"Assalamualaikum
Baru sebentar tadi ana balik dari makan malam bersama keluarga tersayang. Sang isteri yang agak keletihan mengemas rumah kerana bersepah dikerjakan tiga orang mujadeen cilik. Seperti biasa kalau nak keluar makan pun hanya disekitar rumah sahaja. Dekat dan cepat.
Cuma agak mengecewakan restoran tersebut ada menyediakan hidangan hookah atau lebih dikenali sebagai shisha. Walaupun ini bukan kali pertama ana makan di restoran yang menyediakan shisha tetapi perasaan pada malam ini berlainan sedikit kerana melihat gelagat anak-anak kecil yang amat tertarik dengan shisha tersebut.
Aduhai... bukankah kerajaan melarang mana-mana perokok merokok di tempat-tempat awam? Suatu ketika dulu operasi menyaman golongan perokok rancak dijalankan. Hatta yang sedang menunggu teksi di perhentian pun disamannya. Kini undang-undang itu bak ditelan zaman. Perokok bebas merokok di mana sahaja. Dan yang terbaru sejak akhir-akhir ini budaya menghisap shisha semakin popular!!!
Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa. Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha. Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.
Rasanya sudah tiba masanya kita memandang serius gejala yang merosakkan ini. Ana amat merasa bimbang apabila masyarakat seolah-olah menerima trend menghisap shisha. Yang lebih menyedihkan lagi anak-anak muda remaja dan belia berlumba-lumba memulakan perniagaan kecil-kecilan (sambil menumpang di restoran2) seolah-olah ia direstui oleh semua orang.
Kalau kita boleh berkempen untuk saudara kita di Palestin. Mangapa tidak untuk kita berkempen menyedarkan kepada masyarakat sekeliling betapa bahayanya shisha. Benar kita perlu sentiasa berjuang untuk bumi Palestin. Tetapi tidak harus lupa juga kepada penyediaan generasi akan datang untuk meneruskan perjuangan yang kita junjung sekarang. Tapi awal-awal lagi tunas Islam di cemari dengan rokok dan shisha, apa yang kita harapkan lagi.
Mungkin dikalangan kita beranggapan shisha dan rokok itu sama sahaja. Hisap dan keluarnya asap jua. Tapi jangan lupa. kaedah mengisap shisha juga sama denga menghisap dam (yang menggunakan candu). Mana mungkin orang kebanyakkan seperti kita semua boleh membezakan orang yang sedang menghisap shisha tersebut menggunakan tembakau atau candu sebagai intinya?
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam temubual ;
"Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar.Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".
"Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau),"
Budaya yang tak senonoh ini elok sangat kalau dicantas secepat mungkin. Kempen harus dilaksanakan. Banner mesti dinaikkan. Flyer juga harus disebarkan. Operasi terjah dan explain dari restoran ke restoran perlu dijalankan. Khutbah Jumaat juga boleh memainkan peranan. Insyallah. sekadar beberapa cadangan yang terlintas...
Ana merayu kepada antum semua untuk sama-sama memikirkan permasalahan ini dan yang terpenting sekali perlaksanaan harus meterialize. Yang jauh akan sentiasa diingati tetapi yang dekat jangan dilupakan.
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." Al Baqarah : 28
Oleh Hang_Kasturi
Sumber : TranungKite. Tempat mengutuk kerajaan dsb pailng popular
0 komen:
Post a Comment