Sunday, May 31, 2009

Telefon bimbit pula...

Saya suka kepada mutiara kata yang dihantar kawan. Di kala semangat luntur saya akan buka balik mesej ini dan baca berkali supaya semangat saya kembali pulih. Saya juga ada motivasi sendiri seperti "FOKUS, RELAX, MOTIVATED". Tapi motivasi ini terkadang tidak menjadi ubat kepada kemalasan. Mungkin kerana sudah bosan melihat dan membacanya berkali-kali. Oleh itu, dorongan dari sahabatlah yang telah membantu menaikkan semangat saya.


Saya tidak pernah tukar telefon bimbit kerana saya khuatir mesej dari kawan saya ini tidak dapat saya baca lagi. Pada telefon ini juga saya simpan harijadi kawan sekolah lama saya. Ketika alarm harijadi mereka berbunyi, saya selalunya akan hantar mesej kepada mereka. Terima kasih sahabatku. Aku cintamu kerana Allah. Moga Allah menempatkan kita dikalangan orang yang mendapat naunganNYA pada hari tiada naungan melainkan naunganNYA. Berikut adalah mesej paling bermakna yang saya dapat sepanjang saya memiliki telefon bimbit bermula dari DQ sehingga sekarang

Pada jalan berliku moga Allah luruskan langkahmu
Tika langit runtuh moga Alllah teguhkan aqidah mu
Jika kesusahan mendatang moga Allah tabahkan hatimu
Bila nikmat datang moga kamu tidak lupa bersyukur

Belajar itu senang jika hati suci dari maksiat
maksiat sifar, otak cerdas, exam senang
bertanya khabarlah ayah bonda di kampung

When u r studying hard memorising notes,
getting so sick of them say:
Learning the highest creation of Allah is never easy,
keep on going
Rabbuna yusahhil

Bersabda jibril
"wahai tuhan engkau sampaikanlah hajat hambamu"
maka Allah berfirman
"biarkan hambaku itu, kerna aku mencintai mereka"
berusaha ya akhi

Teruskan baca buku
Masa hanya tamat bila pengawas suruh letak pen
Teruskan beramal
Masa hanya tamat bila daun pehonnya gugur

Aku berlari2 mengejar bola (satu usaha)
kemudian bola dikakiku pula
kuterus sepak dengan penuh bergaya(menjawab soalan exam)
Ku bersorak gembira tatkala bola menerjah jaring(berjaya)
TAPI
adakah kita ingat siapakah yang memberi kejayaan kepada kita?
Usaha Doa Tawakkal
Membaca buku amalan mulia
(best of the best)

Hati2 yang dekat dengan Allah pasti akan diterangi
dan akan turut menerangi orang lain
kerana orang alim menjadi lampu di dunia
Lupa itu dari syaitan
Susah hafaz kuatkan lagi usaha
Moga2 susah juga untuk padam kembali

Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiam diri atas kebodohannya
dan tidak wajar bagi orang yang berilmu berdian diri dengan ilmunya

Do not belittle any good deen
even your meeting with your brother
with a cheerful face

The great power of success ada dalam diri kita
Kitalah yang menghadirkan motivasi itu
atau memendamnya sama sekali

Gunakan masa anda dengan sebaik2nya
kerana esok belum tentu milik kita
sedangkan semalam sudah pergi buat selama2nya

0 komen: