Tadi baru tengok video Gerakan Mansuh ISA (GMI). Perhati satu persatu rakyat dikasari oleh polis sendiri. Gas pemedih FRU ditembak secara berhadapan dengan orang yang berarak. Polis siap tendang perut lagi orang yang ditangkap. Baju Dr Hatta koyak nampak tubuhnya. Memang tiada belas kasihan langsung. Kalau diperhati sejarah perhimpunan yang dianjurkan pembangkang yang inilah paling teruk sekali. Orang belum mula berkumpul polis sudah mula bertindak menangkap mereka yang disyaki. Ada orang yang ditangkap sebelum solat jumaat lagi kerana telah memakai topeng untuk berlindung dari gas pemedih FRU. Apa sudah jadi dengan polis ini? Orang ingin pergi solat jumaat kamu pergi halang mereka.
Teringat saya memori dulu ketika menyertai perhimpunan. Saya masih tidak ingat kenapa perhimpunan itu diadakan. Yang saya ingat perhimpunan itu dibuat di depan plaza tol di salah sebuah lebuhraya dan saya nampak pimpinan tertinggi seperti Wan Azizah dan Ust Hadi dari jauh. Ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya berhimpun walaupon ianya tidaklah sehebat BERSIH dan GMI. Dan yang paling gembira sekali adalah waktu itu saya masih di sekolah rendah. Haha.
Hari itu ayah ajak ikut pergi berhimpun .Saya pon cakap malaslah ayah. Berat jugalah hendak pergi ketika itu. Mana tidaknya. Masih budak lagi dan tidak faham apa yang mereka ingin buat ini. Macam tiada faedah langsung. Abang pon marah dan paksa saya pergi
"Jomlah pergi! Daripada duk rumah main game tu. Baik jadi pondan kalau tanak bertempur di medan perang. Dah. Cepat siap." Keras suaranya
Terpaksalah juga saya pergi. Umi dengan kakak tinggal rumah. Ayah abang dengan saya pergi. Dalam setengah jam sampailah kami ke tempat yang dituju. Saya tengok banyak kenderaan lain sudah memenuhi lebuhrya teresebut. Kereta kami terpaksa letak jauh di belakang. Memang lebuhraya itu telah dikhaskan oleh puak pembangkang untuk berhimpun. Kami keluar dari kereta dan kemudian menuju ke tempat pimpinan tertinggi akan bercakap.
Ketika pemimpin bercakap saya nampak dari jauh lima trak lori berwarna merah datang dari arah plaza tol. Kami semua berkumpul 50 meter dari plaza tol tersebut. Waktu itu saya nampak seperti Wan Azizah sedang bercakap tapi samar - samar.
"Bang, tu lori apa warna merah tu?" Saya tanya abang dalam kebingungan.
"Tu la trak FRU." Jawab abang.
"FRU? Apa tu? DIa orang nak buat apa kat sini?" Saya bertanya lagi.
"Budak ni tak majulah. Tu la. Asyik dok terperuk dalam rumah tak baca berita. Canelah nak tau. FRU ni lah nanti kang dia sembur gas pemedih mata kat kita." Terang abang
"Eh, Orang pakai helmet ultraman tu pegang senapang? Dia nak tembak kita sampai mati ke?" Tanya saya ketakutan.
"Tu la senapang gas pemedih mata. Kalau kena kat mata ijat naya nanti. Dahla ko tu kecik. Sebab tu ko kene duduk ngan abang kat belakang - belakang sikit. Ayah tu da sampai kat depan tu. Takper ayah pro." Saya dekatkan tubuh saya dengan tubuh abang. Rasa takut bila dengar dia cakap begitu.
"Rasanya FRU tu tengah bagi amaran kot. Sebab tu tak jelas apa orang depan cakap." Terang abang lagi. Saya cuba menjengketkan kaki untuk melihat dengan lebih jelas lagi apa yang berlaku kat depan. Kemudian tiba - tiba saya dengar sesuatu
"LARI!" Seorang remaja dalam linkungan 20-an menjerit menyuruh para hadirin lari. Masing - masing sibuk lari ke belakang menyelit di celah - celah kereta yang diparkir sepanjang lebuhraya itu.
"Ijat! jom lari." Abang menyedarkan saya yang leka melihat orang berpusu pusu lari. Tangan abang menggenggam lengan saya supaya lari bersama - sama.
"Kenapa nak lari ni?" Saya tanya abang sebaik sahaja sampai ke tempat selamat.
"FRU tembak gas pemedih mata. Kurang ajar betul dia." Terang abang sambil termengah - mengah menarik nafas. Tiba - tiba saya rasa mata saya berair dan disusuli pula dengan kesakitan yang amat.
"Bang, kenapa dengan mata ijat ni?" Saya menggosok mata saya dengan tangan ternyata kesakitan yang dirasai tidak hilang. Saya lihat abang pon mula menggosok mata dia.
"Kita dah kena gas tu. Dia datang dari depan dan cepat meresap sampai sini. Cuba cari air nak hilangkan pedih." Takut saya mendengar abang cakap. Akhirnya apa yang abang cakap sebentar tadi terkena pada saya.
"Boleh buta ke kalau kena ni?" Tanya saya cemas.
"InsyaAllah tak. Takper. Yang penting cari air dulu." Lega saya dengar. Kemudian saya nampak longkang yang ada air bertakung dalamnya.
"Kalau ambil air longkat takper? Tengok macam bersih je air longkang tu" Tanya saya. Kesakitan itu amat pedih sekali dan saya memang terdesak hendak mencari air.
"Jangan! kang kene bacteria lain masuk lagi susah nak rawat." Pesan abang.
"Dik. Amek air ni . Basuh mata tu." Datang satu suara dari tepi sambil menghulurkan botol air. Air dalam botol tersebut masih tinggal setengah lagi.
"Terima kasih pakcik." Abang mengambil botol tersebut lalu terus mencurahkannya atas mata kemudian memberi pula pada saya. Saya buat sepertimana abang buat. Masih tidak hilang lagi kepedihan. Saya curahkan lagi sampai air dalam botol hampir hendak habis. Ternyata masih tidak hilang lagi kepedihan itu kecuali sikit sahaja.
"Cukup jat. Dia memang takkan hilang kejap camtu jer. Air ni nak bagi hilang pedih sikit. Ijat kene tahanla pedih yang masih tak hilang. Tak lama lagi dia hilanglah tu." Terang abang. Memang banyak betul dia tahu. Saya yang masih budak mentah ini hanya mengikut sahaja apa yang disuruh
Belum sempat pedih di mata hilang, saya dengar bunyi helikopter dari atas.
"Bang, helikopter tu nak sembur gas pula ke?" Tanya saya cemas.
"Tak kot. Kalau guna helikopter sembur memang kejamla." Jawab abang
Tak lama kemudian saya nampak kelibat wajah ayah dari jauh. Lega saya melihat ayah datang. Baju ayah basah berpeluh . Matanya merah
"Ijat ngan amir ok?" Tanya ayah kerisauan.
"Ok jer cuma pedih sikit mata." Jawab abang.
"Ayah ok ke? Nampak rileks jer. Kitorang tadi kene gas pemedih mata tau." Terang saya sungguh sekali
"Ayah kene teruk lagi. Dok depan memang kene direct la gas tu. Lagi kuat effect." Jawab ayah
"Skang ni tok guru soh balik. Perhimpunan dah selesai. Polis buat kacau." Terang ayah. Lega saya mendengar. Akhirnya boleh balik main game kat rumah setelah bergelut dengan cuaca panas dan juga polis yang bertindak kasar terhadap rakyatnya sendiri.
Inilah sedikit pengalaman saya berdepan dengan polis FRU. Sekarang ini saya ada di Mesir. TIdak berpeluang saya menyertai lagi perhimpunan yang diadakan bagi sama - sama merasai jihad di Malaysia. Terpaksalah saya berjihad untuk dur sani di sini. Dengan menghadiri majlis ilmu di sini dapat saya mengubati kerinduan berjihad di Malaysia sana.
Nota : Cerita ini saja nak hilangkan stress study dur sani.
5 komen:
salam ziarah>Pengalaman suatu ilmu yang sangat mahal.
salam gatal menulis
pengalaman mendewasakan kita...
wahaha..stress2
mesti comel ijat time kecik2
haha
Post a Comment