Borang kaji selidik Smart Circle hampir semua sekali sudah menghantarnya. Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama. Kepada yanag masih belum menghantarnya atau belum mendapat borang tersebut bolehlah meminta daripada Exco Pembangunan Insan atau saya sendiri.
Borang ini bertujuan untuk muhasabah SC pada sesi lepas. Oleh kerana perjumpaan facilitator tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat jadi kami hanya menggunakan cara mengedar borang sebagai cara yang tidak menyusahkan mana mana orang. Pentingnya borang ini kerana ia akan menjadi panduan kepada perancangan SC lebih teratur pada tahun depan. Jadi kepada yang belum hantar, bolehlah membuatnya secepat mungkin.
Dengan jumlah pelajar yang semakin ramai, adalah menjadi satu kewajipan bagi unit Mentor Council untuk menjaga mereka semua ini. Gejala maksiat dan meyuruh perkara baik amat tidak diambil sensitive oleh sebahgian besar pelajar PERUBATAN. Hanya sibuk dengan pelajaran sahaja. Ramai beranggapan kerja ini hanya terpikul di bahu AJK Unit Hisbah. Kerana mereka ini ada kuasa atau terlatih atau pandai dalam membuat kerja begini. Itu semua adalah anggapan salah.
Hisbat tiada kuasa untuk menghukum mereka yang berkapel. Itu semua adalah kuasa kerajaan. Kuasa hisbah hanyalah menegur. Menegur inilah satu perkara yang memerlukan skill tersendiri. Kalau overskill jadi bahaya. Kalau tiada skill, senyap saja bila melihat orang buat maksiat.
Memang susah hendak menegur orang kalau tidak mengenali mereka. Siapa tidak marah, orang yang tidak dikenali tiba tiba marah ketika mana sedang syok menghisap syisya. Pasti buku lima digenggam kemas menunggu masa untuk dipanah ke muka orang tidak dikenali tersebut atau AJK hisbah. Jadi bagaimana caranya hendak menegur mereka yang cepat marah ini.
Wasilah SC adalah jalan terbaik untuk mendidik mereka ini. Jika pelaku dosa itu susah untuk ditarbiyah maka, Unit Hisbah akan bertindak melaporkan perangai pelajar itu kepada Faci kerana faci adalah senior yang paling rapat dengan mereka. Itulah sebabnya SC diadakan seminggu sekali bertujuan untuk merapatkan ukhwah faci dengan anak buah atau sesame anak buah. Bilamana ukhwah itu cantik maka kerja mendidik menjadi senang. Maka semakin mudahlah kerja menegah dosa.
Smart Cirlce mempunyai tiga tujuan utama. Ta’ruf, takaful dan tafahum. Ta’ruf adalah berkenalan sama sendiri. Kalau boleh biar sampai ke moyang kawanya diingat. Tafahum dari segi bahasa bersefahaman manakala makna tersiratnya adalah saling berpesan pesan kepada amar makruf dan nahi mungkar. Jangan ada kawan sesame SC yang terjebak dalam kegiatan dosa. Saling menasihati antara satu sama lain. Takaful pula adalah berseimbang atau maksud lainnya memelihara nasib sesame sendiri supaya jangan ada yang terbiar atau terlantar. Hendaklah sesama mereka bersungguh – sungguh untuk bersama menolong memikul beban. Kalau ada 100 orang budak tahun 1 pada tahun 2006 biar kesemua 100 orang ini sama - sama graduate pada tahun 2012 kelak.
Oleh itu, kebijaksanaan faci adalah sangat penting dalam mengemudi SC supaya mencapai 3 matlamat tersebut. Banyakkan membaca buku dan menimba ilmu dakwah. Sikap inferiority complex hendaklah dibuang kerana ini akan menyebabkan kurangnya keyakinan dalam mengendalikan SC dan takut untuk berjumpa anak buah. Kamu semua mestilah menjadi faci sebagai latihan asas sebelum menempuh medan dakwah yang lebih luas selepas tamatnya alam university. Peranan kita bukanlah belalar semata tapi berdakwah juga. Keduanya jalan seiringan tanpa ada yang terlebih beban antara salah satunya. Blog adalah wasilah dalam berdakwah tetapi bekerja turun padang untuk berjumpa dengan mad’u janganlah diketepikan.
Wallahu ‘alam
Rujukan : Usrah dan Harakah( Beberapa Panduan Asas ) oleh Ya’qub Muhammad Hussin
1 komen:
gmbar semat tuh, sapo amek agoknyo? (zala) hahaha
Post a Comment