena ni?" Tanya saya cemas.

"InsyaAllah tak. Takper. Yang penting cari air dulu." Lega saya dengar. Kemudian saya nampak longkang yang ada air bertakung dalamnya.

"Kalau ambil air longkat takper? Tengok macam bersih je air longkang tu" Tanya saya. Kesakitan itu amat pedih sekali dan saya memang terdesak hendak mencari air.

"Jangan! kang kene bacteria lain masuk lagi susah nak rawat." Pesan abang.

"Dik. Amek air ni . Basuh mata tu." Datang satu suara dari tepi sambil menghulurkan botol air. Air dalam botol tersebut masih tinggal setengah lagi.

"Terima kasih pakcik." Abang mengambil botol tersebut lalu terus mencurahkannya atas mata kemudian memberi pula pada saya. Saya buat sepertimana abang buat. Masih tidak hilang lagi kepedihan. Saya curahkan lagi sampai air dalam botol hampir hendak habis. Ternyata masih tidak hilang lagi kepedihan itu kecuali sikit sahaja.

"Cukup jat. Dia memang takkan hilang kejap camtu jer. Air ni nak bagi hilang pedih sikit. Ijat kene tahanla pedih yang masih tak hilang. Tak lama lagi dia hilanglah tu." Terang abang. Memang banyak betul dia tahu. Saya yang masih budak mentah ini hanya mengikut sahaja apa yang disuruh

Belum sempat pedih di mata hilang, saya dengar bunyi helikopter dari atas.

"Bang, helikopter tu nak sembur gas pula ke?" Tanya saya cemas.

"Tak kot. Kalau guna helikopter sembur memang kejamla." Jawab abang

Tak lama kemudian saya nampak kelibat wajah ayah dari jauh. Lega saya melihat ayah datang. Baju ayah basah berpeluh . Matanya merah

"Ijat ngan amir ok?" Tanya ayah kerisauan.

"Ok jer cuma pedih sikit mata." Jawab abang.

"Ayah ok ke? Nampak rileks jer. Kitorang tadi kene gas pemedih mata tau." Terang saya sungguh sekali

"Ayah kene teruk lagi. Dok depan memang kene direct la gas tu. Lagi kuat effect." Jawab ayah

"Skang ni tok guru soh balik. Perhimpunan dah selesai. Polis buat kacau." Terang ayah. Lega saya mendengar. Akhirnya boleh balik main game kat rumah setelah bergelut dengan cuaca panas dan juga polis yang bertindak kasar terhadap rakyatnya sendiri.

Inilah sedikit pengalaman saya berdepan dengan polis FRU. Sekarang ini saya ada di Mesir. TIdak berpeluang saya menyertai lagi perhimpunan yang diadakan bagi sama - sama merasai jihad di Malaysia. Terpaksalah saya berjihad untuk dur sani di sini. Dengan menghadiri majlis ilmu di sini dapat saya mengubati kerinduan berjihad di Malaysia sana.

Nota : Cerita ini saja nak hilangkan stress study dur sani.