Tuesday, February 16, 2010

Teh hijau mampu mengelak ketumbuhan pada rahim ( uterine fibroids, UF )

http://patomi.files.wordpress.com/2008/10/teh-hijau2.jpg

Kajian menunjukkan the hijau boleh membantu merawat UF yang mana kebiasaannya berlaku pada wanita dengan nisbah ¾. Walaupon UF tidak dikaitkan dengan risiko kanser tetapi ia akan menyebabkan pendarahan pada rahim, pemanjangan kitaran haid, sembelit, kesakitan pada tulang pelvis dan tanda - tanda lain.

Kajian melibatkan 20 tikus yang mana setiapnya disuntik dengan sel fibroid. 10 tikus diberi air minuman biasa manakala 10 yang lain diberi air minuman dicampur dengan epigallocatein gallate ( ECCG, bahan yang terdapat dalam teh hijau ). Selepas 8 minggu, tikus yang minum ECCG telah menunjukkan pengurangan drastik pada berat ketumbuhan pada rahim.

Teh hijau dikatakan mengandungi kadar antioksida yang tinggi dan boleh membantu melawan kanser payu dara dalam kajian yang telah lepas.

0 komen: