Ramainya pergi meninggalkan medan jihad. Ya Allah, teguhkan hati dan kaki kami menempuhi di medan jihad yang sangant berliku dan berduri ini.
Walaupun panglima kami sudah tiada, kuatkanlah tangan kami memegang panji - panji peperangan dengan kafir laknatullah. Sebak hati ini menulis pemergian dua orang tentera Islam sudah dipanggil menemui Allah.
Ust Fathi Yakan
Teringat aku pesanan ustaz salman.
" Tak perlulah kamu terlalu sibuk sangat dengan exam dunia. Itu semua benda tak pasti. Lebih baik kamu bersungguh untuk mendapatkan benda yang pasti akan berlaku. Kiamat. Bayangkan kalau kamu mati ketika exam? sedangkan solat dan amalan lain kamu tak seimbangkan haknya."
Maksud ucapan di atas bukanlah kena bersungguh solat seperti malaikat dan bukan juga bersungguh belajar seperti albert einstein. Perkara paling baik adalah pertengahan. Ayat di atas sebagai peringatan supaya jangan terlalu sibuk dengan sesuatu perkara sehinggakan perkara lain terabai.
Tidak ku sangka pesanan ustaz itu akhirnya menjadi kenyataan tatkala ku mendengar kematian rakanku Ammar Zulkifli. Seorang yang sangat lembut tutur katanya, sopan cara percakapannya, manis bicaranya, indah tutur katanya dan sentiasa senyum menampakkan barisan giginya yang keputihan dan tersusun rapi
sumber gambar: kijangterbang.blogspot.com ( kijang boleh terbang ke? )
Kisahku bersamanya
Walaupun aku jarang berdamping dengannya tetapi hendak juga ku menulis serba sedikit bermula dari perkenalan hingga kehidupan ku bersama dia. Aku tidak mahu menjadi sahabat yang berkawan kerana dunia tapi berkawan kerana Allah
Aku mula mengenalnya di kelas bahasa inggeris group 5 semasa di Darul Quran dahulu. Seorang yang sentiasa senyap dan apabila berhujah begitu banyak sekali dalil dan hadis terpancul dari mulutnya. Begitu petah dan tegas sekali dalam mengusung hujah. Pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi IQRaC, persatuan pelajar persijilan Darul Quran kemudian melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan apabila mendapat tawaran biasiswa JPA. Ketika itu berbondong - bondong pelajar cemerlang dalam SPM keluar DQ dek mendapat biasiswa atau pinjaman untuk menyambung pelajaran di luar negara. Ada juga yang keluar kerana tertekan dengan kehidupan DQ yang terlalu syadid kerana terpaksa menghafal 2 muka setengah setiap sehari lalu mencari ketenangan di matrikulasi. Aku juga senasib dengan Ammar pergi melanjutkan pelajaran ke Mesir, cumanya dia pergi dahulu dariku yang diurus oleh Yayasan Islam Kelantan
Di Mesir
Setibanya aku di Mesir aku jarang mendengar khabar dari Ammar sedangkan di DQ beliau sangat aktif dalam persatuan. Kali terakhir ku berjumpa dengannya ketika pameran buku antarabangsa di kaherah baru - baru ini. Hatiku berbunga riang tatkala ternampak dia ketika itu.
"Eh ammar, lama tak nampak. Gi mane la sebelum ni. Ke sibuk stadi?" Sapa aku ketika terserempak dia bersama rakan - rakannya. Aku menggunakan bahasa anta dan ana dengannya kerana dia sentiasa melazimi perkataan itu.
"Eh izat. Takdela. Ana biasa - biasa camtu jer. takdelah sibuk dan takdelah free sangat." Jawabnya spontan. Lega rasanya dia masih mengingati namaku walaupon sudah lama tidak berjumpa
"Beli buku apa tu?" Tanyaku kembali memancing perbualan
"Buku anatomi terjemahan. Ada dua bahasa. Bahasa arab dan bahasa inggeris. Senang sikit nak kuasai bahasa arab ni. Siap ada gambar sekali" Jelasnya padaku sambil mengeluarkan buku tersebut dari plastik dan menunjukkannya padaku
"O. Mantaplah nta amar. Sama seperti dulu. Cuma kurang menonjol sekarang ini." Kagum aku dengan penampilannya
"Eh, Takdelah, biasa - biasa jah. Okla izat. Ana nk beredar dulu. Nak survey kedai lain pula. Assalamualaikum." Begitulah dia. Sentiasa merendah diri
"Waalaikumussalam." Jawabku lemah. begitulah Ammar. Tidak puas rasanya dapat berjumpa dengannya sebentar begitu. Rasanya hendak sahaja memanjangkan perbualan bersamanya tetapi memandangkan dia masih ada banyak aktiviti terpaksalah ku melepaskannya.
Semenjak dari itu aku tidak pernah berjumpa dengannya lagi. Ketika Hari Sukan yang diadakan di Mansurah baru - baru ini aku tidak sempat juga bertemu dengannya. Mungkin kerana ku sibuk dengan tugasan unit disiplin dan beliau pula sibuk dengan tugasan unit fotografi.
Setiap jiwa pasti akan merasai mati
Pukul 2.30 pagi
"Aduh. Bangun lewat lagi." Aku melihat telefon bimbit ku menunjukkan ada 7 panggilan tidak terjawab.
"ni mesti kerja arab takde keje miskol orang" rungutku dalam hati. Sebelum ini aku selalu terima panggilan dari orang arab tidak dikenali menelefon aku tanpa sebab. Hanya berniat untuk mengacau. Inilah kerja monyet apabila mendapat bunga
Lantas aku bangkit dari katil menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Sehari peperiksaan pathology telah membuatkan seluruh badanku terasa letih dan tidak bermaya. Hari ini peperiksaan pathology kertas 2 akan menyusul. Banyak helaian muka surat pathology masih ku tidak hafal. Sedangku membelek helaian buku tiba - tiba pintu bilikku diketuk oleh rakanku lantas masuk.
"Jak, Lupa aku nk cakap kat ko. Budak cairo 5 orang accident. Sorang meninggal. 2 cedera parah. 2 lagi cedera biasa." beritahunya padaku bersungguh sekali.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" Bisikku dalam hati. Begitulah kehidupan di mesir. Setiap tahun pasti ada kes kematian pelajar Malaysia.
"Yang meninggal tu budak DQ. Mesti mu kenal jak. Kawan ko. Lupa lak namanya..jap..erm...haa...Ammar" beritahunya lagi
"Ammar? sape ek" terpinga - pinga aku memikirkan siapakah kawanku bernama Ammar di DQ dahulu.
"Oo0..erk" terhenti ucapanku di saat itu. Terkesima sebentar. meremang bulu romaku bila fikiranku tancap membayangkan wajah kawanku yang kerdil tapi berjiwa besar bernama Ammar di DQ dahulu. Pusat kawalan otakku hampir sahaja aktif untuk merembeskan ari mata. Tapi ku menahan juga, sengaja hendak menyembunyikan perasaan sedihku ini.
Ijo segera meninggalkan bilikku melihat diriku sepi dan senyap mengingatkan sahabatku yang meninggal. Memahami perasaanku.
Baru aku sedar yang panggilan tidak terjawab tadi adalah dari sahabatku di kaherah ingin memaklumkan tentang kejadian ini. Apabila aku melihat semula direktori penggilan tidak terjawab itu, ternyatalah bahawa 3 panggilan dari sahabatku di kaherah dan 4 lagi dari mujahid kawanku di DQ dulu juga.
Taubat
Dunia yang fana ini hanyalah sementara. Itu sahaja yang mampu ku ucapkan bilamana terkenangkan sahabatku yang sudah menerima panggilan tuhan. Hatiku sebak lalu tiba - tiba air mata jernih keluar menyelusiri pipiku tatkala mendoakan sahabatku agar bahagia bertemu tuhan dengan penuh rahmat.
Dunia ini penuh dengan fitnah dan ujian. Banyak maksiat yang telah ku lakukan samada secara sedar mahupun tidak sedar ketika melakukannya. Semakin kuat tangisanku bilamana terbayangkan bagaimanlah kalau aku yang dicabut nyawa ketika itu dan akan berjumpa denganNYA bersama kotoran maksiat menyelaputi tubuhku.
Berita sahabatku meninggal itu memberiku iktibar bahawa kematian itu sangat hampir. Tidak mengenal usia dan tempat. Bila mana seruan Allah tiba, tidak akan dipercepatkan dan tidak akan diperlambatkan walaupun sesaat. Tetapi mengapakah diriku dan masyarakat di sekelilingku ini masih lalai dengan kehidupan dunia ini?
"Ya Allah, ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, saudaraku, sahabatku dan seluruh umat islam samada yang masih hidup ataupun yang telah mati lindungilah kami semua dari fitnah dunia akhir zaman ini yang sangat mencabar. Hanya Engkau sahajalah penolong bagi kami semua berperang dengan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan"
Amin...
3 komen:
xpe, amik je gambar tu. ni gambar2 aku mase amar kat DQ ngan aku amik sikit dr fotopages ammar. sedih betul dgn khabar ni. moga2 kita sama2 jumpa dia kat syurga nanti.
Muslim yg cemerlang ialah yg seimbang dua2 dunia dan akhirat. Lebih akhirat tak tertinggal dunia. Lebih dunia bertambah lebih akhirat. Sama-sama kita Pok Jak...
azrul : 00o0...Insya Allah sama - sama
Bad : bad, minta link blog ko pasni..taktau la bile tu..haha
Post a Comment