“Jak, ada orang cakap kat aku nak jadi mentor. Sekarang ini ko tak bukak ke borang untuk menjadi mentor?” Tanya Mujahid.
Berbunga riang hati ini apabila mendengar ada orang ingin menjadi mentor. Bagaikan ikatan di tubuh ini terlerai sedikit. Mana tidaknya, saban hari bertanyakan sekalian mahasiswa untuk menjadi mentor tapi hanya sekelumit sahaja yang member jawapan positif. Terkadang terpaksa diberikan nasihat untuk meruntuhkan tembok inferiority complex dalam diri mahasiswa dan mentor. Pelajar semakin ramai, gejala sosial semakin kronik. Ketika mana shisha, ikhtilak dan rokok yang semakin tumbuh bagai cendewan selepas hujan di bumi barakah ini, ketika itulah semakin sedikit golongan yang ingin membantu penjernihan kerosakan yang berlaku di sini.
Saya mohon juta kemaafan kepada mentor tahun 3 dan tahun 2 kerana terpaksa memegang begitu ramai mentee dalam satu kumpulan. Tambah pula, semuanya bukanlah satu rumah dan bukan dalam jurusan sama dan bukanlah dari kepala yang sama. Semuanya adalah kerana kekurangan mentor yang dialami sekarang ini. Terima kasih kepada Azrul, Ibrahim, Abdullah, Faisal dan Hakim kerana komitmen yang diberikan bagi menjayakan smart circle senior.
"InsyaAllah akan dimasukkan secepat mungkin. Sekarang ni tengah tengok balik nama mereka yang tecicir dari tahun 2 dan tahun 1” Jawab saya.
Demikian itu, kami amat menagih tenaga kerja dari kamu semua. Ramai juga dikalangan tahun 1 merungut melihatkan suasana bumi nabi tidak ubah seperti KL. Fikirnya, kalaulah orang Malaysia datang ke mesir bolehlah juga berubah kepada yang lebih baik. Namun begitu, setelah lebih 3 bulan di sini, masih lagi tidak berubah. Jadi mereka ini cuba mencari suatu Clorox bagi menyucikan debu kotoran yang masih melekat pada mahasiswa Malaysia. Kagum juga melihat semangat tinggi jiwa muda. Fikirku, bagaimana kesedaran ini boleh ada pada junior tetapi tidak pula pada senior?
Suka melihat muka muka baru dalam Unit Pembangunan Insan. Tapi sedihnya, di manakah muka muka lama? Unit Pembangunan Insan tidak pernah lengang dengan mahasiswa junior sahaja. Senior yang ada dalam mesyuarat UPI hanyalah majlis tertinggi PCM, Saiful Akmal dan Amar. Mujurlah ada mereka, kalau tidak siapalah yang mahu mengajar junior ini untuk mengawal badan dakwah supermega ini bagi mengawal dan menghidupkan suasana Islam di Mansurah ini.
Memperkasakan Akademik dan Tarbiyah
Wallahu ‘alam
Bagi sesiapa yang ingin menjadi mentor, bolehlah menghubungi saya melaui blog ini, upi dan forum PCM atau menghubungi Safwan ( 0113576255 )
0 komen:
Post a Comment