Thursday, June 25, 2009

Kisah Musim Panas ( edisi 2 akhir )

Inilah secebis kisah hidup seorang pelajar Azhar yang kuat keazamannya untuk mencari ilmu. Sehari suntuk sarat dengan jadual pengajian. Ini yang berlaku pada musim cuti. Kalau musim kuliah tidak tahulah saya bagaimana teruk lagi mereka pergi mencari ilmu. Realitinya banyak lagi cabaran yang mereka hadapi ketika menuntut ilmu. Cerita ini hanyalah sedikit sahaja yang dipaparkan. Moga semangat mereka boleh menjadi pedoman dalam hidupku seharian.

Kadang - kadang saya pernah nampak mantan presiden PMRAM yang sudah menjadi penasihat sekarang ini pergi ke kelas di masjid azhar. Saya juga pernah nampak Naib Presiden PMRAM pergi ke kelas juga. Sayu saya melihat beliau tertidur ketika sheikh mengajar. Walaupun mereka kuat berpersatuan mereka masih sempat meluangkan masa untuk pergi menadah ilmu. Amat berbeza dengan saya. Selepas kuat berprogram sana sini esoknya tertinggal kelas madrasah imam nawawi

Kadang - kadang juga saya pernah nampak golongan salafi berbalah dengan syeikh tentang hukum itu dan ini. Sampai di luar kelas pun belum habis lagi perbalahan mereka. Akhirnya sheikh tinggalkan dan tidak layan mereka. Situasi yang pelik ini membuatkan minda saya terbuka luas apa yang sebenarnya melanda pemikiran golongan ekstermis ini. Hanya perkara kecil sahaja mereka berbalah. Selalunya saya melihat mereka berbalah dalam internet tapi kali ini saya dapat lihat dengan dua biji mata sendiri mereka berbalah.

Kawan saya pernah menceritakan dewan kuliah mereka sangat kecil. Kalau masuk separuh daripada keseluruhan pelajar satu kursus contohnya syariah, sudah penuh dan padat satu dewan kuliah tersebut. Sebab itulah mereka kalau ingin ke kuliah kena bertolak awal dan sebab itulah ramai yang ponteng kuliah sampaikan PMRAM dalam laman web telah membuat survey bertanyakan 'berapa kalikah kelaziman anda pergi ke kuliah?'

Ada seorang ustaz itu sangat tinggi lagi pengorbanannya. Disebabkkan tidak mahu berhimpit dalam bas dan ingin menjimatkan masa, dia pergi dan pulang dari kelas di universiti Azhar menaiki teksi . Tambang pergi balik 20genih dari hayyu sabi' ke universiti. Tiap - tiap hari dia buat macam itu. Bayangkanlah berapa banyak wang telah dia habiskan semata - mata ingin pergi menuntut ilmu.

Bila aku melihat kondisi pelajar Azhar dengan pelajar perubatan seperti aku ini banyak bezanya terutamanya ketika musim cuti ini.
Tika mana aku bergoyang kaki tengok filem dan bermain game di rumah, mereka meredah terik matahari pergi mencari ilmu untuk dijadikan mutiara permata kepada umatnya. Tika mana ku banyak boros berbelanja, mereka merintih kesedihan tiada duit untuk beli kitab. Tika mana aku malas hendak ke kuliah kerana kepanasan atau kesejukan yang melampau mereka masih punya kekuatan untuk menghadapi kesemua itu. Tika mana aku merungut perjalanan ke universiti sangat jauh, mereka yang jauh lagi perjalanan ke universiti sanggup berkorban duit menaiki bas atau teksi ke kuliah Sedangkan bila aku fikir semula, status aku dengan mereka tiada bezanya. Masing - masing adalah penuntut ilmu. Setiap masa menunutut ilmu tidak kira musim cuti atau musim kuliah. Kebanyakan yang mereka belajar adalah fardhu 'ain yang mana aku pun kena belajar juga. Tetapi, kenapalah diriku yang malas ini tidak mendapat hidayah atau sifat kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu.

Alhamdulillah tahun ini Madrasah Imam Nawawi akan tetap berjalan pada musim cuti ini. Ustaz tidak pulang ke Malaysia dan yang paling menggembirakan adalah dua kitab penting ustaz akan ajar dan perhabiskan dalam musim cuti ini. Kitab hadis dan Kitab adab seharian. Antara kitab penting yang perlu dipelajari oleh orang Islam sekarang ini.

Tambahan pula, Universiti telah mengeluarkan borang attachment bagi sesiapa yang ingin mencari pengalaman bekerja di hospital. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran sebenar bekerja di hospital dan juga dapat mengisi masa lapang cuti ini untuk pelajar Mansurah. Aktiviti PCM pun semakin banyak seperti karnival keluarga. Semoga kita dapat sama - sama mengisi masa lapang cuti ini dengan perkara berfaedah.

**************

Cerita bermula...sambungan dari edisi 1

Aku pun berfikir hendak isi apalah pada musim cuti ini. Kerja mencari rumah untuk pelajar blok A hampir selesai. Kebanyakan daripada mereka sudah pun menjumpai rumah dengan usaha mereka sendiri.

Tiba - tiba terlintas di fikiranku wajah rakanku penuntut kuliah bahasa arab Universiti Azhar Kaherah. Sebelum ini aku pernah bertandang ke rumah mereka. Berbual dengan mereka. Macam - macam perkara kami berbual bermula dari alam persekolahan sehinggalah sampai di bumi anbiya' ini.

Dalam banyak perbualan, aku sangat tertarik tentang pengajian mereka yang penuh dengan rintangan di Mesir ini.

"Baru ni aku gi belajar nahu dengan ustaz patani kat satu umah hujung sana tu. Best betul dia ajar" kata seorang kawan saya

"Kenapa ko tak ajak aku?" kata seorang lagi kawan aku.

"Aku baru saja masuk. Saja nak cuba - cuba. Itu pun kawan patani aku ajak." Jawab dia.

"Belajar sorang la ko ni. Pahni kalo ko tak ajak aku memang nahas la ko. Aku pun nak gi juga" Gertak dia. Sungguh sekali dia ingin belajar sampai gertak kawannya begitu sekali.

"Bagus la korang sume. Memang tak berhenti belajar . Nampak jelas perbezaan antara aku yang malas belajar ini dengan korang." aku menyelit

"Belajar la Jak sementara tanah bumi tak menimbus tubuh kita dan sementara ko ada kat mesir ini. Nanti balik Malaysia, tak dapatla nak baca kitab arab dan jupe sheikh arab kat cni. Ko sangat beruntung Jak dapat datang sini dengan pinjaman JPA. Kami ini semua rata - ratanya terpaksa mengorek duit poket sendiri untuk sampai di sini. Di sini ramai ustaz dan ulama boleh ajar. Walaupon ko blaja medik, tapi ilmu fardu ain lain janganlah kamu ketepikan. Kan banyak perkara baru kat dunia ni jadi banyaklah hukum yang mesti kita tahu. Kalau kita buat satu benda tidak tahu hukum, berdosa Jak." Panjang lebar dia ceramah. Bosan rasanya mendengar.

"Aku pun belajar gak fardu ain kat mansurah sana tu. Ada ustaz ajar." jawab aku.

"ooo...ada juga ustaz ajar kat sana. Tapi banyak ke pengajian kat sana? Aku tengok ramai pelajar Mansurah dan muhafazah lain terpaksa datang sini untuk belajar sebab mereka kata dekat sana kurang kelas pengajian." balas dia semula.

"Memang tak banyak pun. Nak wat camane. Ustaz tu saja yang boleh mengajar..Kalau nak belajar dengan sheikh arab tak faham pula. Pelajar agama yang lain pula merasakan diri mereka masih kurang ilmu untuk mengajar." Jawab aku.

"Sebab tu lah ko kena datang sini. Ko tahu tak setiap BAKAN ada wat kelas pengajian. Daripada pagi sampai malam. Macam - macam ustaz ajar. Presiden sendiri turun nak pergi mengajar. Adalah lebih baik jika ko belajar dengan ramai ustaz. Baru terbuka sikit fikiran. Kalau belajar dengan seorang ustaz saja takut jadi taksub pula." Balas lagi dia dengan sedikit pedas. Marah saya bila mendengar perkataan 'taksub'

"Aku mana ada taksub dengan ustaz yang ajar aku tu. Sebelum ni pun aku ade gi belajar dengan sheikh arab. Tapi sebab dia baca kitab tinggi jadi aku malas nak pergi sebab aku ni baru peringkat permulaan. Kelas yang DPM buat pun kejap ada kejap takde. Bila ada program saja mesti batal kelas. Lepas tu bila mula sesi baru tuka kitab baru. Padahal kitab lama tak habis lagi belajar. Sebabnya ustaz yg mengajar tu sudah balik dan beberapa sebab lagi yang tidak boleh diterima." jawab saya sedikit marah pada DPMM

"Memang sudah tiada alasan dah ko nak cari ilmu kat Mansurah sahaja. Jomla cari lebih lagi ilmu fardu ain kat cni. Tau hukum itu dan ini. Kalau nak berharapkan DPM buat kelas secara konsisten dekat Mansurah tu memang tunggu ayam beranak itik la. Ulama dulu bersusah payah nk cari ilmu sampai merantau macam imam syafie."

"yela2. Nanti kalau aku rajin aku pergilah belajar di Kaherah sana tu. Doakanlah aku dapat hidayah ni untuk keluar cari ilmu luar Mansurah ni"

"Datanglah musim cuti nanti. Aku tahu ko pelajar medik sibuk musim kuliah. Tapi bila musim cuti aku perhati pelajar medik ni merata - rata takde kerja manfaat mereka buat. Ada dok merantau sana sini hanya tujuan untuk enjoy. Ada duduk rumah tengok cerita memanjang. Ada duduk main internet saja dalam rumah sampai jadi internet addicter. Mudah ceritanya mereka ini terperap saja dalam rumah musim cuti. Aku tahu sume ni dari kawan medik aku duduk kat hayyu samin tu. Dia tu bagus. Walaupun pelajar medik tapi masih lagi pergi belajar kat RKB sana tu musim cuti."

"Tengoklah dulu. Kalau ustaz yang selalu ajar aku tiap pagi kat mansurah tu balik aku ikutla korang." jawab saya selamba. Malas sudah hendak layan ceramah mereka. Walaupun ceramahnya membosankan ia sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada aku. Inilah pentingnya bila ada kawan belajar agama. Selalu sahaja tegur menegur

"Ko ingatlah satu hadis ni sempena musim cuti nanti 'diri kamu bila tak disibukkan dengan perkara baik akan disibukkan dengan perkar jahat.'"

Termenung aku dengar hadis yang dia bacakan itu. Sebelum ni pun ustaz selalu bacakan ayat itu dalam kelas. Itulah antara ilmu yang telah ustaza ajarkan pada aku dan aku kena amalkan. Mahu tidak mahu aku kena berpegang dan beramal dengan hadis itu pada musim cuti ini yang mana banyak masa kosong tidak diisi dan dibuang dengan benda - benda tidak berfaedah.

Bermulalah kisah pengembaraanku mencari ilmu. Berjaya juga kawan aku ni mengajak aku merantau mencari ilmu di bumi Kaherah ini hanya dengan sepotong hadis itu sahaja. Syukur aku mendapat kawan sepertinya. Ada hadis berbunyi " agama seseorang itu bergantung pada agama rakannya". Kalau baik rakannya maka baiklah dia tapi kalau rosak kawan dia maka rosaklah dia..

*******************
http://ocw.nd.edu/arabic-and-middle-east-studies/islamic-societies-of-the-middle-east-and-north/Lecture%205.html/Al-Azhar%20University.gif
Masjid Azhar

Sabtu, 10 pagi

tuk tuk tuk

"Assalamualaikum" tiga kali ku memberi salam barulah ada orang buka. Lama betul menanti pintu Rumah Kelantan Lama ini hendak dibuka.

"Waalaikumussalam." Buka juga pintu akhirnya. Orangnya tinggi dan mukanya putih berseri beserta dengan janggutnya yang lebat memang menampakkannya seperti bakal seorang ulama. Di tangan kirinya memegang kitab. aku pun tidak tahu kitab apa yang dipegangnya tapi aku sangat kagum dengan penampilannya. Sampaikan hendak buka pintu pun masih lagi memegang sebuah kitab.

"Nak jumpa siapa" Tanyanya ramah.

"Zul ada." aku menjawab

"Ada saja. Jemputlah masuk dulu. Zul ada dalam bilik. Tidur kot. Takpe. Masuk saja bilik dia. Dia tidak kisah pun."

"Terima kasih ustaz." Aku melangkahkan kaki masuk ke rumah kelantan lama.Sudah sekian lama aku tidak menziarahi rumah itu kerana kesibukan peperiksaan selama 2 bulan.

"Itu bilik dia. Masuklah. Jangan malu. Buat macam rumah sendiri. Kejutla dia. Ana rasa dia suruh kejutkan pukul 10 nanti sebab katanya dia ada kelas di masjid azhar. Anta tolong kejutkan dia ya. Jam sudah tunjuk pukul 10 lebih sikit tu. Ana lupa nak kejut dia. Ghalib sangat baca kitab. Nasib baik anta datang. Teringat ana kat dia. Oklah, ana nak gi sambung baca kitab sikit ni. Minta diri dlu" Terangnya panjang lebar sambil menuding jari ke arah satu pintu.

"Baiklah ustaz." Jawab saya. Lembut dan sopan santun sekali ustaz itu. Memang lengkap dengan segala sifat dan ciri pendakwah pada diri dia.

"Assalamualaikum." saya buka pintu perlahan - lahan

"Terbongkang lagi kawan aku ni. Zul bangun. Pukul 10 lebih sudah ni. Ada housemate ko soh aku kejutkan." aku goyangkan badannya beberapa kali.

"Eh, Jak. Lama dah ke datang? Kenapa tak telefon aku dulu nak datang?" Berkelip - kelip mata dia memandangku dengan muka baru bangun tidur.

"Baru saja datang.Lupa pula nak call. Takperla. Asalkan sampai dah umah ko. Eh, housemate ko cakap ko ada kelas kat masjid azhar lepas ni?" Tanya saya

Dia segera melihat jam pada telefom bimbitnya " Aduh. Lewat lagi. Selalu macam ni." dalam kekalutan dia bingkas bangun dari katil mencapai kain tuala membersihkan diri bagi mempersiapkan diri ke masjid azhar.

"Jak, jomlah ikut aku sekali pergi kelas kat masjid azhar. Syeikh sedap ajar petang ni. Kitab Sahih Bukhari.Doktor perubatan pula yang ajar tu." Jelasnya padaku sebaik sahaja keluar dari bilik air.

"Aduh. Aku datang Kaherah ni niatnya nak belajar kitab mudah saja kat BAKAN tapi ko ajak aku gi masjid azhar pula. Susahlah nak faham. Dahla kitab besar pula tu. Kalau sheikh cakap ammiah lagi nayalah aku dibuatnya time kelas nanti"

"Takpe. Ikut je aku. Ko dengar saja jadi dah. Kalau tak faham tanya la aku balik nanti. Lama - lama nanti ko akan faham juga. Aku mula dulu camtu juga. Tak faham satu habuk sheikh cakap. Tambah pula sheikh cakap ammiah memanjang. Tapi lama kelamaan faham juga aku lepas rajin bertanya pada abang senior maksud perkataan itu dan ini. Ko ni tinggal sini lebih setahun dari aku tak boleh lagi faham ammiah. Malula. Kalau ko nak pergi kelas kat BAKAN petang ni mana ada. BAKAN buat waktu pagi dan malam je. Biasalah melayu kan lemah. Petang tidur je sebab panas." Sindir dia kat aku. Dalam keadaan terpaksa aku pun ikutlah dia.

*********************************

Pukul 11 pagi

"Babul hadiyyah....." Syarah sheikh panjang lebar tapi dua kalimah pertama itu sahaja yang aku faham. Memang sangat ramai orang datang pengajian sheikh ini. Siap ada rakaman video lagi ketika kelas berjalan untuk tujuan dijual. Gaya sheikh tu memang seperti seorang doktor dengan kot dan seluar hitamnya beserta tai merahnya. Kagum aku dengan penyampaiannya. Walaupun bekerja sebagai seorang doktor yang mana kerjanya sangat sibuk sekali sempat lagi dia meluangkan masa untuk medidik masyarakat arab mesir ini.

"Sodakallauhul 'Azim.." selsesai sudah pengajiannya tepat ketika azan zohor berkumandang. Hanya 4 perkataan ,mula dan akhir saja yang aku faham sepanjang kuliahnya selama dua jam. Ditambah pula dengan tiada kitab memang susah untuk aku fokus pada pengajiannya. Aku hanya menumpang melihat buku kawan aku sahaja. Semua pelajar bersurai. Ada yang pergi merehatkan badan di tepi masjid, ada yang pergi mengambil wuduk dan ada yang solat sunat sementara menunggu iqamah. Ada juga yang orang yang sudah bekerja dan orang tua hadir ke kelas sheikh tersebut.

"Lepas ni nak gi mana?" Tanya aku pada zul sebaik sahaja selesai solat zohor berjemaah.

"Aku ada talaqi quran kat masjid husein. Nak ikut sekali?" Tanya dia padaku. Bagus sungguh kawan aku ni. Sentiasa mengajak.

"Tak kot..Letih lah" Jawabku. Perjalanan dari Mansurah ke Kaherah pagi tadi sudah menampakkannya kesan negatifnya pada tubuh kecilku.

"Letih dah. Macam mana la nak jadi pejuang Islam ni setakat belajar dua jam sahih bukhari letih da." Sindir lagi dia kat aku. Aku suka pada sindirian dia dan dia pula suka menyindir kat aku. Kawan sejati yang sentiasa memberi kritikan membina bukan hanya memuji sampai tenggelam kawan dengan pujian.

"Habis. Macam mana sekarang? Takkan ko nak tinggalkan aku sorang je kat masjid ini? Dahlah aku baru je berapa kali gi masjid ini." Runsing aku ditinggalkan keseorangan. Tambah pula ramai pelajar melayu yang belajar kat masjid azhar ini aku tak kenal. Kebanyakan mereka jarang atau tidak pernah aku temui. Salah aku kerana selalu mengasingkan diri dari masyarakat luar.

"Takper. Ko duduk jer dalam masjid. Tengok - tengoklah jadual pengajian yang ditampal kat papan kenyataan tu. Kalau rajin, pergilah cari kitab yang akan dipelajari kat Darussalam atau maktabah berhampiran. Nak beli tu berhati - hati sikit. Takut terbeli cetakan wahabi punya." Jelasnya pada ku tentang bahayanya membeli kitab kalau tidak bertanyakan orang berpengalaman. Kalau tersilap beli padahlah jadinya.

"Lepak sini je lah." jawabku spontan.

Aku menyandarkan tubuhku pada tiang masjid itu sambil melihat pelajar Malaysia yang lain ada yang sedang mengulangkaji, ada yang membaca, ada yang menghafal quran dan ada yang sedang berbual.

Samibl - sambil aku duduk melihat keaslian binaan masjid bersejarah ini, teringat aku ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke masjid ini. Musyrifku, Ustaz Ziyad selaku yang bertanggungjawab menyelia aku ketika sampai di bumi mesir ini membawa ku bersiar - siar ke masjid ini.

"Inilah tempat pelajar azhar Kaherah belajar." Ulasnya seperti seorang 'tour guider'.

"Mana universiti azhar nya ustaz?" Tanya kawanku

"Tu kat sebelah masjid azhar. Ada tulisan Jamiah Azhar." Terangnya sambil menunjukkan tulisan khat nasakh pada bangunan kuliah azhar

"Kecil sangat kampus dia." Sindir seorang lagi kawanku

"Biasalah. Orang nak belajar agama ni banyak cabarannya. Azhar ni di bawah tangungjawab Kementerian Wakaf. Kalau universiti medik lain di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Jadi takdelah banyak sangat peruntukan kerajaan untuk membangunkan azhar ini.." Sayu saya mendengar kata - kata ustaz. Memang banyak halangan orang ingin belajar agama ini. Pernah saya mendengar baru - baru ini kerajaan Amerika Syarikat menyuruh Rektor Universiti Azhar membuang subjek jihad dalam silibusnya kerana subjek itu seperti duri kecil yang menghalang perancangan jahat Amerika Syarikat untuk menindas umat Islam. Tapi rektor dan sheikh2 azhar lain menolak keras permintaan itu. Alhamdulillah sekarang ini semakin banyak silibus baru dari universiti azhar yang saya dengar dari kawan saya. Kadang - kadang ia sedikit sabanyak memberi bebanan kepada penuntutnya. Tapi itulah realiti perjuangan yang sebenar.

"Ustaz. Susah betul nak sampai sini. Tadi kita terpaksa tunggu bas lama pula lepas tu nak sampai sini dalam setengah jam pula dari hayyu sabi' lepas tu kena berhimpit - himpit lagi dalam bas. Macam ni ke ustaz pergi kuliah tiap2 hari?" Tanya seorang lagi kawan saya panjang lebar. Sudah menjadi kebiasaan apabila sampai di suatu negara ada banyak sahaja benda yang ingin ditanya. Ustaz pula seorang yang sangat peramah dan pandai 'masuk' dengan kami semua..

"Ha. Ginilah kami setiap hari. Redah terik mathari. Peluh badan sampai basah baju semata - mata nak pergi kuliah dan mencari ilmu. Kalau yang lemah semangat tu memang terlantar atas katil je la. Dugaan dugaan. Kalau kamu tinggal sini lama kamu akan nampakla begitu susahnya kehidupan di sini ditambah pula dengan perangai orang arab yang pelbagai. MacamYDP cakap, mesir ni tiga huruf dan setiap huruf ada maksudnya tersendiri. Mim untuk musykilah ( masalah ), sod untuk sabar, dan ra' untuk redha dengan segala masalah." Jawab ustaz. Inilah cara dakwah ustaz yang sangat efisyen. Sambil - sambil berjalan sempat lagi berceramah.

"Allahuakbar...Allahuakbar." Tersedar aku dari lamunanku. Sudah masuk waktu asar rupanya. Tidak sangka lama sungguh aku termenung. Aku mencari Zul dan terlihat dia sudah pun duduk bersila di saf pertama. Aku segera ke tandas untuk membuang air kecil dan mengambil air wuduk.


*****************
pukul 6 petang

"Inilah syeikh yang sangat rajin sekali mengajar. Ramai budak melayu minat dia. Syeikh Ahmad Hajiin namaya . Setiap hari dia ajar kat masjid Azhar kecuali hari jumaat kat masjid saiditina aisyah kat kawasan perumahan budak medik." Terang zul kepadaku

"Kitab ape pula kali ini?" tanya aku pada Zul

"Sahih Muslim." Jawab Zul

"Kitab hadis lagi. Takperla. Dengar jerla." Keluh aku. Niatnya ingin belajar fardu ain. Tapi alang - alang sudah sampai masjid azhar ikut sahajalah

"Dah ko datang hari sabtu buat apa. Hari lain banyak je kitab fiqah." balas Zul

"ooo camtu. Nanti aku datang la hari lain pula kalau tak keberatan" jawab aku

"Esok ada belajar kitab syarah Ihyak 'Ulumiddin. Syarah tu bukan Matan. Matan pun dah 2 buku tebal, syarahnya lagilah. 22 jlid rasanya tak silap aku...Tapi tak larat la aku nak beli kitab 22 jilid tu..Kalau ada duit aku beli la." Cabaran dan rintihan yang kali keberapa kali sudah aku dengar dari pelajar azhar. Mengadu tentang masalah kewangannya pula. Tetapi apakan daya mereka, dunia sekarang ini yang menindas dan mengkerdilkan golongan bakal ulama' ini. Biasiswa yang banyak hanya diberikan kepada penuntut jurusan sohor seperti perubatan. Sedangkan jurusan agama memerlukan lebih banyak wang untuk belajar.

"Sadakalluhul 'Azim." Seperti biasa. Itulah kalam akhir dan kalam yang aku faham sepanjang pengajiaannya. Aku sedikit terlena ketika kuliah tadi dek keletihan dari pagi sampai ke petang duduk di masjid tu. 5minit kemudian azan maghrib pun berkemundang

"Lepas ini ada lagi kelas?" Tanya saya lemah setelah selesai solat maghrib berjemaah. Cuaca panas ketika itu memang betul2 menguji sesiapa yang ikhlas pergi menuntut ilmu.

"Pengajian lepas ni lah special untuk ko. Yang ko tunggu sangat. Kat rumah negeri. Semua rumah negeri ada pengajian bermula dari lepas maghrib sampai lepas isyak. Ada juga yang buat selepas solat isya'" Jawab zul

"Time aku letih ginilah baru ada pengajian yang aku faham" Keluh aku.

"Takpe. Aku saje ajak ko gi masjid azhar time ko semangat ni. Kalau ajak time ko lemah semangat memang tak pergi la. Saja nak tunjuk sikit macam mana kehidupan aku seharian di musim cuti ini." Jawab zul

Kami berdua bergegas ke stesen bas untuk pulang ke hayyu sabi' bagi mengejar pengajian di RKB yang akan bermula selepas isyak. Tak sabar rasanya aku hendak mendengar pengajiaan dari ustaz Malaysia selepas 2 pengajian berturut2 dalam bahasa arab ammiah yang aku kurang faham.

"Susah juga nak boleh bas ke hayyu sabi ye?" Tanya aku.

"Memang pun. Kalu ke hayyu 'asyir lagi susah. Ada satu bas jer. Dahla bas tu lama nak tunggu. Sebab tu la budak yang tinggal hayyu 'asyir naik bas ke hayyu sabi' kemudian naik tramco ke hayyu 'asyir." Terang zul kepada ku. Sudah berjuta kali aku dengar kesungguhan dan cabaran mereka pergi menunut ilmu. Puas sudah mendengar. Tiap kali zul menceritakan pasal cabaran ini terbayang aku kehidupan aku di Mansurah yang sangat senang lenang.

Selepas setengah jam atau lebih menunggu, tibalah bas. Terkejar - kejar mereka ke arah bas yang masih belum berhenti itu. Dalam bas, aku lihat ramai yang tertidur dek keletihan belajar dari pagi sampai malam di masjid Azhar. Yang berdiri pun tidak ketinggalan terlena samil memegang tiang pemegang dalam bas. Sayu ku melihat ketabahan mereka mencari ilmu

************************
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQpq3v04ELJB_n_YqACFsWXGBguPUoMl3HOogLYGNXkFNucoyyOGjeIfefKSk4DRIk6CDVyRLyP0m8w5vEiATlOfQpkuDztrTfBtKt5LnXgnZqXSiDk2TF9cvWg6mUrIQ0sJ6Atdbr54Nb/s400/rumah+kelantan+baru.jpg
RKB

Pukul 9 malam

"Aduh, aku lupa. Hari ini ada diskusi kitab dengan Ustaz Jak lepas maghrib" Rungut Zul sebaik sahaja mendengar corong speaker RKB lantang dengan suara Ustaz Jak mendikusikan kitab Keperibadian Imam Syafie' setibanya kami di halaman RKB.

"Tak usah risau. Masih sempat lagi." Segera aku pujuk kawan aku itu yang sangat tidak boleh tertinggal kelas Ustaz Jak. Antara ustaz yang paling lama menetap di Mesir ini dan kini sudah pulang ke Malaysia. Pengajian Master ustaz Jak di universiti Azhar terpaksa diulang semula kerana penyelianya seorang sheikh meninggal dunia baru baru ini. Jadi kalau ustaz Jak ingin cari sheikh baru dia kenalah juga mulakan pengajian baru.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam Dewan Tok Kenali, kawasan duduk sudah penuh dan sesak dengan pelajar tekun mendengar syarahan ustaz Jak. Buku pun sudah habis dijual. Terpaksalah ketua unit dakwah membonceng motosikal ke kedai buku Darussalam membeli beberapa kitab lagi bagi yang masih tiada buku.

Tepat pukul 11.30 malam selesai buku tersebut disyarah. Aku melihat zul sedikit terlena ketika ustaz Jak memberi syarahan. tetapi lain pula dengan aku. Tiba - tiba jadi segar dan bersemangat untuk mendengar kerana pengajiannya dalam bahasa melayu.

*************************
Pukul 12 pagi

Aku bermalam di rumah Zul. Kawan sebiliknya pulang Malaysia. Adalah katil kosong untuk aku merehatkan tubuhku setelah sehari suntuk belajar

"Jak, esok pagi lepas subuh ada baca kitab tauhid kat RKB oleh ustaz Fuad. Kalau ko bangun awal kejutkanlah aku ya."

"InsyaAllah. Ko pon kalo bangun awal kejut aku sekali."

***********************

Jom Belajar!

5 komen:

first time saya baca blog ni sampai tamat...=p
yela, kata baru abih exam, huhu...
saya suke gaya penceritaan ni, mcm saya plak ada di tmpt kejadian.

hmm..btui3
dak mansurah sgt beruntung
kalo x mnafaatkn ape y ade, xtau la nk ckp cmne (psanan utk diri sdiri gak).
alhmdulillah madrasah berjln spti biasa. terisi masa cuti pljr.(pdhl org y tgh ckp ni balik msia tahun ni,kui3)

hehe..ada juga orang sanggup baca cerita panjang macam ini..terima kasih kerana sudi membaca

This comment has been removed by the author.

emm..jat. Realitinya memang macam ni jat. Biasanya hanya orang miskin akan mudah memberi derma banding dengan orang kaya..sebab hanya org miskin faham susah perit xde duit...

dan macam tuh gak dalam hidup ni...hanya org susah n miskin je kebykannya yg tahu erti nilai ilmu tuh..banding dgn org kaya (baca; penerima jpa n mara kebykannya) yg dapat ilmu dengan mudah tanpa perlu susah payah cari pendapatan utk dapatkan duit utk byr yuran..

betulla kata2 ustz ambo dulu

din, usahalah cari duit sdiri utk byr yuran kelas ngaji ni, pasti ilmu ni din akan manfaatkan n jaga betul2 sebab bulih nga titik peluh sdiri, bukey berharap dari ore. (Mengajar erti kehambaan)