Friday, December 11, 2009

Kekurangan idea kreatif dalam mengendalikan SC


Pembentangan pertama

“Apa maksud hamba mukatab?” Tanya junior kepada mentornya.

“Hamba yang ada perjanjian dengan tuannya untuk menebus diri. Contohnya hamba dan tuannya telah membuat perjanjian untuk membebaskannya sekiranya si hamba tadi mempunyai wang sekian sekian. Maka kalau hamba tu sudah ada wang mencukupi seperti dalam perjanjain tadi dan membayar kepada tuannya maka dia boleh menebus diri atau sudah bebas.”

“0o0. Macam tu.” Junior tadi menyambung pembentangannya bertajuk apa erti saya islam dari sudut akidah dari buku apa erti saya menganut islam karangan ustaz Fathi Yakan rahimahullahu ‘alaih

Pembentangan kedua

“Kalau nak pergi masjid tu ajaklah anak pergi sekali. Janganlah ajak anak pergi main dota waktu orang qamat.” Lucu tapi bernada sinis. Ruang tamu dihiasi gelak ketawa mentee.

“Eh, aku tak ajak ko main dota aritu. Ko yang datang tengok aku main dota” Seorang mentee cuba berdalih.

“Tak sangka ada gak orang termakan cili sini.“ Mendalam maksudnya lalu disambut pula dengan gelak sekali lagi. Mentor hanya memerhatikan kemesraan anak buahnya. Terpalit sedikit senyuman di mulutnya melihat gelagat mentee.

***************************************

Perjalanan smart circle amat susah hendak dijalankan secara konsisten. Saya sendiri mengaku bahawa kemalasan wujud tiap kali tiba waktu untuk membuat smart circle. Ingin mengajak mentee, beli roti sebagai hidangan, mengehadkan masa. Semua itu acapkali dicuaikan. Tetapi dengan sokongan dan dorongan dari mentor lain, roh semangat bertiup lembut mengembalikan kekuatan untuk menarikan berus di atas kain putih agar ia menjadi seindah batik yang berwarna warni.

Sesi 09/10 bakal menyaksikan cabaran lebih hebat bagi para komando ( mentor ) untuk menjalankan usrah. Dengan hanya jumlah yang kecil, mampukah para komando mengawal tentera mansurah untuk menjadi pemacu kepada terbentuknya Negara Islam di Malaysia kelak. Tepuk dada Tanya iman.

“Siapa yang mengucapkan kalimah lailahaillallah adalah da’I”

Tidak dinafikan bahawa semua umat Islam adalah pendakwah. Malangnya, kerana kekurangan ilmu dan kesedaran tidak semua boleh menjadi pendakwah sebenar. Berbekalkan secebis kain buruk untuk menggilap cermin besar adalah kerja tidak cerdik. Bekalan dalam menempuh cabaran berdakwah kepada mentee memerlukan ilmu dan pendirian tetap.

Oleh itu, kelas agama yang diadakan tiap pagi adalah peluang untuk anda menambahkan idea kreatif dalam menggerakkan SC. Satu kitab haraki tentang cara berdakwah akan dipelajari setiap hari Ahad di madrasah imam nawawi.

Demikian itu, saya menyeru kepada para komando supaya menghadiri kelas ini agar cara pembawakan kepada mad’u akan lebih terbuka dan tidak jumud. Waima tidak menghadiri kelas lain tapi saya berharap agar kelas ini tidaklah juga menjadi satu alasan lapuk untuk meninggalkannya.

Memperkasakan Akademik dan Tarbiyah

Wallahu ‘alam

1 komen:

salam jat.

u r somebody now.

hehe.

slamat berjuang.

p/s:add ym ana tuh.