Ada orang bertanya kepada saya.
"jak, apa hukum pegang najis?batal wuduk ke?"
"Entahlah" jawab saya
"bole tanyakan ust salman tak nanti. Kan ko selalu gi kelas ustaz salman." Naik darah saya bila dia cakap begitu. Ingin sahaja saya memarahi dia
Inilah KAUM yang malas hendak pergi majlis ilmu. Saya guna perkataan 'kaum' kerana ramai yang tanya saya soalan hukum begini.
Apakah yang menghalang kamu untuk menghadiri majlis ilmu sedangkan imam syafie sendiri sanggup merantau mencari ilmu dari Baghdad ke Mesir. Inikan pula kamu dari istad, galak, samanudi, syaimak, gamaah ke akhir tir'ah. Manakah lebih jauh perjalanan imam syafie dengan perjalanan kita mencari ilmu. Kamu pergi berjaulah yang lebih jauh dan memenatkan boleh pula daripada pergi majlis ilmu yang hanya seciput perjalanan dan tidak memerlukan sedikit pun yuran pendaftaran.
Tidakkah kamu ketahui apabila kamu bertanya menggunakan kabel dari orang yang selalu pergi majlis ilmu ini lebih banyak mendatangkan bahaya?Sama seperti permainan bisik - bisik cerita ketika zaman kanak dahulu. Apa yang dinaqalkan guru kepada muridnya tidak semestinya murid itu ingat seratus peratus. Di situlah bahayanya apabila anak murid ini akan menokok tambah, mengagak dan mungkin menggunakan akal ketika menjawab. Kalau dia ingat seratus peratus apa yang disebut oleh guru itu tiada masalah. Tetapi yang menjadi masalahnya apabila kaum yang suka bertanya dengan kebel ini atau yang seumpama dengannya ini malas hendak pergi majlis ilmu. oleh yang demikian adalah lebih baik jika orang yang suka menggunakan kebel ini rajin - rajinkanlah diri menghadiri masjlis ilmu. Amirul Mukminin, Saidina Umar sendiri telah menyuruh panglima tentera agar menuntut ilmu walaupun sibuk dengan tugasan perang yang sangat besar. Inikan pula kita yang sibuk dengan sezarah peperiksaan sudah terkulai, terbaring, ternganga mulut ketiduran dek keletihan membaca buku anatomy.
Saya pun tidak tahu samada dia tanya begitu saja - saja ingin bergurau atau ingin memulakan perbualan dengan saya ini yang jarang bercakap. Tapi kalau niat dia memang ingin tahu hukum itu dan ini. Saya balas
"Kenapa pula saya yang kena tanya ustaz. Kenapa kamu sendiri tak gi jupe dan tanya ustaz."
"Malulah nk gi kelas. Dahla aku ni jarang gi kelas. Nanti pergi je kelas mesti ramai pandang pelik."
MALU!! Senangnya jawapan.
Inilah orang zaman sekarang, :
- malu hendak pergi majlis ilmu atau solat berjemaah kerana takut orang pandang pelik malu ingin berbuat baik kerana tiada orang menjadi perintis
- malu hendak bertanya soalan kepada orang yang fakih. Hanya berbincang dan berforum tentang sesuatu hukum bersama dengan orang yang jahil tentang hukum itu
- malas hendak mencari ilmu dan guru. Cari melalui internet dan buku sahaja. Sedangkan berguru hendaklah diutamakan dari segala - segalanya.
Rukun ilmu itu ada enam :
1. Bertanya
2. Mendengar
3. Faham
4. Hafal
5. Beramal
6. Sebar
Sumber : Ihya' 'Ulumiddin
Orang yang belajar ilmu agama ini ada 3 peringkat:
1. mubtadik - orang yang baru mula hendak belajar tentang ilmu Islam
*jangan tertukar antara perkataan mubtadik ( 'k' untuk hamzah )( permulaan ) dan mubtadi' ( ' untuk 'ain ) ( Pembuat bid'ah )
2. muktasid - orang yang sudah mempunyai ilmu dan asas - asas kukuh tentang Islam.
3. mujtahid - orang yang sudah mampu mengeluarkan fatwa, hukum dan sebagainya
Kita semua masih berada di peringkat mubtadik. Masih muda dan mentah dalam menimba ilmu - ilmu Islam ini. Masih memerlukan bimbingan guru untuk mempelajari tentang sesuatu ilmu atau kitab. Berlaku kekacauan sekarang, ini apabila golongan mubtadik ini mempunyai ego yang tinggi lalu hanya mencari ilmu dengan jalan pintas. Apakah itu jalan pintas? Membaca buku - buku agama kemudian menafsir dengan otaknya sendiri tanpa ada bimbingan guru.
Contoh 1 : Dia membaca buku wahabi sedangkan dia masih tidak mempunyai ilmu asas dalam Islam. Maka dia akan menerima sebulat - bulatnya apa yang dipaparkan dalam buku tersebut tanpa merujuk kepada guru.
Contoh 2 : Dia membaca buku asas - asas Islam tanpa guru juga seperti hadis, tafsir, nahu, saraf dan sebagainya. Niatnya sangat bagus ingin menambahkan pengetahuan tetapi silapnya apabila dia akan menafsirkan segala apa yang dibaca mengikut otaknya.
contoh bagi contoh 2 tersebut adalah ayat 191 surah Albaqarah yang berbunyi "dosa fitnah itu lebih besar dari pembunuhan". Bagi yang tidak berguru, dia akan menganngap fitnah dalam ayat tersebut bermaksud tuduh menuduh sedangkan maksud sebenarnya adalah syirik. rujuk akhisalman.blogspot.com untuk ketahu lebih lanjut.
Itulah serba sedikit yang saya ketahui tentang golongna mubtadi' ini. Masuk pula kepada golongna muktasid. Golongan ini tidak mengapa kalau hendak membaca buku - buku tinggi tanpa berguru kerana dia sudah sedia mempunyai asas ilmu islam yang kukuh. Kalau dia membaca buku wahabi dia dapat mengesan apakah kesalahan yang terdapat didalamnya. Kalau dia membaca buku orientalis dia dapat membidas balik tanggapan buruk mereka terhadap islam. Apakah dia ilmu asas itu? Itulah dia ilmu yang golongan mubtadi' ego dan malas ini ingin membaca dan sentiasa ingin berhujah. Ia adalah perkara - perkara asas dalam setiap ilmu agama seperti hadis, tafsir, usul fiqh, nahu, saraf dan banyak lagi sepertimana yang terkandung dalam manhaj kuliah pengajian Islam di seluruh dunia.
Bagi golongan mujtahid saya malas hendak memanjangkan kalam lagi. Bolehlah bertanya lebih lanjut tentang orang yang lebih fakih.
Walaupun begitu, tidak semestinya kamu sebagai gologgan mubtadi' dilarang untuk membaca buku asas - asas Islam ini. Apa yang penting adalah apabila kamu membahas dan menceritakan satu ayat quran atau hadis kamu mesitlah benar benar faham maksud dan tafsirannya setelah diterangkan oleh guru. Kalau seperti buku ringan dan tidak memerlukan kefahaman yang mendalaman itu tidak mengapa. Yang menjadi masalah apabila mereka ini mereka - reka tafisran sendiri mengikut hawa nafsu
Ingin juga diberi peringatan disini, pengajian dengan guru adalah berterusan. Jangan hanya bertanyakan guru apabila terdapat musykil tentang sesuatu ayat sedangkan kelas pengajiannya tidak pernah pergi. Apabila berlakunya begini akan terdapat dua tafsiran. Tafsiran murid dan tafsiran guru. Maka akan bertambah bingunglah sesuatu ilmu itu. Seperkara lagi pernah diberitahu oleh ust Fuad, salah seorang ustaz yang amat laris dipanggil untuk pengajian kitab di setiap BAKAN. Dia berkata "Berhatilah ketika mencari ilmu atau fakta di dalam internet kerana banyaknya telah terpesong."
Membaca amalan mulia. Berguru juga perkara yang dituntut. Apabila membaca tanpa berguru sesatlah jadinya. Apabila berguru tanpa membaca jadilah bayi yang asyik disuap bubur. Perkara yang paling baik adalah pertengahan.
Jauhilah perbalahan tentang isu agama ini kerana nabi bersabda sesiapa yang meninggalkan perbalahan walaupun dia benar dia akan mendapat sebuat mahligai di syurga kelak. Di dalam penulisan, perkara berkaitan agama, budaya, moral, perilaku dan kehidupan sosial, perlu diletakkan batasan dan disertakan penulisan bijak.
Bagi pendakwah diluar sana yang sibuk berblog dan bertulis tanpa menghadiri majlis ilmu jangan harap kamu dapat epal yang enak dari ladang yang buruk.
p/s : marilah sama sama meramaikan madrasah nawawi dan majlis pengajian di mesir ini. Kami semua sentiasa menanti kehadiran anda dengan hati terbuka. www.madrasahimamnawawi.blogspot.com .
ditulis dan ditokok tambah oleh : Aizat
disemak oleh : Ust Salman
11 komen:
Salam alayk.
Menarik pos kali ini. Menjentik hati mereka yang malas nak menuntut ilmu.
Pada yg x berkesempatan utk hadir pd pg hari di kelas Imam Nawawi, banyak lagi kelas lain di masa lain. Nak hadir atau tak je...
salam adik jat..
oleh krn mu suh aku komen cni..aku komen ah..hahahha
post mu sedak kali ni..meme padat la ats muko hok ore xse nuntut ilmu..
pndgn msing2..pndpt msing2..
aku rsa xperlu aku nok jelas pnjg2 hal ni doh pn sbb aku tahu mu lebih arif dan pakar dalam bab ni..
cumo nasihat aku jat sbagai saim mu hok hino ni dan xdop gapo2 ilmu ni..
"kenalilah msyarakat dgn lebih luas dan bukak pemikiran serta bergaullah dgn ramai org..agr mudah kito fhm situasi sesuatu msyrakat tuh..bila kita dah dekat,mudah kita fhm mereka dan akn terbuka fikiran kita dlm menilai sesuatu bnda tp syaratnya,msti ikut syara'"
0o0..bereh abe dah.. aku sero po sokmo doh naik atas..haha..gi ajak ore gi klas jenuh doh..nge last2 tulis pasal go ni slalulah aku..pndpt mrk tidak mahu ke kelas seperti lebih kpd alasan..
salam.
thanx untuk entry yg menjelaskan ni.
ramai golongan muda sekarang yg malu untuk hadir majlis ilmu, even untuk hadir usrah sesama kawan2 pun die ego.
mardiati : Kat australia pon ade kelas agama dan usran erk..menarik..bole kongsi..
mumtaz...
:) senyum
salam...
din mu wak usrah gano nih? membuartkan ijak sofian jd mantop ni...ni baru sore hasil tarbiah mu din...hok len gak mesti mantop2 mace ijak gok..
oleh itu shbt2 silela ikut abe jak ni yg rajen ke madrasah iman nawawi...klu nak power cam die tanye die camne die g talaqqi summer tahun lepas..
wslm
post y sgt bagus dan menyengat pada ahlinya.
tunaikanlah hak pada diri - iaitu ilmu utk hidup.
salam abe jak....
nok nadoh bleh?
sege + terstimulate untuk terus menuntut ilmu.
Terima kasih banyok!!!
teruskan menulis...
bose2..ngepong pah ceroh..
Post a Comment