"Balik bila?"
"8/9 ni."
Ramai yang bertanya bila saya akan pulang ke Malaysia. Tiap kali ditanya terasa begitu terharu sekali masih ada lagi ingatkan diri ini walaupun saya jarang bertegur sapa dengan mereka tapi mereka masih tidak lupa kawannya yang sedang belajar di perantauan ini.
"Kalau balik tu bawala buku dari PMRAM."
Ramai yang suruh kirim barang. Jubah, kopiah, baraka, dan segala benda yang nampak Islamik. Tapi dalam banyak - banyak pesanan, barang di atas adalah yang saya pelik dan suka. Pelik kerana berbeza dengan orang lain dan suka kerana inilah golongan yang akan mewarnai Islam dengan ilmu dan amal bukan dengan hanya fizikal sahaja yang gah dengan Islam.
"Balik nanti pergilah ceramah kat masjid. Jangan asyik perhabiskan beras saja atau melepak tak buat apa - apa"
Beratnya tugasan ini. Ilmu di dada seperti kelopak air dan amalan pula sangat sedikit. Inikan pula hendak berceramah.
"kenapa nak balik?"
Soalan ini paling susah hendak dijawab. Terkelu lidah hendak menjawab.Entahlah kenapa. Ramai orang suka balik Malaysia tapi segelintir sahaja yang minat tinggal di Mesir musim cuti. Mungkin sebab hendak berjumpa ibubapa. Mungkin juga disebabkan Malaysia lebih enjoy. Ada KLCC, Megamall dan banyak shopping complex. Mesir ada apa. City Star saja. Itupun jauh dari Mansura.
Selamat pulang Mesir dan Madrasah Imam Nawawi.
0 komen:
Post a Comment