Wednesday, November 11, 2009

Kenapa burukkan SC?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhevjBCiebsAgx-MR-a2szXe2k-34hkOULtjVdfJ14sKvVdPp2bqSMtbidyd5msIILyihggW_1ORkZj6a_SQAdcAwasXe1OpMd9cFqFFeJfipx6o3H5C4UjcxDEyIUHuk6XYglVlyJNCD4/s1600/logo.JPG

“Jangan join Smart Circle PCM. Bukannya bagus pun. Ikut ana punya SC lagi ok.” Kata seorang senior kepada junior tahun 1.

Esoknya si junior melaporkan ada orang mengeluarkan fitnah terhadap SC kepada mentornya dan akhirnya sampai ke pengetahuan saya. Syabas! Sepandai tupai melompat akhirnya tergolek juga.

Sejarah berulang.

Sesi lepas, adik nur kasih telah menggegarkan forum PCM tentang SC palsu bukan di bawah PCM. Habis berungkai komen menyesakkan ruangan forum PCM yang sekian lama dilitupi debu.

Cerita ini bukan saja di Mesir, bahkan berlaku juga di IPTA Malaysia. Teruknya sampaikan ada yang menunjukkan pisau dari belakang.

Beberapa tahun dulu sebelum wujudnya saya di dunia ini, ada juga kes seperti ini berlaku. Saya tanya umi tentang hal ini.

“Alah biasalah perkara tu. Dah menjadi adat di mana mana IPTA.”

Bersatu atau berpecah

Mereka ini isi borang PERUBATAN. Mereka tahu tujuan berpersatuan. Bahkan mereka juga tahu moto PERUBATAN iaitu mengungguli kecemerlangan dan mengerat kebersamaan.

Kalaulah tidak mahu berpersatuan sebab ingin tumpu belajar itu tidak mengapa. Golongan ‘silent study’ ini masih boleh lagi diasuh supaya dijinakkan dengan dunia berorganisasi. Masalahnya adalah golongan ‘silent rat’ ini. Perangai tidak ubah seperti tikus di longkang bawah tanah yang keluar di waktu malam bagi mencari nafkah @ SC.

Marilah bersatu dalam fikrah dan amal. Tiap kerja yang dijalankan sama sama hulur tangan. Janganlah dihulur tangan ke arah musuh dan dihunus pedang ke arah kawan.

Artikel ini adalah pengajaran kepada yang ingin buat SC palsu. Kalau yang sedar insaflah. Kalau masih berdegil juga buatlah apa yang kamu suka tapi jangan sesekali porak perandakan mahligai PCM sedia ada ini.

Satu Fikrah, Satu Amal.

Majulah PCM untuk Mansuriyyin.

Wallahu ‘alam..

Activity in progress :

1. ADHA

2. Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC)

3. Jawatankuasa Pemilihan Calon (JPC)

4. EXAM

3 komen:

satu perkataan je aku boleh kata...

"BODOH"

hahahahhaa..

ade sokmo bnda gni..

nak tlg tu x..ni duk ralik ko baloh,ralik ko nk jatuh org,..mace2 la..

*bodoh sbb aku dh bosan bnda asik berulang..xkn thn 4 ni nk ade isu lak..kte tggu..jeng3~

jat...ape kato ko sebut je name dak tuh....mmng benar la pidah ckp....dio tu "B*D*H.....biar sedar sket diri die tuh...bajet


izzul