"Jat, tolong bagi risalah ini kat rumah kau dengan rumah atas." Abrar menghulurkan saya beberapa kertas sempena program Balighna Ramadhan anjuran PCM. Ada 2 kertas iklan berwarna pink, risalah ramdhan, borang muhasabah diri dan wirid solat terawih.
"Eh, Ceramah Ust Hairulnizam buat di rumah Pokwe? Muat ke?" Terkejut saya bila melihat kertas iklan tadi menyatakan ceramah perdana seorang mantan presiden PMRAM akan diadakan di rumah sempit begini.
"Tak confim lagi tu." Jawab Abrar.
"0o0. Okla. Terima kasih Abrar atas risalah berguna ini." Saya mengambil risalah tadi lalu beredar.
Terdetik di hati saya. Banyak sungguh kertas yang digunakan oleh AJK pelaksana program. Sungguh mereka ini sangat tidak berkira dengan duit. Bayangkan terdapat lebih daripada 100 buah rumah di Mansurah ini sahaja. Setiap rumah akan mendapat paling kurang 5 helai kertas. Maknanya semua sekali hampir 500 helai digunakan. Itu baru edaran sekali. Edaran seterusnya pula juga hendak disediakan 500 helai kertas juga. Kemudian hendak mencari tenaga penulis lagi. Saya lihat muka depan dan belakang risalah masih lagi orang yang sama menulis. Idea sama yang dilontarkan ketika risalah pertama dahulu. Bila dilihat editor memang sikit. Sedih. Dahlah editor ini mempunyai banyak lagi tugasan lain seperti mengedar mengedit dan mencari idea untuk tajuk. Tambah pula mereka ini baru mengenal bumi Mansurah yang berlatakbelakangkan pelbagai ragam manusia baik dan jahat, nakal dan buas. happy-go-lucky dan sad-go-lucky serta bermacam - macam lagi. Ingin pergi edar kepada senior takut kena marah atau tidak tahu lokasi rumah. Kalau kepada rakan sekuliah takut mereka buang begitu sahaja risalah ini. Dugaan. Walaubagaimanapon tahniah diucapkan kepada AJK Balighna Ramadhan. Semoga apa yang kamu usahakan di bulan mulia ini diganjari oleh Allah.
Apa yang kurang disenangi di sini adalah pemanfaatan kertas itu setelah diedarkan atau kesan yang diperoleh kepada pembaca setelah membaca risalah tersebut. Adakah kertas ini akan menjadi koleksi filem di sebuah rumah atau pon menjadi debu bertebaran bersepah - sepah di merata rumah? Inilah yang dirisaukan setiap kali terdapat edaran samada dari
Unit Pembangunan Insan atau Unit Hisbah.
Pelbagai reaksi daripada setiap orang. Ada yang membaca kemudian menampalkannya di ruang tamu untuk dibaca ahli beyt atau tetamu yang hadir. Ada yang membaca kemudian terlupa untuk mengedarnya kepada ahli beyt. Ada yang baca tajuk sahaja kerana malas hendak membaca isinya yang panjang. Ada yang baca artikel bagus sahaja. Ada yang langsung tidak membaca tetapi masih lagi tampalkannya di ruang tamu untuk dimanfaatkan ahli beyt yang lain. Mungkin kerana dia tidak minat membaca. Dan ada yang langsung tidak baca lalu membuat dajal terhadap sang kertas tadi seperti membuat lapik untuk periuk dan kuali, menconteng kertas dan paling sayu sekali bila melihat kertas yang baru diedar sudah ditempatkan ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah dari tuan rumah.
"Ni ada sedikit risalah dari UPI. Bacalah yer." seorang AJK UPI menziarah salah sebuah rumah pelajar medik
"Aduh, risalah lagi. Buat semak rumah je." Keluh tuan rumah.
"Takper, saya tampal terus dekat dinding ni. Nanti takdela kertas ni merewang ke tempat lain. Lagipon boleh dibaca semua orang. Orang yang menziarah rumah ini pon dapat manfaat sama. Boleh ke tampal ni?" Tanya AJK UPI tadi.
"Hm..Tampallah." Jawab tuan rumah selamba.
Itulah beberapa cabaran yang dihadapi tukang posmen UPI ini. Letih mengedit dan mengedar kemudian dicemuh pula oleh penerimanya.
Pentingkah risalah ini semua sampai ramai sekali yang tidak begitu endah akan kewujudannya? Petingkah menulis risalah?
Pentingkah membaca risalah? Pentingkah mengambil manfaat daripada risalah ini semua ? Mungkin soalan - soalan ini tidak patut ditanya oleh seorang pelajar yang sudah tahu selok belok sejarah kebangkitan militan Islam ketika negara Islam dijajah pada perang dunia pertama dahulu.
"Zaim, tolong tulis risalah sikit. Takde oranglah sudi menulis." Ketua Unit Pengedaran dan Risalah UPI selalu ketandusan tenaga untuk mencari penulis. Sehinggakan ketua UPI sendiri terpaksa menulis walaupon dibebani tugas berat lain lagi.
"InsyaAllah. Tapi rasa macam tak boleh buat dalam masa terdekat ni. Ada kerja lain lagila" Jawab Zaim.
Oleh itu, setiap risalah yang diedarkan patutlah diambil ihtimam oleh seluruh warga Mansurah. Jagalah risalah ini seperti surat cinta daripada kekasih di Malaysia sana. Kalau yang sudah lama jangan dibuang. Kumpul banyak - banyak kemudian buatkan satu buku yang mengandungi koleksi risalah walaupon UPI dan UH sendiri tidak buat sebegitu. Atau mungkin boleh dibuat buku nota medik kalau ada muka yang kosong di belakang kertas. Bila letih baca nota medik boleh juga rehatkan minda dengan membaca risalah. Atau tampalkannya dalam bilik sendiri di tepi katil jika ahli beyt lain mengizinkannya. Kalau tidak boleh tidur boleh baca sementara menunggu proses mengantuk. Ingat. Kertas bukannya tidak ada nilai. Memang pelajar medik ini sangat kaya sehinggakan barang tidak bernilai dibuang begitu sahaja. Barangan branded dan bernilai tinggi sahaja yang dijaga dengan rapi. Itupon masih ada lagi golongan yang tidak sayang barang mahal kepunyaannya. Rosak sedikit beli baru. Barang tersebut ketinggalan zaman terus dibuang. Barang canggih yang baru keluar terus beli walaupon harga mencekik darah. Nampak benda menarik di pandangan mata ZAP terus ambil. Akhirnya duit habis berhutang dengan orang sambil menunggu kemasukan duit baru dari kerajaan atau FAMA. Pandangan harta sangat mengindahkan .
"Hm..Arab ni. Buang macam itu je risalah ramadan ni." Firdaus mengambil kertas berkonyok terdampar di tepi jalan lalu mengibaskannya. Dibetulkan kekonyokan itu dan terus membaca. Sedang dia berdiri kaku di bahu jalan tiba -tiba datang satu teksi dari arah bertentangan bising membunyikan honnya.
"Pak!"
"Aduh!" Cermin sisi teksi tadi terlipat akibat berlanggar dengan tangan Firdaus. Mujurlah kena cermin sisi dan tangan Firdaus tidak luka. Hanya sedikit lebam dan kemerah - merahan.
0 komen:
Post a Comment