Monday, February 22, 2010

kiblat dan pandangan mata ketika solat

Kemakah patut dilihat semasa solat?

Mazhab maliki : melihat ke depan

Jumhur ulama : sunat melihat ke tempat sujud

Berkata qadi syarik : pada waktu berdiri lihat pada tempat sujud, pada waktu rukuk lihat pada kedua kaki, pada waktu sujud lihat pada hidung, pada waktu duduk lihat pada riba

paling sahih adalah pendapat jumhur ulama.

Adakah wajib menghadap ain ka’bah atau sekadar menghadapat ke arah ka’bah sahaja?

Menghadapat kiblat adalah kefarduan solat. Tidak sah solat jika tidak menghadap kiblat. Tetapi dalam solat khauf dan solat sunat atas tunggangan dan kapal hanya perlu menghadap ke arah mana tunggangan menhadap.

Dalam riwayat imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi, sesungguhnya nabi solat di atas tunggangannya mengikut arah tunggangannya. Firman Allah “ Kemana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah.”

Ulama berselisih pendapat pada, adakah wajib menghadap ain ka’bah atau sekadar arahnya sahaja?

Mazhab syafie dan hanbali, wajib menghadap ain ka’bah

Mazhab hanafi dan maliki, wajib menhadap arahnya sahaja. Ini sekiranya orang solat tidak nampak ka’bah. Tetapi jika orang solat nampak ka’bah dia mesti menghadap ain ka’bah

sumber : tafsir ayat ahkam

0 komen: