Monday, May 25, 2009

Review : Aku Pun Tahu

http://farm4.static.flickr.com/3559/3575829275_9f9ff42344_o.gif
Harga : LE10
ISBN : Tiada
Jumlah muka surat : 200
Bilangan cerpen : 13

Usai sudah saya membaca cerpen Aku Pun Tahu (APT) karangan ustaz najid dan ustaz zahid. Buku ini banyak menceritakan tentang kisah - kisah kehidupan pelajar Malaysia di Mesir ini. Terdapat juga kisah luar daripada seperti kehidupan penagih dadah, kisah abang dan adik dan banyak lagi.

Ketika saya hendak membeli buku ini terdapat 2 lagi buku keluaran PMRAM yang amat menarik juga. Cebisan Hati Manusia ( LE16) dan Adab Seharian Kehidupan Seorang Muslim(lupa harganya). Tetapi memandangkan duit tidak mencukupi ketika itu, maka terpaksalah saya memilih yang paling murah. Kalau hendak diikutkan buku APT ini adalah antara buku paling murah keluaran PMRAM berbanding buku - buku sebelum ini dan saya menganggap buku ini memang patut dibeli oleh setiap pelajar Malaysia kerana ia banyak mengajar erti dan cabaran kehidupan di bumi anbiya' ini beserta dengan penyelesaiannya. Aspek positif dalam cerpen ini seperti sifat kasih sayang, persahabatan, kecintaan dan berbagai lagi akan mengajar mahasiswa/wi azhar dan perubatan menempuh kehidupan di Mesir ini dengan lebih tabah dan senang.

Meninjau kepada dunia masa kini, terdapat begitu banyak sekali cerpen dan novel yang amat tidak patut dibaca oleh golongan muda mudi. Antara yang paling ketara sekali adalah novel bahasa inggeris. Muka hadapan novel sudah menunjukkan gambar mengerikan, menyeramkan atau gambar seksi bertujuan untuk menarik minat mata pembeli. Kedai - kedai buku di seluruh dunia banyak menjual buku seperti ini. Sehinggakan terdapat satu kedai buku khas yang menjual novel bahasa inggeris terpakai dan boleh didapati dengan harga murah sekali seperti RM10 untuk 4 buku. Bahasa inggeris yang merupakan bahasa lingua franca telah mendorong ibu bapa mendorong anaknya untuk mempelajari dan menguasai bahasa ini dengan apa cara sekali pon. Di samping itu, faktor lain seperti universiti yang lebih banyak mengutamakan bahasa inggeris daripada bahasa ibunda sendiri, antara penyebab novel ini laris hanya semata - mata hendak mempelajari bahasa inggeris dengan cepat.

Oleh itu , kita semua sebagai seorang pelajar harus mengambil peranan dalam memastikan bahasa melayu ini tidak pupus dimamah bahasa moden. Janganlah hanya mengharapkan titik peluh sasterawan negara mendaulatkan bahasa ini. Para blogger adalah yang paling ketara sekali merosakkan bahasa ibunda. Mereka banyak menggunakan ringkasan perkataan dan penulisan mereka adalah dalam gaya percakapan. Kita mengharapakan PPSMI dimansuhkan tetapi kita sendiri tidak melaksanakan kata - kata itu. Tahniah diucapkan kepada ustaz zahid dan ustaz najid dalam menghasilkan satu cerpen yang amat berkualiti. Inilah salah satu cara dakwah halus yang sudah pasti akan mudah masuk ke dalam jiwa remaja yang minat membaca. Diharapkan agar karya cerpen ini dapat ditambahkan lagi di samping buku - buku ilmiah lain keluaran PMRAM.

JULANG TSAQAFAH, BAKTI DICURAH

0 komen: