Sejak kebelakangan ini, rasa seperti malas hendak menulis. Mungkin kerana sudah tenang daripada peperiksaan yang memenatkan. Rasa Menulis ini akan datang apabila berada dalam keadaan emosi atau tertekan contohnya ketika periksa. Kalau menulis dalam dua keadaan ini, berbagai idea dan pendapat akan keluar dari fikiran yang menyebabkan tulisan itu menjadi panjang dan terkadang menyinggung perasaan sesetengah pihak. Tetapi apabila periksa sudah selesai atau rasa tenang, saya lebih suka membaca dari menulis.
Banyak buku yang sudah saya baca. Dakwah fardiah, peranan pelajar, Zionisme, dan lain - lain. Tidak ketinggalan juga buku dari barat seperti kesemua siri harry potter, novel bahasa inggeris sehinggakan saya pernah menjadi ahli satu kedai buku terpakai yang menjual novel klasik dengan harga murah. Buku yang saya baca ini rata - ratanya saya peroleh dari internet, pinjam dan beli.
Pada suatu hari, disebabkan sudah bosan kerana tidak tahu hendak membaca buku apa, saya cuba membaca semula buku yang telah saya baca. Apabila saya melihat helaian demi helaian ternyata kesemuanya telah saya lupa dan tidak ingat dengan jelas. Apbila saya membaca dengan lebih terperinci saya rasa seperti membaca semula. Sama seperti ketika menghafal quran di DQ dahulu. Kemudian saya beralih kepada buku lain. Perkara sama juga berlaku. Kenapa jadi begini?
Saya merenung jauh memikirkan apalah nasibku kalau berjuta - juta buku sudah dibaca tetapi yang diingat hanyalah sedikit. Beberapa perkataan sahaja yang diingat daripada sejumlah buku yang dibaca. Rugi dan sia - sia sahajalah segala masaku dibuang untuk membaca buku sedangkan membaca itu amalan mulia
Jawapannya mudah sahaja. Tidak ingat kerana tidak beramal. Itulah poinnya. Kalau hendak diikutkan, orang seperti saya ini yang suka membaca ramai. Semua suka membaca, terutamanya para blogger. Mestilah mereka kena banyak membaca bagi mendapat idea unutk menulis dalam blog. Tetapi mereka ini atau mungkin saya sendiri kurang beramal setelah membaca, Membaca hanya kerana menahut seruan kempen membaca yang sentiasa digembar - gemburkan.
Oleh itu, sebagai langkah berjaga untuk tidak lupa apa yang telah dibaca, amalan atau praktikal mestilah disusuli selepas pembacaan. Selepas beramal kenalah pula disusuli dengan penyebaran.Inilah antara rukun ilmu iaitu bermula dengan bertanya, mendengar, faham, hafal, beramal dan sebar. Sebolehnya, usai sahaja kamu membaca sesebuah buku biar sekecil mana pun buku itu, tulislah ulasan buku tersebut dan berikan pendapat kamu. Dengan cara ini lebih mudah kamu dapat merujuk semula buku yang telah dibaca dan akan bertambah lagi pengingatan kamu tentang sesuatu buku tersebut.
Inilah pentingnya berblog. Setiap orang ada buku yang dia minat membaca berdasarkan hobinya. Setiap orang ada penngalaman hidupnya samada yang pahit ataupun manis yang boleh dijadikan pedoman hidup untuk semua orang.
Ada yang berkata kalau selalu berblog, tiada masa hendak membaca sedangkan masa 24 jam sehari itu amat panjang dirasakan kalau dimanfaatkan sepernuhnya. Cuma golongan lalai ini yang tidak pandai mengurus masa menyebakan masa dibuanng begitu sahaja. Ada yang berkata berblog menunjukkan penulis itu seorang yang baik apabila membaca penulisannya sedangkan kalau dilihat dari luar perangainya tidak ubah seperti monyet jalanan. Sebab itu dia tidak mahu berblog kerana tidak mahu menjadi hipokrit. Alasan ini serba sedikit boleh memberi pengajaran kepada blogger supaya menulis apa yang mereka sudah sedia senang untuk beramal. Tetapi bagi golongan yang mengkritik penghipokrit dalam berblog ini, ketahuilah orang - orang kafir di luar sana banyak mengeluarkan kenyataan palsu dan memesongkan ajaran dan sejarah agama kita melalui media masa. Maka dengan cara apakah kamu mampu hendak membalas balik kenyataan mereka ini? Adakah kamu hanya ingin bertingguk di atas batu melihat kerosakan yang dilakukan zionisme ini terutamanya di palestin? Saya baru tahu yang Nasionalisme dalam buku sejarah di sekolah menengah dahulu adalah rekaan orang barat yang ingin memushnahkan tamadun Islam ketika membaca blog demi blog disamping mendengar ceramah.
Kesimpulannya, Marilah sama - sama berblog. Jangan takut dan malu hendak menyiarkan artikel. Ramai lagi ustaz di luar sana boleh membantu anda membaiki kesilapan dalam menulis. Penulisan berbentuk menaikkan semangat unutk membaiki diri melawan nafsu adalah karya paling tinggi nilainya kerana syaitan akan takut terhadap segala tipu daya dan godaannya didedahkan yang akan menyebakan manusia lebih mudah menangkis bisikan jahat syaitan.
Saya suka baca buku kecil dan nipis seperti yang dikeluarkan oleh BAKAN ini. Nampak ringan, mudah dan senang untuk dibaca. Tidak mempunyai ayat atau perkataan yang pelik dan olahnnya menarik minat golongan muda mudi. Setiap bahagian disusun dengan rapi supaya pembaca tidak menjadi bosan ketika membaca. Ruangan kartun diletakkan di bahagian tengah dan belakang bagi menghilangkan kepenatan membaca. Ruangan sajak, puisi, cerpen, artikel ilmiah semuanya telah dirancang dengan baik. Tahniah kepada Suara Kampu edisi Johor
Naik semangat apabila membaca 5 artikel yang dimasukkan sekali gus dalam ruangan 'Tumpuan' dan ditulis oleh penulis yang berlainan setiap artikel. Tertarik saya apabila membaca tajuk 'Bentuk Peralihan' di muka surat 21. Rene Descartes ( RD ) telah membaca sebuah buku imam Ghazali bertajuk "al-minqidh min al-dhalal" dan dia telah menggariskan perkataan 'keraguan adalah peringkat pertama keyakinan' dengan pen merah. Kemudiannya si RD ini telah memberikan inotasi di tepi ayat itu dengan menulis "pindahkan ini ke dalam methode kita'. Maka dia telah memindahkan ayat ini ke dalam bukunya dengan menulis 'keraguan adalah jalan pertama keyakinan'
Nah, inilah salah satu cara Tamadun barat menngambil keagungan tamadun ilmu kita. Memang patutlah mereka ini nampak gah sekarang ini kerana mereka sangat bersungguh dalam mencari ilmu dan sentiasa meneroka. Cuma umat Islam khususnya pemuda sekarang ini tidak pandai dalam mencari ilmu yang dihasilkan oleh tamadun barat. Hanya suka membaca artikel bahasa ibunda sahaja dan menonton filem terpaksa menggunakan sari kata. Sampai bilakah umat ini ingin sedar dari lenanya yang hanya akan bangkit apabila disuluh dengan cahaya ilmu?
P/S : dengan kata PCM akan mengeluarkan beberapa buah buku lepas ini. Buku apa itu agaknya?
3 komen:
Kalau PCM buat buku ko boleh sumbang artikel Jak. Tulisan-tulisan ko menarik untuk dikongsi.
Cuti ni x buat kelas medik ke? Pelajar-pelajar Mansurah aku tgk antara pelajar yg penguasaan mediknya tercorot sepanjang pergaulan aku dgn pelajar-pelajar di seluruh muhafazah(termasuk aku).
Sepatutnya medik ialah prioriti yg harus diberi tumpuan utk peningkatan sebab kita akan menjadi pakar rujuk dalam bidang ini.
Camne kita nak setelkan masalah ni Jak? Nanti kita bincang sama-sama.
Yup, setuju amat. Tulisan dari hati dan minda yang bersih insyaALLAH. Gud2, jat blh jjadi naqib doh staro ni.. hehe, berusrah deh sokmo2, boleh kongsi hasil penulisan dalam blog gak. Em, tapi kalu ber'usrah' yg baitul muslim tuh..
"ya ma'syara ssyabab.. manistatho'aminkumul ba'a.. falyatazawwaj.."
jat tau doh prioriti dih. Tapi kalu nak sempurnakan iman tuh pahni jgn x oyat plop :)
azrul : jolo2..tu la azrul..asal niatnya nak guna blog ni utk medik..cuba la tgk post sblm ni..semua aku post sal medik..tp memandangkan ramai yg menulis ttg dakwah dan sepertinya aku jadi terikut sama..nanti la..bab medik kita kongsi sama - sama kat wordpress..hehe..
abg naqib : tak mampu lagi nak jadi naqib ni..hehe
Post a Comment