Tuesday, January 27, 2009

Now, everyone can own airport?


So, kenapa Tony tiba2 nak sangat bukak airport baru, sorry, airport sendiri kat Labu? Adakah sebab dia dah bosan dengan karenah birokrasi kerajaan, terutama MAB, melayan AirAsia sama seperti syarikat penerbangan lain, atau beliau nak bagitau seluruh dunia bahawa : "aku ada banyak duit, aku boleh buat apa yang aku suka"?

Yang pastinya, dia mewar2kan pada semua bahawa sebab utama dia kelam kabut sangat nak buka airport sendiri ialah kerana dia panik. Katanya, LCCT hanya mampu melayan 10 juta penumpang sahaja. 5 juta lagi akan ditambah hanya selepas dua bulan nanti.

Sedangkan AirAsia menjangkakan jumlah penumpangnya sahaja - tak termasuk airline lain -sebanyak 15 juta pada tahun 2009 dan meningkat kepada 27 juta pada tahun 2014.

Congakan Tony tak mengena dengan strategi MAB. Dalam masa yang sama juga, AirAsia nak mengekalkan harga murahnya dengan memastikan overheadnya juga adalah murah. Caj yang dikenakan dan kapasiti yang ditawarkan oleh MAB di LCCT menampakkan kepada AirAsia bahawa business plan mereka mungkin tak boleh mencapai klimaks pada masa yang tepat. AirAsia tidak boleh merangkak sedangkan mereka boleh berlari hanya kerana MAB tidak membenarkan mereka berlari. Dalam bisnes koporat, ianya tak boleh melekat. Sebab tu ramai kakitangan kerajaan dirasuah semata2 untuk memastikan bisnes korporat berjalan ligat.

Undang2 dan peraturan kerajaan, pada sektor korporat, hanyalah red tapes yang melambatkan mereka mendapatkan keuntungan. Untung adalah subject matter korporat. Dan jika MAB menjadi penyebab AirAsia terpaksa redha dengan keuntungan yang sedikit, semestinya AirAsia akan membuat apa saja untuk meningkatkan keuntungan mereka. Dalam hal ini, membina lapangan terbang sendiri khas untuk AirAsia!

Aku pulak, sebagai pengguna, melihat perkara ini dari sudut positif. Pertamanya, jika ia benar2 boleh menjadikan tambang lebih murah daripada yang ada sekarang - why not? Keduanya, jika ia menyediakan tempat yang lebih selesa daripada LCCT - why not? Ketiga, jika ianya mampu memberi tamparan hebat kepada MAB untuk membaiki mutu perkhidmatan mereka sepertimana MAS ditampar hebat oleh AirAsia - aku rasa ini merupakan satu perkara yang sangat baik. Aku dah muak tengok duit cukai aku digunakan oleh GLC untuk berseronok2 sedangkan kualiti servis masih di tahap teruk.

Ya, aku tau rata2 rakyat tidak bersetuju dengan perkara pembinaan LCCT baru ni. Pelbagai perkara teknikal dibangkitkan untuk highlite masalah yang bakal berlaku nanti. Kerajaan juga yang pada mulanya bersetuju pada dasar, terpaksa menarik handbrake semula di saat2 akhir. Bloggers PR jugak ramai yang tidak bersetuju. Well, masing2 berhak mengeluarkan pendapat - tetapi semua harus ingat bahawa objektif akhirnya ialah : rakyat. Jika faedah kepada rakyat melebihi kekurangan yang ada sekarang, sekali lagi aku nak bertanya, why not?

Aku merupakan salah seorang daripada berjuta2 pengguna LCCT yang sangat padat sekarang. Kami terpaksa menunggu di bangku luar dengan keadaan panas sedang bayaran "airport fee" kat tiket haram tak pernah kurang. Tempatnya sangat sesak dan tidak selesa. Membuatkan ramai terasa seperti nak naik tongkang haram untuk diseludup ke negara2 membangun. MAB pula menyediakan kedai untuk disewa lebih banyak daripada bangku yang selesa.

Kepada Datuk Tony, cadangan untuk AirAsia adakan airport sendiri harapnya dapat memberi lebih banyak kebaikan kepada rakyat. Jangan pulak bila dah siap dan beroperasi nanti, harga tiketnya berjaya dimurahkan tetapi untuk masuk ke airport, kena bayar "enterance fee", nak duduk, kena bayar "sitting fee", nak berjalan, kena bayar "walking fee", nak beratur, kena bayar "queing process", nak ke tandas, kena bayar "maintenance fee", nak troley, kena bayar "service fee", nak guna tangga kapal terbang pulak, kena bayar "take off fee"!

So, kepada semua yang tengah membaca blog ni sambil kebas mencangkung di bawah panas awning LCCT menunggu kapal terbang yang dah delay dekat dua jam, Selamat Tahun Baru Cina. Cuba2lah bernafas macam seladang, mungkin ianya boleh menenangkan hati kalian!

singkatan:
MAB - Malaysian Airlines Berhad
LCCT - Low Cost Carrier TErminal
GLC - Government Link Company

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

0 komen: