Saturday, May 23, 2009

Aku cinta mesir dari malaysia

Teringat aku ketika mula menjejakkan kaki ke mesir, bagaikan satu badai kekesalan menerjah ke muka ku. Muka ku masam sepanjang beberapa hari ku tiba di Mesir. Ku bayangkan Mesir seperti UK atau US tetapi rupa - rupanya hanyalah debu - debu berterbangan yang mengeringkan kulitku. Ku ingatkan Mesir lebih maju dari Malaysia tapi hanyalah sebuah negara yang mundur 20 tahun kebelakang dari tanah airku. Ku ingatkan Mesir menjanjikan seribu satu kehidupan yang lebih baik dan sempurna dari Malaysia tetapi perangai rakyatnya membuatkan ku menyampah dari dulu sampai sekarang.

Tetapi...

Di sebalik debu - debu kotor mesir, tersimpan sejuta khazanah tinggi nilainya dan tidak mampu dibeli melainkan mereka yang betul - betul cintakan mesir. Seperti cermin yang berkilat asalnya pasir di pantai. Batu kristal yang cantik asalnya dari gunung yang keras. Rama - rama yang berwarna - warni asalnya dari kepompong yang hitam legam. Itulah alam semulajadi bagi siapa yang pandai menerokanya.

Apakah dia khazanah mesir itu...?

Ilmulah yang telah membezakan cinta ku antara Malaysia dengan Mesir. Terngiang -ngiang di benakku kata - kata abang Malik "Sebanyak mana debu di mesir ini, sebanyak itulah ilmu yang terdapat di sini". Kagum aku melihat rak - rak buku menutupi dinding - dinding rumah ustaz. Lantai beralaskan meja dan meja penuh dengan timbunan buku - buku. Yahoo messenger sentiasa di buzz dengan pelbagai persoalan agama. Blog archive penuh dengan ilmu. Berbeza dengan blogger yang hanya menulis diari hidup dan berbalah tentang perkara kecil bukan kepakarannya. Kandungan blog mereka sedikit pon tidak memberi manfaat.


Aku bukanlah pelajar agama dan aku juga tidak mahu ilmu medik sahaja yang sarat dalam otakku. Umat ini ketandusan ilmu. Ku tidak mahu membebankan para ustaz dengan dakwahnya sedangkan aku hanya membatukan diri menatap buku medik sahaja. Ku tidak mahu mensekularkan dakwah dan belajar. Ku juga tidak mahu memfokuskan pada satu perkara sahaja sedangkan perkara lain banyak yang terabai.

Inilah kecintaanku pada Mesir. Ku mencintai kerana khazanah ilmu yang ada di dalamnya. Lambaian keluarga dan sahabat supaya pulang ke Malaysia ku ludah dengan berhikmah. Bukan ini masanya. Perjalanan masih panjang. Rakyat Palestin senantiasa menjadi pembakar semangatku.

Sahabatku di mesir. Samalah - samalah kita menanamkan rasa cinta pada ilmu. Angkatlah panji - panji perang menentang nafsu yang sentiasa menghalang kamu hadir ke majlis ilmu. Bunuhlah nafsu kamu yang suka pada keindahan Malaysia yang lebih maju dari Mesir. KLCC, MidValley, pulau - pulau cantik di Malaysia akan hancur juga di akhirat nanti. Amalan baik sahaja akan menjadi mutiara permata ketika itu. Buanglah cerita dan games ke dalam jamban rumah mu. Gunakanlah laptop pada perkara yang bermanfaat. Penuhkanlah external hard disk dengan ilmu daripada cerita - cerita yang melalaikan. Manfaatkan peluang di mesir ini dengan sebaiknya. Kautlah sebanyak mungkin ilmu di sini untuk dijadikan penyuluh kamu di Malaysia kelak.

1 komen:

nice voice of heart. U r more better than b4, keep it up jat (sori, i u know always improving ..:))