Friday, November 20, 2009

Idaman hatiku

http://apogeehps.com/yahoo_site_admin/assets/images/Leader_on_pedastal_photo.27225540_std.jpg

Ini bukanlah melobi tapi sekadar luahan hati dan pandangan selaku senior yang sudah menetap di Mansurah selama lebih kurang 3 tahun dan ingin melihat sesuatu yang terbaik dari kepimpinan PCM supaya Mansurah menjadi negara yang makmur dan rakyat yang sentiasa bantu membantu kepada kepimpinan. Janganlah AJK sahaja yang bekerja sedangkan rakyatnya melepak depan komputer main game, menonton KCB dan membuang masa kepada benda tidak sepatutnya

Pilihanraya Mansurah akan berjalan tidak lama lagi. Jadi adalah menjadi tanggungjawab penduduk mansurah untuk melantik pimpinan dari kalangan mereka. Terlalu banyak ayat alquran dan hadis yang menyuruh supaya hidup mestilah berorganisasi. Saling bantu membantu. Alasan pelajar perubatan tidak boleh berpersatuan adalah karutan semata.

Pengerusi mestilah seorang yang sangat kuat dari semua aspek. Fizikan dan mental mestilah segar. Seorang yang berpengalaman dan tahu selok belok sejarah, kejatuhan dan kenaikan PCM. Disebabkan longgokan pelajar mencecah seribu orang ketika ini jadi saya merasakan Muhammad Ikram b Ishak sahaja yang layak memegang jawatan ini

http://destination-innovation.com/Innovative.Leader.jpg

Timbalan pengerusi 2 iaitu ketua bahagian akhawat, walaupun saya lelaki tapi saya tahu sedikit sebanyak perangai setiap akhawat hasil daripada pengalaman bermesyuarat dan melihat keadaan sekeliling melaui musyrif dan sebagainya. Jadi saya mencalonkan Syamilah bt mohamad kerana komitmen kerjanya sangat tinggi dan ideanya untuk membangunkan PCM bercurahan – curahan seperti air terjun. Arahannya kepada orang bawah mampu membuatkan sesiapa sahaja mengikut tanpa banyak tanya kerana dorongannya kepada AJK sentiasa menaikkan semangat mereka.

Oleh kerana kepelbagaian program yang wujud di Mansurah ini, maka semestinya setiap program ada wakil masing masing dalam PCM. Conventional, Manchester dan Dentistry.

Perlu diingatkan juga, setiap batch juga mesti ada wakil dalam PCM. Tidak boleh hanya senior tahun 3 atau tahun 4 yang mendominasi kesemua jawatan. Tidak boleh juga tahun 2 saja yang mendominasi sebuah persatuan gergasi.

Oleh yang demikian, setelah berfikir dan bertanyakan pendapat beberapa orang senior dan junior inilah hasil kajianku. Pemimpin mestilah seorang yang rajin turun padang dan disenangi masyarakat kerana dengan penerimaan masyarakat kepada mereka maka akan semakin kukuhlah PCM dengan kerjasama dari semua ahli

http://www.tjpmd.com/images/leader.jpg

Manchester : Muaz Mustapha

Antara pelajar manchester rapat dengan senior dan juga junior. Sehinggakan budak junior hisap rokok boleh hormat Muaz. Tidak pernah sunyi dengan senyuman manis setiap kali berjumpa. Wajah ceria mampu menarik hati siapa sahaja. Walaupun program Manchester, tapi masih boleh rapat dengan senior conventional dan dikenal ramai pelajar di Mansurah ini

Pergigian : Rafiq (AJK Mentor Council, ketua dentistry )

Sepatutnya tahun lepas lagi jadi AJK. Seorang AJK dalam Mentor Council dan memegang unit paling berat iaitu pemantauan. Walaupun begitu kerjanya tetap cemerlang sekalipun komitmen dari mentor sangat rendah. Tabah dalam saat genting.

Tahun 2 : Jihad ( AJK ekonomi, unit sembelihan ADHA, AJK madrasah imam nawawi )

Pelajar tahun 2 paling menonjol di Mansurah. Selalu bergaul dengan senior dan berfikiran matang. Sewaktu menjadi AJK ekonomi, YM nya tidak lekang dengan promosi voip dan juga evoiz. Kesungguhan beginilah yang didahagakan PCM.

Tahun 3 :

1. Ubai ( Ketua ekonomi, mandub selangor 2 tahun, mentor SC )

Dengar cerita, sejak ubai memegang ekonomi PCM keuntungan PCM berlipat kali ganda. Sehinggakan bendahari, Zaim jemu melihat muka ubai kerana selalu menghulurkan keuntungan kepada dia. Sebab itulah bendahari jarang menjual beras sekarang ini sebab kalah dengan ubai dalam bab promosi. Kalaulah ubai pegang unit lain alamatnya untung ( maju ) jugalah unit tersebut. Walau apa cara sekalipun ubai tetap kena wujud dalam kepimpinan PCM.

2. Hanif Mahamud ( Ketua UPI, AJK akademik, mentor SC, Penasihat mentor council )

Pengalaman bekerja dengan Hanif selama setahun banyak mengajar saya erti bekerja dan belajar dengan betul. Terlalu banyak hendak diceritakan kelebihan abang saya ini. Sedih juga kerana tahun depan tidak dapat lagi bekerja dengan seorang yang amat bijak dan teguh pendirian seperti abang hanif. Selamat maju jaya abang hanif.


Tahun 4:

1. Izzul Akmal ( AJK unit Hisbah, Timbalan pengarah ADHA, Ketua rumah, Mentor SC, Moderator dan pengendali blog PCM, Wartawan PCM )

Housemate saya dan memang sangat bagus dalam membuat kerja. Ketua rumah dan juga seorang yang periang. Selalu membantu orang dan sangat pemurah. Memang inilah pemimpin yang kita mahukan. Mampu menghidupkan suasana dan bijak berfikir. Berpengalaman mengarah beberapa program besar dalam PCM seperti ADHA dan juga Kempen Solat.

2. Syazani ( Pengarah ADHA, Ketua unit sembelihan ADHA , Mentor Smart Circle, Bendahari rumah bujang senang )

Raja lawak Mansurah. Walaupun seorang pelawak tapi lawaknya berniat baik. Bukan ingin membuang masa kawannya dan bukan juga ingin berlawak saja saja. Terkadang terselit sedikit pengajran dari lawaknya. Hasil kerjanya
http://pol.spurious.biz/blog/uploads/picks/follow-your-leader.jpg

6 komen:

Saya teramat amat dan amat menyokong Syamilah Mohamad menjadi Naib Pengerusi sesi depan.

baguih2..terima kashla kiki..sokong2

"sejak ubai memegang ekonomi PCM keuntungan PCM berlipat kali ganda. Sehinggakan bendahari, Zaim jemu melihat muka ubai kerana selalu menghulurkan keuntungan kepada dia."

BERLIPAT KALI GANDA?

betulke pernyataan ni? at least biar persepsi yg benar walaupun pahit

*tiada naib pengerusi,, hny timb. pengerusi 2 shj*

salam, wah , pok jak da start dulu, mana aci kitorg ada exam, tak leh awat ape2 , insyallah kerja banyak jer nnti kan org jer.

ana ni dah tua dah, cukup lah tua2 pencen awal....

bg org muda plak. org muda byk tenaga lagi...

orang yg dikempem memboikot nampaknya..takpe..da korang naik terima sajalah..

keuntungan jangan dilihat dari segi wang..setiap perkataan bole disyarahkan lagi..masing masing atas pendapat mereka...keuntungan dari pelbagai segi boleh diguna pakai

pehh....ganas mg jak,
rply komen dr mg ni:

"November 20, 2009 4:06 PM"

duk qiamulail nih....awal betol stat kempen...