Wednesday, December 2, 2009

Alhamdulillah

Konflik petisyen akhirnya sudah menetaskan hasilnya

Nampaknya semakin ramai sudah faham apakah itu kesatuan dan perpaduan. Seperti mana kalam pengerusi di majlis ADHA baru ini, "perkara ini adalah perkembangan positif untuk semua ahli kerana ramai yang sudah tahu tentang pentingnya berpersatuan"

Bercakap mengenai perpecahan yang berlaku rasanya banyak aktiviti telah dilakukan PCM bagi menangani kes ini. Kalau dalam Mentor Council, kami telah mencampurkan adukkan pelbagai program dalam satu kumpulan smart circle. Ada pergigian, manchester dan conventional. Semua ini adalah bagi menyatukan segala fikrah kita yang pelbagai.

Idea ini telah diutarakan oleh abang firdaus yang melihat kepada isu perpecahan yang berkecamuk sejak berzaman. Diharap dengan terlaksananya idea ini, ahli PCM lebih semangat untuk menyertai smart cricle. Di samping dapat menambahkan ilmu tentang kitab maza yakni dan akhlak mukmin, penyatuan pemikiran akan menjadi selari

Ramai orang naik angin dengan entri lepas. Banyak komen yang pro dan kontra. Saya menerima dengan terbuka .Baru saya nampak, ahli PCM ini ramai. Selalunya bila menghadiri program rohaniah PCM hanya 1/10 sahaja yang akan turun manakala program jasadiah lebih kurang 1/3 sahaja. Terkadang sedih juga melihat, apabila AJK sendiri kena jadi peserta untuk program yang mereka anjurkan.

Walaubagaimanapun, entri lepas hanyalah sebagai muhasabah kepada ahli PCM. Hakikatnya, siapa yang sayang PCM dia akan melihat kepada pembangunan PCM untuk ahli sejagat. Saya hanyalah mengkritik sebahagian ahli yang kurang komitmen dalam menggerakkan PCM. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab memayungi pelajar PERUBATAN mansurah banyak tenaga kerja diperlukan.

Satu fikrah satu amal

Wallahu 'alam

2 komen:

Alhamdulilag dh setel..

1)kalo xde bnda ni,kte xkn sedar ramainya yg menyokong pcm
2)kalo xde bnda ni,kte xkn sedar ada kesilapan di pihak kte yg terlepas pndg
3)kalo xde bnda ni,kte xkn sedar mkna bersatu
4)kalo xde bnda ni,xbest la politik bersih sesama mahasiswa

kesimpulannya, Perancangan ALLAH MAHA HEBAT..DIA mengetahui rahsia dilangit dan dibumi dan diantara kedua-duanya..

:]