Thursday, July 2, 2009

Boikot dan Ingat mati

[nabil+marwan.jpg]
Alfatihah

Selamat hari jadi ke 23


Tidak ku sangka kegembiraan menyambut hari lahir sahabatku disusuli dengan berita kematian sahabatku seorang lagi di darul quran dahulu. Nama mereka berdua sama sahaja. Yang meninggal nabil b marwan dan yang disambut pula nabil b abdullah.

Pagi tadi aku dimaklumkan oleh rakan sekelasnya di darul quran dahulu bahawa keadaannya sangat kritikal. Doktor kata tiada harapan untuk sembuh. Pada malam hari kemudiaannya di hari yang sama dikejutkan pula dengan pemergiannya oleh kawan sekelasnya di sekolah dahulu, Ismin. Tersentap hati mendengar kematiannya yang begitu cepat sekali walaupon sakitnya sudah lama tapi aku baru sahaja tahu. Mengapalah seorang demi seorang kawanku di
Darul Quran yang dipilih oleh Allah untuk berjumpa denganNYA. Terasa bagaikan kematian itu dekat sekali dengan aku atau batch gen7 DQ. Dikala pelajar batch gen6 ramai yang akan atau sudah pun berkahwin dikala itulah berita kematian pelajar batch gen7 datang menjenguk.

Alhamdulilllah sempat juga aku meminta kawan yang hadir ketika sambutan hari jadi tadi untuk sedekahkan alfatihah kepada arwah nabil marwan. Gembira campur sedih ketika majlis semalam. Apabila aku melihat kemeriahan majlis, perasaan sedih hilang begitu sahaja. Tapi aku kesal kerana tidak dapat sedih untuk beberapa saat yang lama. Mungkin dengan beruzlah dapat aku merasai nikmat ini. Aku juga sedar bahawa selama ini aku bukanlah seorang yang cerdik iaitu orang yang selalu muhasabah diri dan mengingati mati. Aku mengingati mati dan merasa zuknya hanyalah apabila kawanku meninggal dunia. Kalau orang kafir mati seperti yang terpampang di akhbar NST setiap hari tidak pernah aku rasa benda itu akan ku rasai suatu hari nanti. Kalau saudara Islam mati aku hanya merasakan sikit sahaja kesannya pada diriku. Boikot memboikot hanyalah pada musim tertentu sahaja. Habis perang baru - baru ini antara hamas dan israel aku terus minum barangan boikot
( bukan beli ye ). Contohnya bila pergi makan di pizza king dan welatain, aku tidak bertindak marah apabila pelayan restoran itu menghidangkan minuman boikot ( Coca Cola ). Inilah dua perkara yang semakin ditinggalkan dan dilupakan. Boikot dan ingat mati.

Alfatihah untuk nabil marwan..

0 komen: