Sunday, July 19, 2009

Dur sani

Dhaif!

"Apa itu dhaif? Lulus atau kena ulang paper ni?" berdebar hatiku bila melihat dua subjek farmakologi dan patologi berwarna kuning dan berpangkat dhaif.

Aku mencari dimanakah tulisan pangkat makbul yang aku jangka akan dapat ,tetapi sebaliknya yang berlaku apabila aku lihat nota kaki di bawah bertulis,

"Dur sani aksar min madatain"

"Wargh!" Aku terkejut dan hampir tidak percaya dengan tulisan itu. Aku membacanya beberapa kali. Betul ke apa yang laman web ini tulis?

Terasa kakiku seperti tidak memijak bumi nyata dan punggungku tidak berlapikkan kerusi. Rasa seperti bermimpi dan berada di awang awangan. Setelah dua tahun berturut - turut dengan pangkat jayid, akhirnya pada tahun 3 aku kecundang dan dengan rasminya mendapat gelaran dur sani. Impak gelaran ini sangat besar kerana ianya datang tanpa berperingkat, secara mengejut dan aku melihatnya dengan mataku sendiri. Tanpa berperingkat dan secara mengejut kerana aku tidak pernah mendapat pangkat makbul dan dur sani satu subjek sebaliknya terus dur sani dengan dua subjek.

Aku melangkah longlai menuju ke bilik. Tekanan dan berbagai lagi perasaan menerjah. Kerja untuk Kursus Pengenalan Islam masih lagi belum selesai. Ingin sahaja aku letak jawatan tetapi memandangkan tanggungjawab itu adalah amanah aku terpaksa meneruskan baki kerja selama 2 hari sebelum program berlangsung. Sambil aku memasukkan kertas kerja dalam fail, rasa seperti hendak keluar air mata kerana sebaknya hati ini menerima ujian ini. Tetapi, aku cuba menahannya daripada keluar dengan berusaha memfokuskan diri pada kerja yang sedang dibuat.

Pendorong

Alhamdulillah, di sebalik kegagalan yang menimpa, aku masih mempunyai ramai kawan yang selalu memberi kata - kata semangat untuk aku menghadapi dur sani.

"Kau mampu buat."
"Study betul - betul jak"
"Allah saja nak bagi kamu mahir dalam subjek tu"
"Orang yang berjaya ini mereka tak pernah merasai pahitnya kegagalan. Jadi berhati - hatilah"
"Rilek jak, dur sani ni biasalah dengan orang banyak kerja"
"Concentrate/Focus apa yang kau buat"
"Bahagikan masa betul -betul"
"Jak, bangun study"
"Siapa suruh ko tak study sungguh hari tu. Kan menyesal sekarang"
"Kenali kemampuan diri kamu."

Kata - kata semangat lain :

"teruskan berusaha untuk dapat mumtaz bagi subjek dur dan jangan target makbul"
"jangan tertekan melihat mereka yang berjaya bersenang lenang. Silap kamu sebelum ini tidak berusaha keras seperti mereka"
"gandakan lagi usaha berbanding ketika periksa pertama"

Nasihat ustaz :

"tak perlulah main internet sekarang ini. Fokus dengan subjek dur." nasihat ustaz

"Kalau ana tak pergi madrasah takper ust?" Tanya saya

"takper jer. Tapi sekurang- kurangya datanglah dalam seminggu tu sekali." Jawab ustaz
Mereka yang berjaya
Seringkali aku merasa tertekan melihat mereka yang berjaya. Terkadang aku mahu menjadi seperti mereka yang boleh pergi madrasah, berjaulah,berpersatuan, attachment di hospital dan macam lagi. Tapi hasrat hati ini terpaksa ku hentikan sementara dan fokuskan untuk peperiksaan dur ini.

Mereka yang berjaya semuanya telah berusaha kuat lagi daripada kamu. Mereka membelanjakan wang untuk kelas tambahan tapi kamu berboros wang dengan benda tidak sepatutnya. Mereka pergi tuisyen tapi kamu tengok cerita. Ketika mereka belajar kamu bersenang lenang. Ketika mereka bertahajjud kamu masih tidur. Ketika mereka ber'uzlah kamu berborak bersama rakan lain. Mereka berdisiplin dengan masa tetapi kamu memandu masa mengikut hawa nafsu. Mereka tidur 5 jam tapi kamu tidur 10jam. Mereka tidak pernah ponteng kuliah tapi kamu selalu ponteng kuliah.

Post - morterm
Hari mendatang aku cuba muhasabah diri bagaimana aku boleh mendapat dur sani.

Kalau disebabkan madrasah memang tidak ada kena mengena langsung kerana tahun lepas aku tidak pernah ponteng hatta ketika musim peperiksaan. Tetapi sedihnya, ramai yang tinggalkan madrasah dengan alasan hendak belajar untuk dur sani termasuklah aku. Masuk hari ini sudah dekat seminggu aku tidak pergi madrasah. Ramai bertanya aku pergi mana. Terharu aku mereka masih lagi ingat aku. Sebenarnya aku sangat sedih tidak dapat pergi madrasah. Ia seperti sudah berada dalam darah dagingku. Bilamana aku tengok video PERSIS yang memaparkan pelajar perubatan ini banyak tidak tahu hukum itu dan ini dalam berubat, bertambah rindu aku pada madrasah. Aku sengaja melewatkan tiket pulang ke Malaysia semata - mata ingin menghabiskan pengajian dua kitab penting tersebut. Aku berdoa semoga aku dapat mencuri masa sedikit untuk menghadirkan diri ke madrasah.

Kalau aku dur sani disebabkan kerja, aku bukanlah seorang yang memegang tugasan berat atau pun exco. Hanyalah memegang jawatan pengarah Mentor Council. Jadi dimanakah kesilapan aku?

Kesilapan target
Tahun sebelumnya aku sentiasa target dan mengimpikan mumtaz dalam genggaman .Tahun 3 ini, target aku pelik sikit berbanding tahun sebelumnya. Aku target ingin lepas daripada dur sani atau ingin dapat makbul sahaja.Ini kerana aku beranggapan bahawa orang yang banyak bekerja tidak akan dapat mumtaz. Anggapan aku ini bermula apabila aku melihat majoriti exco PCM tahun lepas kena dur sani. Namun malangnya apabila keluar keuputsan tahun ini, ternyata kerja yang banyak tidak menghalang seseorang untuk mendapat mumtaz. Aku lihat kawan arabku lagi banyak kerja di gamaah sebagai anggota ikhwan tetapi masih mampu dapat mumtaz. Begitu juga dengan exco UPI, abang hanif masih boleh dapat jayid walaupon memegang tunjang utama PCM. Ternyata tanggapan aku selama ini salah. Silap aku tidak menjadikan mereka yang kuat bekerja tapi mampu berjaya, sebagai contoh untuk mendapat mumtaz. Walaupon kamu banyak kerja tapi kamu masih boleh dapat mumtaz. Caranya kena pandai bahagi masa.

Pernah juga aku dengar seorang berkata "Ramai yang target mumtaz tapi dapat bawah daripada mumtaz. Kalau orang yang target makbul lagilah. Dur sanilah keputusan dia nanti."

Jadi kalau ingin mumtaz kenalah target untuk mendapat mumtaz jiddan.

Mungkin juga orang yang target mumtaz ini tidak menggunakan cara yang sebetulnya untuk mendapat mumtaz. Hendak mumtaz tapi hanya menghafal soalan ramalan sahaja. Begitu juga dengan orang yang target makbul. Ingin makbul tapi soalan ramalan pun tidak ingat dengan betul.

Oleh itu, untuk periksa dur sani ini, sebagai langkah berjaga aku kenalah target mumtaz untuk naik tahun. Aku tidak boleh target makbul walaupon dalam keputusan nanti dia akan tulis makbul.
Modul
Ingin aku ulangi kembali satu kata dari Dr Hamid

"Orang yang berjaya ini mereka tak pernah merasai pahitnya kegagalan. Jadi berhati - hatilah"

Rasanya sudah banyak kali aku dengar atau membaca ayat ini bukan dari Dr Hamid sahaja. Tetapi aku mengamibl sikap acuh tidak acuh bila mendengar kata ini. Satu lagi kesilapan besar telah aku buat dan akibatnya akulah orang yang bertuah terkena ayat ini.

Hari demi hari aku sikit demi sikit dapat membiasakan diri dengan 'modul kegagalan' ini yang telah mengajarku erti kehidupan seorang yang bergelar dur sani. Semoga dengan modul ini aku akan menjadi lebih tabah mangharungi hari mendatang.

Doakan kami...

8 komen:

bagus jat artikel mung ni..moga2 sumo2 dapat manfaat blako....walaupun bait kito bait dur thani......pakat2 nasihat la deh samo2 sek2 kito..

Ahli bait.....

Assalamualaikum wbt.

Kadang2 tak semua yang terbaik itu adalah yang terbaik buat kita. Allah lebih tahu. Mungkin ini yang terbaik buat anda jak :)

Bitaufeeq wa najah.

Dua kawan kena dur sani berbalah dan berpesan supaya study

"Ijo, stadi. Benti men komputer tu"
Nasihat Ghazi.

"ho la. Ko pon study la jugak. Aku tau ko datang nak main komputer." Jawab Ijo

seriously, tak sangka kau kena dur thani bila tgk cara kau study sebelum exam.

btw..fokus tu jak..biar sama2 naik tahun 4..

wahaha..tak sangka lak aku ni mat study..

kena dur sani je pun, bukannya gagal dalam kehidupan. Aku faham perasaan ko. Hanya jauhari yg mengenal manikam.

kepada Sahabatku Aizat,

Firman Allah SWT, "jgnlah kamu berputus Asa dengan rahmat Allah, Sesungguhnya orang yang berputus asa dengan rahmat ALlah ialah orang yang kafir"

anda adalah diibaratkan sebagai bintang yang bergemerlapan, adakalanya berkedip buat seketika untuk memperbaharui sinarannya kepada manusia.

Kegagalan adalah perkara yang biasa dalam peljaran,akan TTP jGN biasakan diri dengan kegagalan, Hidup terus melangkah, bangun dan bangkit, teruskan perjalanan, mungkin ada hikmahnya di sebalik TARBIYYAH ALLAH untuk hambaNYA melihat Ikhlas x hamba itu berjuang kejalannya.

WAsalam

Ibnu Omar,
Jika berminat ke Blog saya dan rasa hendak memberi komen disilakan untuk memberi pandangan secara jelas. Jangan main kutuk dengan kata-kata yang umum. Blog saya diperhatikan oleh beberapa sidang ulama yang tidak pernah memberi komentar semberono seperti komen saudara.
Sila buktikan kesalahan saya dan saya bersedia untuk menerimanya.
Selamat menghabiskan kuliah.
TokPakir