Thursday, August 13, 2009

Malaysiaku tanah tercinta



Hingga hari ini angka kematian daripada jangkitan h1n1 meningkat sehari demi sehari. Nampaknya mekanisme yang diatur oleh pihak kerajaan langsung tidak memberi kesan kepada pengurangan angka ini. Apabila pelajar di satu sekolah dijangkiti baru hendak ditutup. Sepatutnya kalau hendak tutup sekolah, tutup semua sekali. Kuarantin semua sekali.


Kalau dilihat statistik kematian dan kes jangkitan, Malaysia adalah nombor ke 3 paling tercorot dalam menangani masalah ini. Jumlah kes sebanyak 2253 dan kematian sebanyak 44. Maknanya peratusan kematian daripada jangkitan adalah 1.95%. Nampak rendah. Tapi kalau dibandingkan dengan negara lain memang Malaysia adalah paling teruk. Nombor satu adalah Brazil diikuti pula dengan Argentina. Masing - masing mencatatkan peratusan kematian daripada jangkitan sebanyak 7.5% dan 6.76%.

Antara negara di asia tenggara Malaysia juga adalah yang paling tercorot. Myanmar sendiri negara yang sangat mundur tidak mencatatkan angka kematian dengan jangkitan sebanyak 18 orang. Negara jiran malaysia, Thailand, indonesia, brunei dan singapura masing - masing mencatatkan peratusan kematian daripada jangkitan tidak sampai 1%. Brunei yang terletak didalam sabah dan sarawak hanyak melihatkan satu kematian daripada 850 jangkitan. Indonesia 3 kematiah sahaja daripada 771 jangkitan. Singapura 10 kematian daripada 1217 jangkitan. Filipina 9 kematian daripada 3207 jangkitan. ( sumber : wikipedia )

Negara penerbit virus ini tidaklah mencatakan peratusan yang tinggi. Mexico 0.88 iaitu 162 kematian daripada 18390 jangkitan dan Amerika 0.94%. iaitu 436 kematian daripada 45926 jangkitan. Kalau hendak menyalahkan Malaysia kurang teknologi untuk mengawal merebaknya virus ini tidak boleh diterima langsung. Ini kerana negara mundur seperti myanmar mampu menangani masalah ini dengan jayanya.

Manakah tindakan kerajaan yang terbaik dalam menangani kes ini? Mungkin bukan kerajaan sahaja yang tidak patut dipersalahkan. Rakyat juga mesti memberi tangan bagi mengelak penularan yang lebih teruk. Namun begitu, bagaimana rakyat hendak menolong. Rata - rata yang mati adalah dari kalangan orang miskin dan pesakit hospital yang mana sistem imunisasinya sangat lemah. Golongan kaya dan berketurunan raja diberi perlindungan yang sangat rapi manakala golongan lemah hanya menunggu kematian akibat tidak diendahkan oleh kerajaan.

Konsert maksiat dan majlis berunsurkan syirik bertebaran sana sini. Hanyalah parti pembangkang yang berusaha keras membasmi perkara haram di Malaysia ini. Ulama -ulama su' hanya makan gaji buta daripada kerajaan dengan cara berdiam diri terhadap gejala rosak dan punah di negara tercinta ini.

Negaraku negara Islam. Tapi benderanya seperti Amerika. Nasib baiklah ada bulan. Bolehlah orang luar bezakan diantara negara Amerika terkutuk dengan negara Malaysia terlembap. Itupon kalau dia nampak anak bulan tersebut. Kalau digantikan dengan bulan penuh nescaya lebih cerahlah masa depan negara.

Malaysia sentiasa maju dalam perkara buruk. Indeks rasuah sedunia, menunjukkan Malaysia sentiasa ingin menjadi juara dalam berasuah. Indeks kemiskinan juga Malaysia sentiasa menduduki tangga teratas. Sedihnya Malaysia. Kenapalah kerajaan gemar menonjolkan Malaysia dalam perkara buruk

4 komen:

hahaha..kuat deh demo nulih..puah duk stdy ko abe..g stdy molek2 nuh..kelik mesia jd doktor hok power2..g uboh ape hok ptt..br sedak jat..ngarap ko mu jah

em, bukan kerajaan suka tunjukkan perkara buruk..tapi kerajaan sekarang guna enjin british dan tanak tukar kepada enjin islam yang power tuh gak..gituhla jadinya jat

abe nurudin :haha..jolo2..

abe dah : tulislah bia istiqamah sokmo..update blog dah

Topeng pun kedekut nak bagi percuma pada rakyat.

Kalau dah gagal tanggani kata je gagal.... ni terkawal,terkawal tapi kematian hari-hari.

Virus ni pun jenis cerdik .... ia serang belaka IPTA, tadika,universiti tentera, maktab tentera, kolej jururawat, istana pun ia masuk jugok.

Kita sedang tunggu ia masuk rumah besor diPutra Jaya ni....