Tuesday, January 27, 2009

Kekejaman Kerajaan Thailand Ke Atas Masyarakat Islam Rohingya


 "Kami akan menahan bot-boat mereka, menanggalkan enjin bot ini. Seterusnya bot mereka akan ditunda ke tengah-tengah lautan dan kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana tempat lain. Jika kami tidak berbuat begini, mereka ini akan kembali semula ke sini"

Inilah kenyataan seorang pegawai tentera laut Thailand sewaktu terdedahnya gambar-gambar yang menunjukan bagaimana bot-bot ini ditunda ke tengah-tengah lautan Andaman sebelum dilepaskan begitu saja.
Gambar yang diambil secara rahsia oleh salah seorang yang terlibat dengan operasi ini. Gambar menunjukan bagaimana boat ini ditunda ke tengah-tengah lautan sebelum dilepaskan begitu saja.

Kebanyakan dari mereka ini akan dihanyutkan ke kepulauan Andaman di India atau di Sumatera, Indonesia. Namun majoriti dari mereka ini mati di tengah-tengah lautan.

Sebelum dilepaskan di tengah lautan, ada antara tahanan ini melaporkan mereka telah dipukul tanpa sebab.

Setakat ini saja, dilaporkan sebanyak 550 orang daripada 992 orang telah mati di tengah lautan.

Cuba bayangkan jika kita dilepaskan di tengah-tengah lautan, tanpa enjin dan dengan makanan yang kurang dan tanpa halatuju.

Kematian (baca : Pembunuhan) umat Islam seperti ini berlaku di depan mata kita tanpa kita dapat berbuat apa-apa. Mujurlah kerajaan India dan Indonesia bersimpati dan berperikemanusian ke atas mereka ini dengan menahan serta memberi makanan dan perubatan kepada mereka.

Negara Thailand memang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap umat Islam pasti akan menerima padahnya suatu hari nanti.

sumber : Al-Jazeera

0 komen: