Friday, May 15, 2009

PAS menuju kegemilangan

Kagum saya apabila membaca berita tentang Muktamar Pemuda PAS Kedah 'Panas'. Begitu banyak cadangan dan komen yang telah diberikan setiap perwakilan. Sampaikan MB Kedah sendiri juga terkena teguran. Inilah yang kita mahu dari setiap ahli PAS. Ambil berat terhadap masalah sekitar dan juga ahli - ahli yang kurang memberi komitmen dalam bertugas. Kejayaan sesuatu parti bukan bergantung pada ketua sahaja. Hatta sehinggakan ajk kecil juga amat penting bagi satu parti yang sangat besar. Orang bawah banyak menyumbang dalam membuat kerja manakala orang atas menyumbang dalam bentuk pemikiran dan arahan yang bagus. Maka terjadilah satu keseimbangan di antara orang bawahan dan orang atasan.

Antara komen yang paling saya prihatin adalah tentang tarbiyah. Tidak dinafikan lagi bahawa tarbiyahlah asas kekuatan pejuang - pejuang Islam. Tarbiyahlah akan menyucikan hati yang kotor dengan pelbagai maksiat di dunia ini. Tarbiyahlah yang akan menyedarkan ahli PKR untuk menyertai PAS.

Inilah antara kelemahan PAS. Kekurangan tarbiyah atau spesifikkan lagi masalah usrah.Bergantung pada tempat. Ada tempat tarbiyah kurang sebab tiada ustaz untuk membuat usrah. Kadang - kadang ahli sendiri tidak pergi usrah tetapi apabila ada Pilihan Raya atau program semangat tolong. Mulut berkata ikhlas tolong tetapi hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Ramai ahli PAS yang tinggal subuh berjemaah dan ada juga yang tertinggal solat subuh. Padahal solat subuh lah asas kekuatan tarbiyah dalam diri. Kuat tubuh badan bukan bermakna kuat secara fizikal, tetapi kuat dalam menharungi nafsu tidur untuk bangun menunaikan solat subuh berjemaah.

Diharapkan agar junud PAS ini dapat menguatkan tarbiyah dengan menguatkan amalan - amalan asas yang dapat mengislahkan diri. Tujuan hidup bukan untuk PAS tetapi untuk mengbadikan diri kepada Allah. PAS hanyalah wasilah untuk kita mengajak orang masuk sama ke landasan kita untuk menuju ke syurga abadi.

2 komen:

Salam ziarah..rasanya kalau soal tarbiyyah. Itu insyaAllah boleh diperbaiki. Cuma setiap ahli perlu main peranan.Kalau tarbiyyah mantap, insyaAllah semua perkara akan jadi mantap.

biasa dah perkara ni..sebab tu ade jim abim dan lain2 lagi..sebab tarbiyah pas kurang..