Thursday, October 22, 2009

Tahun 4 yang menyenangkan


Kata senior “Korang study la sungguh taun 3. Masuk taun 4 ni memang lega la”. Purata kelas sehari 3jam. Mula pukul 9 dan habis pukul 11.30. Pada hari tertentu ada kuliah community medicine mula pukul 8 hingga 9 pagi. Selepas zohor banyak kekosongan masa yang terhidang. Bergantung kepada individu masing – masing bagaimana hendak mneguruskannya dengan betul dan memberi manfaat

Apa yang mereka buat?

“Diri kamu jika tidak disibukakn dengan perkara baik maka akan disibukkan denan perkara jahat”. Di tahun pre clinical dulu, jadual sangat padat. Dari pagi sampai petang sampai tidak sempat mencuri masa untuk mengulangkaji. Hanya ada hujung minggu sebagai masa terluang untuk rehat dan mengulangkaji. Tapi bila masuk tahun 4, banyak sungguh masa terluang. Banyak perkara tidak dapat diisi dengna baik jikalau tidak merancangn dengan betul. Selapas zohor sehinggalah esoknya adalah lebih 18jam waktu berbaki yakni dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 6 pagi esoknya. Apa yang telah dilakukan waktu sebanyak itu?

Tolak masa untuk tidur 7jam, makan 1jam, solat 1jam dan lain – lain 1 jam. 7 + 1 + 1 + 1 = 10 jam. Masih berbaki 8 jam. Muhasabahlah diri apa telah dilakukan. Computer games, internet dan segala benda yang tidak berfaedah mungkin tidak perlu disenaraikan dalam lebihan 8 jam tersebut. Jadi apa yang patut dilakukan? Tepuk dada tanyalah ilmu dalam dada. Tajdid niat apakah tujuan hakiki datang ke bumi mesir ini. Janganlah slogan “hendak menuntut ilmu” hanya diangkat ketika berlepas dari lapangan terbang kuala lumpur. Bila sampai sahaja di Mesir habis terbakar slogan tersebut dek persekitaran dan kesenangan yang melimpah. Kata orang tua “Lebih senang orang itu, lebih malaslah dia.”

Alternatif lain

Sebelum pulang ke Malaysia baru ini, sempat saya membeli beberapa buku keluaran PMRAM sebagai buah tangan dari Mesir. Di kala orang lain memilih Kristal asfour, jubah dan tasbih sebagai hadiah dari Mesir untuk orang di Malaysia tapi bila difikarkan kembali, apa faedah hanya memberi luaran kepadanya sedangkan dalamnnya punah dan rosak.

“Kalau balik tu bawalah balik buku dari Mesir.” Pesan kawan saya dari UIA untuk membawa pulang buku terhebat keluaran PMRAM antaranya Khilaf dan Antologi.

“Jat, kalau ada raheeq makhtum tolong belikan. Ust najmi selalu ajar kat surau. “ Pinta kakak saya supaya membelikan kitab raheeq makhtum, sirah nabawiyah dalam edisi ringkas dan telah memenangi beberapa anugerah dan juga sentiasa menjadi rujukan para penulis buku.

“Boleh faham ke tak kalau baca dalam bahasa arab ni?” Saya bertanya kembali kehairanan. Betul ke kakak ini ingin beli buku bahasa arab.

“Alah. Ust Najmi pun guna kitab arab dan ada sebut sikit sikit. Ijat ajarlah sikit. Takkan duduk mesir 3 tahun tak reti lagi baca kitab arab.”

“Erk,yeye, baiklah,” Tersentak juga bila dihina sebegitu.

Malaysia dan Mesir banyak mengeluarkan buku. Tapi buku di Malaysia lebih bersifat pembangunan fizikal kerana banyak buku diimport. Kalau pergi ke MPH,Popular, Kinokuniya dan kedai buku besar lain lain bahagian buku untuk agama atau dalam bahasa melayu sikit sekali. Majoritinya dipenuhi buku import dalam bahasa inggeris.

Syarah waraqat ( usul fiqh ). Betul ke kitab ini tidak sesuai untuk pelajar medik?


Di Mesir, isitlah buku diganti dengan kitab kerana bukunya banyak membicarakan tentang pembangunan rohani dan hukum hakam islam. Tidak pernah lagi saya menjumpai kedai buku besar yang menjual buku import. Di pameran buku setiap tahun pun, kedai menjual buku international pun sikit saja. Kalau ada buku pun amatlah mahal sekali. Baik beli di Malaysia lagi murah. Begitulah sayangnya arab pada bahasanya.Sama perangainya dengan orang jepun dan orang perancis. Pameran buku di Mesir ini hanyalah syurga bagi pencinta bahasa arab dan ‘tempat bersuka ria’ atau ‘windows shopping’ atau ‘jalan jalan sahaja’ kalau yang tidak pandai bahasa arab. Isu PPSMI memang ternyata sangat tidak relevan (tidak mahu ulas panjang )

Permata yang semakin pudar jarang ternampak oleh orang melayu islam iaitu penguasaan bahasa arab fusahah. Pernah saya bertanya kepada ayah,

“kenapa makmum lain tak nangis bila imam nangis tyme solat tadi.Kalau kat mesir bila imam nangis je makmum pun same same nangis.”

“Dah tak paham bahasa arab.”

Sayu. Apalah gunanya alquran jikalau tidak faham ketika membacanya dalam solat. Hanya membaca ‘surah tiga kul’ atau ‘al-kausar’ sahaja. Bila imam baca ayat panjang melenting marah imam. Salahkanlah diri sendiri kerana malas hendak belajar bahasa syurga ini. Tiada gunalah solat kalau outputnya tetap melakukan dosa. Semuanya gara –gara tidak faham apa yang dibaca lalu kurangnya zuk atau penghayatan dalam roh solat sendiri.

Realitinya, buku agama di Malaysia hanyalah terjemahan atau rujukan daripada ktiab di Mesir ini. Selalunya, buku terjemahan akan mengurangkan isi dan juga tidak dapat menyampaikan seratus peratus daripada kitab asal. Jadi adalah amat bagus kalau dibaca kitab agama terus daripada membaca buku agama dari Malaysia. Caranya, rajin rajinkanlah diri ke kelas bahasa arab.

[jadual+madrasah+4.png]

Dimanakah senior yang selalu hadir madrasah sewaktu zaman junior dulu?

Ayuh, masa terbentang luas di depan mata. Selagi mana kependudukan di mesir ini masih berbaki panjang, manfaatkanlah sebaik mungkin untuk mencangkul segala mutiara tersembunyi dalam timbunan debu. Kamu semua adalah golongan terpilih dari kalangan terpilih untuk belajar perubatan di samping dapat mengusai bahasa arab. Bukanlah tugas seorang yang bergelar ustaz sahaja untuk menyampaikan ilmu bahasa arab bahkan ia juga menjadi suatu bonus jika seorang doctor lepasan timur tengah dapat melaksanakannya. Jom belajar bahasa arab…

Syeikh yusri, seorang doktor dan ulama mengajar di masjid azhar sahih bukhari.

0 komen: