Thursday, January 6, 2011

Minta solat hajat, kami dah tak larat, kata Halimah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs031.snc6/166123_178290275535580_100000638253780_455406_2289446_n.jpg

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang, lapor Harakahdaily.

exco interview 170408 halimah aliDr Halimah dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.

Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, kehadiran ereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

NONE"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

Kerajaan negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menyatakan rasa terkilan mereka Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

sumber

p/s : Kuat sekali kerajaan Selangor menghadapi tekanan dari pihak musuh. Banyak penipuan seperti isu air dan pasir yang dilakukan puak UMNO. Semoga kerajaan Selangor tabah menghadapi semua ini karena perjuangan untuk rakyat ini bukanlah seperti berjalan di atas karpet merah . . .

0 komen: