Sunday, May 31, 2009

Kunci oh Kucing



Pagi tadi ketika saya hendak pergi menunaikan solat subuh di masjid, saya tertinggal kunci rumah dalam bilik. Astaghfirullah. Cemas saya ketika itu. Tekan loceng 3kali tiada orang buka. Maklumlah semua masih tidur. Dalam kekalutan saya tidak mampu memikir apa - apa. Saya hanya fikir bagaimana ingin menyelesaikan masalah saya yang terkurung di tangga rumah. Kalau hendak keluar kena ada kunci pintu pagar bawah pula. Aduh. Keluh saya. Setelah naik turun tangga beberapa kali akhirnya saya terjumpa tingkap di tangga. Alhamdulillah. Tingkap itu yang tidaklah terlalu tinggi membolehkan saya panjat dan keluar dari tangga imarah. Syukur juga sebab ada garaj yang memungkinkan saya lompat turun dengan lebih mudah. Tidaklah tinggi sangat hendak lompat turun.

Pengajaran di sebalik cerita...

Usai sahaja solat subuh saya tidak tahu ingin tuju ke mana. Kalau panggil kawan serumah pasti mereka masih tidur lagi. Mereka bangun hanya selepas saya kejut. Itu pon segelintir sahaja yang akan bangun ( sebab saya kejut lembut sangat ). Sambil berfikir saya singgah sebentar ke kedai roti bagi mengisi perut kosong. Dalam perjalanan pulang saya terserempak dengan shahir. Maka saya pon mengambil keputusan pergi ke rumah dia kerana dia seorang sahaja melayu yang ada ketika itu. Ketika berjalan dengan shahir, saya bertembng pula dengan Azrul. Inilah bahagian yang saya rasa malu dan tertunduk dengan nasihat Azrul. Saya beritahu dia yang saya tertinggal kunci dalam bilik. Kemudian Azrul tanya

"Tekan loceng takde orang buka ke?" Tanya azrul prihatin terhadapat masalah saya

"Takde gak. Semua tidur lagi." Jawab saya selamba

"Ko tak kejut budak budak rumah ko ke?" Tanya dia lagi

Tergamam saya hendak mencari jawapan. Selama ini saya pergi masjid berseorangan tidak pernah saya kejut kawan serumah untuk pergi sekali. Saya hanya kejut mereka selepas pulang dari masjid. Itu pon hanya segelintir saja yang bangun. Disebabkan anggapan inilah, saya malas hendak kejut kawan serumah. Akhirnya Allah menimpakan musibah ke atas saya kerana tidak mengejut kawan pergi ke masjid.

Pengajaran ke - 2

Begitu juga untuk solat fardu yang lain. Walaupon kawan serumah saya sudah bangun dan ketika itu saya tertinggal kunci rumah, tidak semestinya Allah akan menimpakan musibah yang sama ke atas saya. Allah akan timpakan musibah lain yang akan membuatkan saya sedar akan kesilapan saya tidak mengajak kawan pergi ke masjid sekali. Peri pentingnya solat fardu ini sehinggakan sesiapa yang meninggalkannya kerana malas wajib dihukum bunuh. Penting juga solat fardu ini ditunaikan di masjid bagi lelaki untuk menunjukkan kekuatan umat Islam kepada orang kafir. "Zaman sahabat sesiapa yang tidak pergi solat berjemaah akan dibakar rumahnya." Teringat kata - kata mentee saya tahun lepas ketika mengajak kawan - kawannya pergi masjid. Terima kasih Azrul

P/S: Kadang - kadang saya tertidur juga dan kawan lain akan kejutkan. Cuma saya yang jarang gerak mereka kalau bangun awal. :-)

0 komen: