Monday, October 26, 2009

Terima kasih

Borang kaji selidik Smart Circle hampir semua sekali sudah menghantarnya. Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama. Kepada yanag masih belum menghantarnya atau belum mendapat borang tersebut bolehlah meminta daripada Exco Pembangunan Insan atau saya sendiri.

Borang ini bertujuan untuk muhasabah SC pada sesi lepas. Oleh kerana perjumpaan facilitator tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat jadi kami hanya menggunakan cara mengedar borang sebagai cara yang tidak menyusahkan mana mana orang. Pentingnya borang ini kerana ia akan menjadi panduan kepada perancangan SC lebih teratur pada tahun depan. Jadi kepada yang belum hantar, bolehlah membuatnya secepat mungkin.

Dengan jumlah pelajar yang semakin ramai, adalah menjadi satu kewajipan bagi unit Mentor Council untuk menjaga mereka semua ini. Gejala maksiat dan meyuruh perkara baik amat tidak diambil sensitive oleh sebahgian besar pelajar PERUBATAN. Hanya sibuk dengan pelajaran sahaja. Ramai beranggapan kerja ini hanya terpikul di bahu AJK Unit Hisbah. Kerana mereka ini ada kuasa atau terlatih atau pandai dalam membuat kerja begini. Itu semua adalah anggapan salah.

Hisbat tiada kuasa untuk menghukum mereka yang berkapel. Itu semua adalah kuasa kerajaan. Kuasa hisbah hanyalah menegur. Menegur inilah satu perkara yang memerlukan skill tersendiri. Kalau overskill jadi bahaya. Kalau tiada skill, senyap saja bila melihat orang buat maksiat.

Memang susah hendak menegur orang kalau tidak mengenali mereka. Siapa tidak marah, orang yang tidak dikenali tiba tiba marah ketika mana sedang syok menghisap syisya. Pasti buku lima digenggam kemas menunggu masa untuk dipanah ke muka orang tidak dikenali tersebut atau AJK hisbah. Jadi bagaimana caranya hendak menegur mereka yang cepat marah ini.

Wasilah SC adalah jalan terbaik untuk mendidik mereka ini. Jika pelaku dosa itu susah untuk ditarbiyah maka, Unit Hisbah akan bertindak melaporkan perangai pelajar itu kepada Faci kerana faci adalah senior yang paling rapat dengan mereka. Itulah sebabnya SC diadakan seminggu sekali bertujuan untuk merapatkan ukhwah faci dengan anak buah atau sesame anak buah. Bilamana ukhwah itu cantik maka kerja mendidik menjadi senang. Maka semakin mudahlah kerja menegah dosa.

Smart Cirlce mempunyai tiga tujuan utama. Ta’ruf, takaful dan tafahum. Ta’ruf adalah berkenalan sama sendiri. Kalau boleh biar sampai ke moyang kawanya diingat. Tafahum dari segi bahasa bersefahaman manakala makna tersiratnya adalah saling berpesan pesan kepada amar makruf dan nahi mungkar. Jangan ada kawan sesame SC yang terjebak dalam kegiatan dosa. Saling menasihati antara satu sama lain. Takaful pula adalah berseimbang atau maksud lainnya memelihara nasib sesame sendiri supaya jangan ada yang terbiar atau terlantar. Hendaklah sesama mereka bersungguh – sungguh untuk bersama menolong memikul beban. Kalau ada 100 orang budak tahun 1 pada tahun 2006 biar kesemua 100 orang ini sama - sama graduate pada tahun 2012 kelak.

Oleh itu, kebijaksanaan faci adalah sangat penting dalam mengemudi SC supaya mencapai 3 matlamat tersebut. Banyakkan membaca buku dan menimba ilmu dakwah. Sikap inferiority complex hendaklah dibuang kerana ini akan menyebabkan kurangnya keyakinan dalam mengendalikan SC dan takut untuk berjumpa anak buah. Kamu semua mestilah menjadi faci sebagai latihan asas sebelum menempuh medan dakwah yang lebih luas selepas tamatnya alam university. Peranan kita bukanlah belalar semata tapi berdakwah juga. Keduanya jalan seiringan tanpa ada yang terlebih beban antara salah satunya. Blog adalah wasilah dalam berdakwah tetapi bekerja turun padang untuk berjumpa dengan mad’u janganlah diketepikan.

Wallahu ‘alam

Rujukan : Usrah dan Harakah( Beberapa Panduan Asas ) oleh Ya’qub Muhammad Hussin

Thursday, October 22, 2009

Tahun 4 yang menyenangkan


Kata senior “Korang study la sungguh taun 3. Masuk taun 4 ni memang lega la”. Purata kelas sehari 3jam. Mula pukul 9 dan habis pukul 11.30. Pada hari tertentu ada kuliah community medicine mula pukul 8 hingga 9 pagi. Selepas zohor banyak kekosongan masa yang terhidang. Bergantung kepada individu masing – masing bagaimana hendak mneguruskannya dengan betul dan memberi manfaat

Apa yang mereka buat?

“Diri kamu jika tidak disibukakn dengan perkara baik maka akan disibukkan denan perkara jahat”. Di tahun pre clinical dulu, jadual sangat padat. Dari pagi sampai petang sampai tidak sempat mencuri masa untuk mengulangkaji. Hanya ada hujung minggu sebagai masa terluang untuk rehat dan mengulangkaji. Tapi bila masuk tahun 4, banyak sungguh masa terluang. Banyak perkara tidak dapat diisi dengna baik jikalau tidak merancangn dengan betul. Selapas zohor sehinggalah esoknya adalah lebih 18jam waktu berbaki yakni dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 6 pagi esoknya. Apa yang telah dilakukan waktu sebanyak itu?

Tolak masa untuk tidur 7jam, makan 1jam, solat 1jam dan lain – lain 1 jam. 7 + 1 + 1 + 1 = 10 jam. Masih berbaki 8 jam. Muhasabahlah diri apa telah dilakukan. Computer games, internet dan segala benda yang tidak berfaedah mungkin tidak perlu disenaraikan dalam lebihan 8 jam tersebut. Jadi apa yang patut dilakukan? Tepuk dada tanyalah ilmu dalam dada. Tajdid niat apakah tujuan hakiki datang ke bumi mesir ini. Janganlah slogan “hendak menuntut ilmu” hanya diangkat ketika berlepas dari lapangan terbang kuala lumpur. Bila sampai sahaja di Mesir habis terbakar slogan tersebut dek persekitaran dan kesenangan yang melimpah. Kata orang tua “Lebih senang orang itu, lebih malaslah dia.”

Alternatif lain

Sebelum pulang ke Malaysia baru ini, sempat saya membeli beberapa buku keluaran PMRAM sebagai buah tangan dari Mesir. Di kala orang lain memilih Kristal asfour, jubah dan tasbih sebagai hadiah dari Mesir untuk orang di Malaysia tapi bila difikarkan kembali, apa faedah hanya memberi luaran kepadanya sedangkan dalamnnya punah dan rosak.

“Kalau balik tu bawalah balik buku dari Mesir.” Pesan kawan saya dari UIA untuk membawa pulang buku terhebat keluaran PMRAM antaranya Khilaf dan Antologi.

“Jat, kalau ada raheeq makhtum tolong belikan. Ust najmi selalu ajar kat surau. “ Pinta kakak saya supaya membelikan kitab raheeq makhtum, sirah nabawiyah dalam edisi ringkas dan telah memenangi beberapa anugerah dan juga sentiasa menjadi rujukan para penulis buku.

“Boleh faham ke tak kalau baca dalam bahasa arab ni?” Saya bertanya kembali kehairanan. Betul ke kakak ini ingin beli buku bahasa arab.

“Alah. Ust Najmi pun guna kitab arab dan ada sebut sikit sikit. Ijat ajarlah sikit. Takkan duduk mesir 3 tahun tak reti lagi baca kitab arab.”

“Erk,yeye, baiklah,” Tersentak juga bila dihina sebegitu.

Malaysia dan Mesir banyak mengeluarkan buku. Tapi buku di Malaysia lebih bersifat pembangunan fizikal kerana banyak buku diimport. Kalau pergi ke MPH,Popular, Kinokuniya dan kedai buku besar lain lain bahagian buku untuk agama atau dalam bahasa melayu sikit sekali. Majoritinya dipenuhi buku import dalam bahasa inggeris.

Syarah waraqat ( usul fiqh ). Betul ke kitab ini tidak sesuai untuk pelajar medik?


Di Mesir, isitlah buku diganti dengan kitab kerana bukunya banyak membicarakan tentang pembangunan rohani dan hukum hakam islam. Tidak pernah lagi saya menjumpai kedai buku besar yang menjual buku import. Di pameran buku setiap tahun pun, kedai menjual buku international pun sikit saja. Kalau ada buku pun amatlah mahal sekali. Baik beli di Malaysia lagi murah. Begitulah sayangnya arab pada bahasanya.Sama perangainya dengan orang jepun dan orang perancis. Pameran buku di Mesir ini hanyalah syurga bagi pencinta bahasa arab dan ‘tempat bersuka ria’ atau ‘windows shopping’ atau ‘jalan jalan sahaja’ kalau yang tidak pandai bahasa arab. Isu PPSMI memang ternyata sangat tidak relevan (tidak mahu ulas panjang )

Permata yang semakin pudar jarang ternampak oleh orang melayu islam iaitu penguasaan bahasa arab fusahah. Pernah saya bertanya kepada ayah,

“kenapa makmum lain tak nangis bila imam nangis tyme solat tadi.Kalau kat mesir bila imam nangis je makmum pun same same nangis.”

“Dah tak paham bahasa arab.”

Sayu. Apalah gunanya alquran jikalau tidak faham ketika membacanya dalam solat. Hanya membaca ‘surah tiga kul’ atau ‘al-kausar’ sahaja. Bila imam baca ayat panjang melenting marah imam. Salahkanlah diri sendiri kerana malas hendak belajar bahasa syurga ini. Tiada gunalah solat kalau outputnya tetap melakukan dosa. Semuanya gara –gara tidak faham apa yang dibaca lalu kurangnya zuk atau penghayatan dalam roh solat sendiri.

Realitinya, buku agama di Malaysia hanyalah terjemahan atau rujukan daripada ktiab di Mesir ini. Selalunya, buku terjemahan akan mengurangkan isi dan juga tidak dapat menyampaikan seratus peratus daripada kitab asal. Jadi adalah amat bagus kalau dibaca kitab agama terus daripada membaca buku agama dari Malaysia. Caranya, rajin rajinkanlah diri ke kelas bahasa arab.

[jadual+madrasah+4.png]

Dimanakah senior yang selalu hadir madrasah sewaktu zaman junior dulu?

Ayuh, masa terbentang luas di depan mata. Selagi mana kependudukan di mesir ini masih berbaki panjang, manfaatkanlah sebaik mungkin untuk mencangkul segala mutiara tersembunyi dalam timbunan debu. Kamu semua adalah golongan terpilih dari kalangan terpilih untuk belajar perubatan di samping dapat mengusai bahasa arab. Bukanlah tugas seorang yang bergelar ustaz sahaja untuk menyampaikan ilmu bahasa arab bahkan ia juga menjadi suatu bonus jika seorang doctor lepasan timur tengah dapat melaksanakannya. Jom belajar bahasa arab…

Syeikh yusri, seorang doktor dan ulama mengajar di masjid azhar sahih bukhari.

Saturday, October 10, 2009

Borang kaji selidik Smart Circle ( SC ) PERUBATAN Cawangan Mansurah

Ada 2 borang dalam artikel ini. Satu borang untuk AHLI SC dan satu lagi untuk FACILITATOR. Minta kerjasama dari seluruh warga PERUBATAN Mansurah untuk menjawab soalan di bawah bagi meningkatkan prestasi Mentor Council, UPI PCM pada sesi akan datang.

Ahli SC

Kuliah / Tahun :

Soalan :

1 ) Adakah SC memberikan input yang berguna kepada anda dalam pelbagai aspek eg : pegetahuan, akhlak, ibadah, dan ilmu-ilmu islam?

2 ) Adakah facilitator anda kerap melakukan SC sekurang – kurangnya seminggu sekali?

3 ) Adakah program Unit Pembangunan Insan membantu kekurangan atau kelompangan di dalam SC eg :Kursus Pengenalan Islam 1 & 2?

4 ) Bagaimana bentuk SC yang anda idamkan?

5 ) Adakan facilitator membantu anda, membimbing anda untuk menjadi manusia yang berguna

6 ) Adakah anda ingin SC pada tahun akan datang?

7 ) Adakan SC membantu anda mencapai kecemerlangan akademik?

8 ) Apakah harapan anda kepada Unit Pembangunan Insan PCM pada sesi akan datang?

NB : Jawab di belakang kertas atau di bahagian komen dalam blog

√ untuk betul dan X salah

1 ) Facilitator anda pasif, pendekatan stereotaip ( )

2 ) Saya hadapi masalah komitmen untuk hadiri SC ( )

3 ) SC berlaku satu hala, faci hanya bercakap ( )

4 ) Faci tidak menggilap kelebihan potensi saya ( )

5 ) Faci jarang menemui saya dan menziarahi secara personal ( )

6 ) Faci jarang membincangkan isu isu semasa ( )

7 ) Saya seorang yang pasif dalam SC ( )

8 ) SC jarang diadakan dalam aktiviti ukhuwwah ( )

9 ) SC hanyalah ilmiah, tiada aktiviti luar ( )

Hantar kepada ( Ikhwah ) : Muhammad Hanif B Mahamud ( 011-2667319 ) ( maxiq77@yahoo.com )

( Akhawat ) : Syamilah bt Mohamad ( 010-0729455 )

Hantar selewat- lewatnya sebelum 30 Oktober 2009. Minta kerjasama semua pelajar

Hakcipta Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah 08/09

Facilitator

Nama :

Kuliah :

Tahun :

Soalan :

1 ) Berapa kali SC anda berjalan semenjak anda dilantik untuk menjadi facilitator pada sesi 08/09?

2 ) Apakah masalah anda sepanjang menjadi facilitator?

3 ) Adakah anak SC anda tertarik dengan pembawakan anda? Buktikan? Contoh..

4 ) Adakah dengan penubuhan Mentor Council beserta dengan pengisiannya dapat membantu anda dalam menjadi facilitator

5 ) Apakah pengisian anda, serta pendekatan anda untuk anak SC

6 ) Adakah dengan perlantikan anda sebagai facilitator membantu anda unutk meningkatkan “Public Relation” atau “Soft Skill” anda?

7 ) Adakah anda ingin menjadi facilitator untuk SC akan datang? Berikan sebab ?

8 ) Berikan cadangan untuk meningkatkan SC PCM

9 ) Adakah wajar budak bermsalah diwajibkan SC?

NB : Jawab di belakang kertas atau di bahagian komen dalam blog

Hantar kepada ( Ikhwah ) : Muhammad Hanif B Mahamud ( 011-2667319 ) ( maxiq77@yahoo.com )

( Akhawat ) : Syamilah bt Mohamad ( 010-0729455 )

Hantar selewat- lewatnya sebelum 30 Oktober 2009. Minta kerjasama semua pelajar

Hakcipta Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah 08/09