Wednesday, April 28, 2010

Lifeline for GAZA

http://4.bp.blogspot.com/_2N1-uJcmfdA/S9RZLipvPtI/AAAAAAAAAW0/XrrOfFivnIk/s1600/save+gaza.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_2N1-uJcmfdA/S9P4_kkcI4I/AAAAAAAAAUI/u1QcMY6BtmU/s1600/Picture1.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_2N1-uJcmfdA/S9P5ATm6rCI/AAAAAAAAAUg/Jdu9N012Nj0/s1600/Picture5.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_2N1-uJcmfdA/S9P5AugOpzI/AAAAAAAAAUo/Nq9SRcuxmME/s1600/Picture6.jpg

Sunday, April 11, 2010

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Hayati kisah benar luahan dari seorang junior Mansurah..


“ Abang rindu ayanglah.. ok sayang, gudnite..” . Hatiku berbunga riang. Mesej dari Mokhtar ini bisa menghilangkan perasaan tension yang melanda diriku sejak petang tadi. Baru petang tadi Aku menerima panggilan telefon dari Abah yang menyatakan Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Perubatan.

Entah mengapa, Aku menjadi tawar hati untuk menerima tawaran itu.Padahal, dulu Aku bukan main beria-ria mengisi borang untuk mengambil bidang Perubatan, tak kisah di mana tempatnya sekalipun,asalkan Aku dapat jadi Doktor.Akan tetapi, sejak Aku masuk PASUM , Aku mula seronok menjalani kehidupan di sini. Lagipun, Aku tidak bimbang samada Aku berjaya mendapat bidang perubatan atau tidak, kerana kalau dilihat dari pencapaian akademikku, Aku yakin Aku akan mendapat tempat di Malaysia untuk mengambil bidang Perubatan nanti.

“ Aina tak nak pergi !! Tolonglah umi pujuk abah tu, Aina tak nak berjauhan dengan Umi Abah. Nanti kalau Aina pergi sana, siapa yang nak jaga Aina. Bukan Aina ada kenal dengan sesiapa pun kat sana.” Buat yang entah keberapa kali, Aku menentang dan menolak untuk menerima tawaran belajar Perubatan di Mesir. Kali ni, Aku bertekad, walau apa pun yang terjadi, Aku takkan berganjak dengan keputusan yang telah Aku buat.

“Abah dah pergi jumpa Pegawai Yayasan, inshaAllah, Aina akan dapat tajaan untuk pergi sana nanti”. Panggilan telefon tengahari itu merubah segala-galanya. “ Aina cepat-cepat kemas barang, nanti Pak Long akan ambil Aina di UM, Isnin ni dah nak ‘fly’. Kena balik untuk selesaikan beberapa dokumen”. Aku mengikut kata-kata Abah tanpa banyak kata. Baru Aku tersedar, keluargaku bukanlah orang yang senang.Ni kira Aku dapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ni pun dah cukup bernasib baik. Aku akhirnya akur…

Dalam perjalanan pulang itu, Aku menangis mengenangkan apakah yang akan berlaku selepas ini.
Sesungguhnya Aku tidak tahu apakah yang terbaik untukku.. Aku sedar, Aku bukanlah seorang anak yang baik. Selalu sahaja Aku membangkang cakap ibubapaku, suka membuat perkara-perkara yang tidak elok, kalau ditengok dari segi pakaianku, memang bisa menggetarkan hati lelaki tatkala melihatnya.Ditambah dengan wajahku yang kira ada rupa. Lagilah mudah sang pria tertarik. Aku sedih meninggalkan Mokhtar.Tapi Mokhtar berjanji akan tetap menunggu Aku.
Kalau dilihat dari segi solatku, PUNAH!.. tak pernah Aku menunaikan solat fardhu, kalau puasa pun, tiba time Bulan Ramadhan, itupun tidak sempurna..

Namun.. Tuhan itu Maha Penyayang..

Tatkala Aku menjejakkan kaki ke bumi Anbia’ ini, Aku disambut oleh abang-abang dan akak-akak senior medik yang baik-baik semuanya. First time Aku jumpa mereka, hatiku terusik.. Terusik dengan kelembutan dan tingkah laku mereka. Air muka mereka yang jernih, ibarat mencurahkan air ke hatiku yang banyak dosa.

Aku ditempatkan di Mansurah, dan rumahku disediakan di kawasan penempatan Pelajar Perubatan.

Seperti biasa, junior yang baru sampai akan ada seorang senior yang menjaga rumah mereka. Kira orang biasa panggil sebagai Mentor. Akak mentor yang jaga rumah Aku ini, sememangnya orang yang baik. Cuma Aku sahaja yang tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan di sini. Memang jauh berbeza dengan kehidupanku yang dahulu.

Tapi apabila terjadi satu peristiwa yang melanda diriku, segala-galanya berubah…

Suatu pagi, Aku mengikut Akak mentorku untuk pergi ke Kelas Madrasah Imam Nawawi. Mulanya Aku agak liat, tapi bila kenangkan Akak ni banyak buat baik pada Aku, Aku ikut jugak walau terpaksa. Tapi bila tiba penghujung kelas, tiba-tiba Ustaz Salman (guru madrasah)

mengatakan akan ada sesi munajat sebelum balik.Lampu ditutup. Dan bermulalah di situ… Aku melakukakn perkara yang TAK PERNAH Aku lakukan, AKU BERZIKIR!! Ya Allah!! Suara Ustaz Salman yang penuh keinsafan mengalunkan zikir benar-benar telah menyentuh hatiku. Meskipun Aku tak pandai, tapi dalam keadaan tergagap-gagap itu, Aku cuba mengalunkannya.. Ya Allah, terungkai segala keserabutan hidupku.. tatkala mendengar tangisan orang sebelahku yang kian kuat, hatiku SAYU..betapa selama ini Aku jauh dari Mu Ya Rabb..

Dan apabila doa dibaca, memang segala doa yang disebut itu, betul-betul terpalit pada diriku, dari segi solatku, puasaku, hubunganku dengan lelaki ajnabi, zikirku..dan banyak lagi.Betapa ruginya Aku. Hidup Aku selama ini rupanya banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Aku menangis sepuas-puasnya di situ.Betapa Hidayah itu milikMU Ya Allah!

Dan kini Aku sedar, kedatanganku ke Mesir ini bukan semata-mata kerana ingin belajar ilmu Medik sahaja, tapi Aku kena ambil peluang ini untuk belajar ilmu agama yang mendekatkan diri Aku dengan Allah.. Aku tahu banyak hikmah Allah mencampakkan Aku ke sini.

Kalau dulu Aku nak jadi Doktor sebab kerja ni glamour,kerja ni mudah nak buat duit, kerja ni dapat bantu sara keluarga Aku yang miskin..tapi rupanya baru Aku sedar, Aku SILAP! Sebenarnya kerja ini merupakan satu ibadah untuk Aku membantu masyarakat. Kerja ini bukan kerja main-main. Kerja ini yang dapat menjadi bekalan hidup Aku di akhirat kelak..

Dan Aku pelik, kenapa tidak ramai yang sedar akan kepentingan menuntut ilmu Agama.Sedarlah abang-abang, akak-akak, rakan-rakan sekalian, JANGAN KITA INGAT BILA DAH AMBIL BIDANG PERUBATAN, kita kena TINGGALKAN ILMU AGAMA.. Islam tidak menjuzuk-juzukkan agama dengan Perubatan..Kedua-duanya perlu bergerak seiring..

Dan Aku bertambah pelik, bila ramai orang yang Aku jumpa, asyik nak bercakap pasal Agama, sedangkan dia sendiri tidak melengkapkan diri dengan ilmu Agama..Lebih-lebih lagi ILMU FARDHU AIN.. – ramai mana yang nak jadi pendakwah, tapi ilmu kefahaman tentang ISLAM pun masih banyak yang tidak tahu.

Dan Aku yakin, Aku telah bertemu dengan CINTA di sini.. CINTA PADA ILMU ..ILMU ALLAH yang meliputi AGAMA DAN PERUBATAN.. Semoga Allah pandu hidup Aku di sini.. CINTA KU pada MOKHTAR, CINTAKU PADA PANGKAT itu semua hanyalah bisikan syaitan yang tidak pernah putus asa untuk menyesatkan manusia.

*Dan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu Aku untuk Aku mengenali erti hidup sebagai seorang hamba Allah yang sebenar..Alhamdulillah…..


Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. – Saidina Ali bin Abi Thalib-

Nama sebenar dan tempat di Malaysia diubah untuk menjaga kemaslahatan


Kempen Budaya Ilmu
"Cintai Rasulullah, Pemangkin Biah Solehah

sumber : www.upimansurah.blogspot.com