Monday, January 17, 2011

Kronologi Khas Isu BKAN Melaka

KRONOLOGI PROVOKASI PENUKARAN
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM)
KEPADA SUATU KOMUNITI BARU YANG DIBERI NAMA
IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM)


28.12.2010 Selasa

11.00 pagi
• Bertempat di kediaman rasmi Y.Bhg TYT Prof Madya Dr. Fakruddin Bin Abdul Mukti, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menyatakan di dalam ucapannya untuk menukar persatuan yang sedia ada ( BKKIMM ) kepada persatuan baru yang tiada kaitan dengan PMRAM yang dianggap sebagai persatuan yang mirip kepada parti pembangkang.

• Di dalam ucapan YAB Datuk Seri juga telah mengumumkan persatuan yang bakal menggantikan BKKIMM diberi nama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ).

• Di dalam ucapannya juga, beliau turut menyifatkan bahawa persatuan dan orang-orang lama di dalam BKKIMM sekarang adalah hipokrit.

• Para delegasi Kerajaan Negeri Melaka dan Pegawai EM, Encik Khairi Jalaluddin yang turut serta di dalam majlis ucapan beliau turut menyokong apa yang diperkatakan YAB Datuk Seri.

12.00 tengah hari
• Maklumat diterima daripada perbualan para delegasi Kerajaan Negeri bahawa selepas majlis di kediaman Y.Bhg TYT Datuk Duta, YAB Datuk Seri akan mengadakan lawatan ke Wisma Melaka (rumah lama) sejurus selepas majlis tersebut berakhir.

• AJKT BKKIMM yang tidak bersama dalam majlis tersebut telah dimaklumkan oleh YDP berkenaan perkara tersebut dan mereka bergegas ke Wisma Melaka untuk bersiap sedia menerima lawatan tersebut.

2.45 petang
• Para delegasi telah tiba di Wisma Melaka bagi menyambut ketibaan YAB Datuk Seri.

3.30 petang
• Ketibaan YAB Datuk Seri di Wisma Melaka dan perbincangan berkenaan status Wisma telah dijalankan secara tidak langsung.

8.00 malam
• Ketibaan YAB Datuk Seri di Wisma Melaka Baru untuk merasmikan bangunan tersebut.

• Program Majlis Perasmian Bangunan baru bermula. YAB Datuk Seri telah memberi ucapan perasmian dan telah menyampaikan hadiah kepada mahasiswa/wi yang telah berjaya dalam peperiksaan sesi lepas.

•Jamuan makan malam.

11.30 malam
• Majlis dialog anak-anak Melaka di Mesir bersama YAB Datuk Seri. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Abu Bakar Bin Abdul, Pengurus Besar TAPENM.

• Sebanyak enam soalan telah diajukan kepada YAB Datuk Seri.

• Diantara soalan yang telah diajukan adalah mengenai ucapan YAB Datuk Seri pada majlis di kediaman rasmi Y.Bhg TYT untuk menukarkan persatuan yang telah sedia ada kepada persatuan yang baru.

• YAB Datuk Seri telah menyatakan bahawa perkara itu benar dan beliau telah berbincang dengan para delegasi kerajaan negeri serta Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir untuk menubuhkan persatuan baru yang dinamakan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ).

• Beliau beranggapan bahawa persatuan yang telah sedia ada mempunyai kerjasama yang rapat dengan PMRAM, yang dianggap satu persatuan yang berhaluan kiri.

• Dalam ucapannya juga, beliau telah menyatakan bahawa BKKIMM telah diberi masa 10 tahun bermula pada tahun 2000 untuk memutuskan hubungan dengan PMRAM akan tetapi BKKIMM gagal melaksanakannya. Beliau juga mendakwa bahawa perlembagaan BKKIMM masih meletakkan PMRAM sebagai penaung.

• Seramai lapan ahli BKKIMM telah bangun memberi respon mengenai kenyataan YAB Datuk Seri itu. Semua yang memberi respon tidak bersetuju dengan penubuhan IMAM kerana mereka percaya bahawa persatuan yang telah sedia ada iaitu BKKIMM sudah memadai dan telah menaungi anak-anak Melaka di Mesir sejak tahun 1976 lagi.

• Di antara respon yang telah diberikan ialah BKKIMM tidak bekerjasama dengan PMRAM secara langsung akan tetapi hanya mengambil beberapa manfaat daripada persekutuan tersebut iaitu mengenai pendidikan, kebajikan dan hisbah. Ini adalah untuk kepentingan anak-anak Melaka sendiri dan perkara tersebut telah dipersetujui oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir dalam mesyuarat bersama AJKT BKKIMM.

• Majoriti ahli-ahli BKKIMM yang hadir dalam majlis dialog tersebut ( merangkumi mahasiswa pengajian islam dan perubatan ) turut memberi sokongan dengan berdiri beramai-ramai ketika diminta berbuat demikian. YDP BKKIMM, Us. Harman Bin Hassan telah menenangkan keadaan dan meminta semua ahli untuk duduk kerana beliau percaya bahawa YAB Datuk Seri datang ke Mesir dengan niat yang baik serta pintu perbincangan bersama YAB Datuk Seri masih lagi terbuka.

• Walaupun sokongan untuk mengekalkan BKKIMM sangat kuat dan menolak IMAM, YAB Datuk Seri menegaskan beberapa kali bahawa ini adalah keputusan muktamad Kerajaan Negeri Melaka di mana persatuan yang ada sekarang (BKKIMM) tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.

• Melihat respon anak-anak Melaka yang cuba mempertahankan BKKIMM dengan soalan-soalan dan pertanyaan yang bertalu-talu, YAB Datuk Seri segera menamatkan sesi dialog tersebut.

1.00 pagi
• Sesi dialog tamat dan semua ahli masih lagi tidak berganjak daripada dewan.

• Ramai ahli yang masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. AJKT cuba menenangkan ahli dan meminta supaya ahli mengadakan solat hajat dan berdoa supaya BKKIMM akan terus dipertahankan.

• Majlis bersurai.





29.12.2011 Rabu


5.00 petang

• Perjumpaan YAB Datuk Seri bersama anak-anak Melaka bertempat di Internasional Bowling Center (IBC), bertujuan untuk beramah mesra bersama anak-anak Melaka sambil mengadakan pertandingan bowling. Turut hadir pada pertemuan tersebut ahli-ahli Kelab Umno Mesir.

• Pada asalnya mengikut tentatif yang telah disusun oleh urusetia delegasi, perjumpaan YAB Datuk Seri khusus bersama anak-anak Melaka adalah pada hari rabu bertarikh 29.12.2010 jam 2.30 petang dan bukan pada malam 28.12.2010. Akan tetapi tentatif telah diubah di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

9.00 malam
• Sesi dialog YAB Datuk Seri bersama AJKT BKKIMM dijadualkan pada ketika itu telah dibatalkan dengan alasan YAB Datuk Seri kesuntukan masa.





30.12.2010 Khamis


3.00 petang
•Perjumpaan yang dirancang oleh para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama calon AJK bayangan IMAM, AJKT BKKIMM serta ahli-ahli BKKIMM dibatalkan oleh delegasi.

•Perjumpaan dimaklumkan akan ditunda pada waktu malam.

8.00 malam
•Perjumpaan sekali lagi dibatalkan oleh delegasi atas sebab-sebab yang tidak diketahui dan mereka telah mengadakan mesyuarat di rumah Puan Salwa Binti Jasman (kakitangan EM).

•Maklumat yang diterima, perjumpaan bersama para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama calon AJK bayangan IMAM, AJKT BKKIMM serta ahli-ahli BKKIMM akan diadakan pada pagi esoknya.





31.12.2010 Jumaat

9.00 pagi
• Para delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa/wi perubatan tajaan TAPENM. Seramai lima siswa perubatan dan enam siswi yang hadir pada perjumpaan tersebut. Mereka telah diugut dengan pinjaman TAPENM jika tidak memberi kerjasama yang baik dengan IMAM.

2.00 petang
• Perjumpaan delegasi dan Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama mahasiswa/wi perubatan dijadualkan akan diadakan sekali lagi, tetapi telah diminta oleh salah seorang siswa perubatan agar perjumpaan tersebut melibat semua ahli-ahli BKKIMM. Pada awalnya delegasi tidak bersetuju dengan cadangan ini dan setelah diminta berkali-kali delegasi menerima permintaan tersebut.

• AJK bayangan IMAM yang dijangka akan diisytiharkan pada perjumpaan kali ini bertukar menjadi sesi dialog di antara ahli Melaka dengan delegasi.

• Di antara soalan yang telah diajukan ialah, adakah IMAM ini satu persatuan atau hanya sebagai satu komuniti pelaksana dan jika ia hanya sebagai satu komuniti pelaksana, maka ia tidak memerlukan pendaftaran ahli.

• Respon yang diberi oleh En. Abu Bakar Bin Abdul ialah, IMAM merupakan satu komuniti pelaksana bagi mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti. Ia bersifat universal dan akan diwujudkan di semua universiti tempatan di Malaysia.

• Di antara cadangan yang diajukan ialah, jika benar IMAM ini adalah satu persatuan pelajar, maka pemilihan AJKT IMAM mesti dibuat melalui pilihanraya. Akan tetapi cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh para delegasi tanpa sebarang alasan.





1.1.2011 Sabtu


6.00 petang

• Kepimpinan BKKIMM telah mengadakan Majlis Sidang Media dan Majlis Penerangan Isu di Wisma Seri Melaka (rumah baru) bagi merungkai segala persoalan ahli-ahli BKKIMM serta seluruh mahasiswa di Mesir berkaitan isu ini. Dewan Wisma Seri Melaka telah dipenuhi oleh ahli-ahli BKKIMM serta beberapa wakil kepimpinan dari DPM dan BKAN yang turut memberi sokongan padu kepada BKKIMM.

• Rata-rata ahli luar yang hadir memberi jaminan bagi menawarkan beberapa sumbangan kepada ahli BKKIMM seperti tempat program jika ahli BKKIMM disekat berbuat demikian di Wisma Seri Melaka.

• Majlis tersebut turut meriah apabila mendapat ucapan dan kalam taujihat daripada wakil mantan kepimpinan Pusat dan mantan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Mereka yang memberi ucapan turut menjelaskan berkenaan isu penarikan zakat yang pernah berlaku kepada anak-anak Selangor di Mesir. Jika perkara yang sama berlaku di Melaka, maka Melaka menjadi tempat kelima diugut sedemikian rupa selepas negeri Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

• Walau bagaimanapun majlis tersebut tidak dapat dihadiri oleh sebahagian siswi baru perubatan oleh kerana beberapa AJK bayangan IMAM (siswa) membawa siswi tersebut untuk makan malam di Baitulhasanah.





3.1.2011 Isnin


3.15 - 5.20 petang
• Berita dari Tanah Air : Delegasi kerajaan yang telah pulang ke Malaysia telah mengenakan serangan peribadi terhadap dua orang siswi serta seorang siswa Melaka di Mesir dengan mengatakan mereka telah terlibat dengan persatuan yang mempunyai agenda politik pembangkang tanpa sebarang bukti yang kukuh.

• Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah memanggil YDP BKKIMM untuk berbincang mengenai beberapa perkara berkenaan isu ini.

• Di dalam pertemuan tersebut, YDP telah meminta jaminan daripada Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bahawa tidak akan ada mahasiswa/wi yang ditarik pinjaman dan zakat dengan isu ini.

• Tiada sebarang respon daripada Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir berkenaan permintaan YDP BKKIMM ini sebaliknya Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir telah membuka perbincangan berkenaan hal lain.




4.1.2011 Selasa


7.00 pagi
• Roadshow Penerangan Isu BKKIMM ke muhafazah Zagaziq bagi menerangkan isu provokasi penukaran BKKIMM kepada IMAM.

3.00 petang
• Roadshow berlangsung di muhafazah Mansurah.

9.00 malam
• Roadshow berlangsung di muhafazah Tanta.




6.1.2011 Khamis


8.00 pagi
• Berita dari Tanah Air : Sekali lagi berlaku serangan peribadi terhadap seorang lagi siswi Melaka di Mesir oleh seorang pegawai kerajaan negeri yang merupakan delegasi ke Mesir. Siswi tersebut juga telah diberi amaran keras dan akan ditarik pinjaman dan zakat (TAPENM) jika masih bersama BKKIMM.

Thursday, January 6, 2011

Isu BKAN Melaka!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3d95ii7vF6ic6iyCeYVbSef4MTtvB5qpY8mrvpddava4KDRszK65-qaEry6RLJuzs94HsM3VajB6Nvey-cgw7z0vSOfr0J0upVqXWu7HGXK8X6e7krnrMVZW4McPhz81J4Ocb2aXMNCeS/s1600/jangandiam.jpg

Minta solat hajat, kami dah tak larat, kata Halimah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs031.snc6/166123_178290275535580_100000638253780_455406_2289446_n.jpg

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang, lapor Harakahdaily.

exco interview 170408 halimah aliDr Halimah dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.

Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, kehadiran ereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

NONE"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

Kerajaan negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menyatakan rasa terkilan mereka Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

sumber

p/s : Kuat sekali kerajaan Selangor menghadapi tekanan dari pihak musuh. Banyak penipuan seperti isu air dan pasir yang dilakukan puak UMNO. Semoga kerajaan Selangor tabah menghadapi semua ini karena perjuangan untuk rakyat ini bukanlah seperti berjalan di atas karpet merah . . .

Monday, October 25, 2010

PENGAKUAN PENGARAH JPMK MENANDATANGANI SURAT ‘AC ‘ MEDIC MESIR


Susulan daripada pertemuan saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Us.Sulaiman Bin Ismail dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta saudara Mohd Azhan Bin Hamdan bersama En.Shaiful Bin Muhammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Maka, semalam bertarikh 21/10/2010 saya bersama beberapa orang ahli Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta sekali lagi ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk bertemu sendiri dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Profesor Jamil Bin Hashim bagi mendapatkan penjelasan berkaitan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada agensi Medic Mesir.


Dalam pertemuan tersebut, kami bertanyakan kepada beliau tentang status surat tersebut, siapa yang mengeluarkan dan menandatangani surat tersebut. Profesor Jamil mengakui bahawa surat tersebut telah ditandatangani oleh beliau dan dikeluarkan oleh kerani yang bertugas pada waktu itu. Professor Jamil mengatakan bahawa surat itu bukanlah surat keizinan menubuhkan Academic Centre (AC) seperti yang telah diwar-warkan oleh agen Medic Mesir akan tetapi hanya sekadar sokongan sahaja. Dari sudut keselamatan pula, Professor Jamil menyatakan bahawa tidak ada apa-apa jaminan dan segala risiko akan ditanggung oleh agensi Medic Mesir sepenuhnya.

Meskipun begitu, saya amat kesal dengan tindakan Profesor Jamil kerana menandatangani surat tersebut dalam keadaan surat itu terdapat banyak kesalahan dan menyalahi format penulisan surat yang sebenar. Sepatutnya, selaku Pengarah JPMK yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia ke sini perlulah memainkan peranan sebaik-baiknya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Apabila ditanya berkenaan kesalahan-kesalahan pada surat tersebut, beliau hanya berdiam sahaja dan mengatakan bahawa akan menyemak semula isi kandungan surat tersebut. Saya menganggap bahawa tindakan Profesor Jamil menandatangani tanpa menyemak isi kandungan merupakan satu kecuaian daripada pihak beliau sendiri. Bagaimana seorang yang berpendidikan tinggi dan bertaraf professional boleh melakukan kesilapan seperti ini.

Dalam masa yang sama juga, Profesor Jamil mengatakan bahawa Kementerian Pengajian TInggi, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah & Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah tidak mengiktiraf mana-mana agensi di Mesir setakat ini. Apabila tidak mengiktiraf mana-mana agensi, maka pihak JPMK tidak boleh mengeluarkan surat sokongan tersebut. Tindakan Professor Jamil ini menyalahi etika kerja sebagai seorang yang berstatus pegawai kerajaan.
"

Saturday, October 16, 2010

Kita dan Politik


Ada sesetengah pihak yang mempersoalkan : Apa kena mengena ikhwan dengan parlimen ? Ikhwan adalah pertubuhan agama sedangkan parlimen adalah ruang unuk badan politik ? Bukankah betul apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa ikhwan al-muslimin adalah pertubuhan politik. Mereka bukan mengajak manusia kepada Islam sahaja, seperti yang mereka dakwa.

Dengan penuh yakin saya menjawab segala persoalan ini. Saudara, jika ada yang mengatakan kita pertubuhan politik kepartian dan amalan kami ialah menyokong parti tertentu dan menentang parti yang lain, bukan ini sifat kami dan kami tidak akan sama sekali bertindak sedemikian. Tiada siapa pun yang dapat membuktikan tuduhan ini. Jika kami dikatakan sebagai pertubuhan politik atas dasar kami mengambil berat soal umat Islam in, atau kerana kami berfahaman bahawa kuasa eksekutif dan maruah bangsa adalah sebahagian rukun atau fardhu islam, atau kerana kami bekerja dengan penuh gigih untuk memperolehi kemerdekaan mutlak dan memulihkan badan pentadbiran, maka memang benar itulah kami. Kami yakin kami bukan membawa perkara yang baru. Apa yang diperkatakan ini difahami oleh setiap orang Islam yang benar benar memperlajari Islam. Kami amat memahami apa yang kami perjuangkan. Apalah erti hidup ini jika kami tidak berusaha mencapai segala matlamat ini. Dalam usaha ini, kami tidak akan terseleweng daripada hanya mahu mengajak manusia ke arah Islam. Islam tidak sahaja menuntut umatnya supaya memberi nasihat dan bimbingan sebaliknya Islam sentiasa mendesak supaya berjiang dan berjihad.

Firman Allah :

Dan orang orang yang berusaha dengan bersungguh2 kerana memnuhi kehendak supaya agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan – jalan Kami ) yan gmenjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan ) dan seseungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) Allah adalah beserta orang orang ayang berusaha membaiki amalannya. Al – Ankabut : 69

Berkenaan dengan pendirian kita terhadap pertubuhan pertubuhan di Mesir, pendirian kita cukup jelas. Pendirian ini kita suarakan dan kita catatkan dalam segenap kesempatan yang ada.

Ucapan muktamar keenam Hassan Albanna pada Januari 1941

************************************

Ulasan MP : ucapan ini boleh dijadikan pedoman dan renungan untuk Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA yang telah menyatakan dakwah mestilah diperkemas dahulu kemudian barulah boleh dibawa agenda politk. Islam sekarang ini sudah sempurna sepertimana firman Allah dalam surah maidah ayat 3. Jadi, tidak ada sebab mengapa perlu diabaikan politk untuk berdakwah sehingga umat ini mempunyai iman yang terbaik. Kita perlu sama – sama menggerakkan dua komponen ini nasihat ( dakwah ) dan jihad ( politik ) supaya Islam tidak selalu diserang dan dalam masa sama Islam juga memberi nasihat kepada masyarakat kesuluruhannya.

Friday, October 15, 2010

SAYA,KAMU,DAN KITA SEMUA.

Saya mempunyai keyakinan suasana inilah yang kita semua mahu supaya muncul di bumi Mansurah ini.

Mansurah ada banyak persatuan.Semua persatuan yang ada ini bekerjasama antara satu sama lain.Tiada kes pergaduhan,tiada kes perebutan ahli,tiada kes melarikan pelajar baru,tiada kes ugutan pukul,dan tiada kes kata mengata.Semua persatuan yang ada menjalankan peranan masing-masing dalam suasana yang penuh harmoni.Alangkah tenangnya perasaan kita semua kalau begitu yang berlaku.

Malangnya,apa yang terjadi bukan seperti yang kita harapkan.

Saya juga yakin suasana inilah yang kita semua harapkan supaya menerangi bumi Mansurah ini.

Mahasiswa mahasiswi Mansurah mempunyai kesedaran yang tinggi dan jelas untuk belajar ilmu perubatan dengan bersungguh-sungguh.Hampir keseluruhan mahasiswa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.Ada juga mahasiswa yang gagal namun,bilangan itu tidak sampai pun sepuluh orang.Itu pun selepas peperiksaan dur thani mereka yang hampir sepuluh orang itu lulus dengan baik dan berjaya naik tahun seperti kawan-kawan mereka yang lain.Tentu sahaja Dr Nisrene akan berbangga dan kagum dengan kita semua mahasiswa mahasiswi dari Malaysia.

Nasibnya juga malang.Apa yang berlaku bukan seperti yang kita harapkan.Maksud saya masih belum lagi.

Saya masih yakin suasana inilah yang kita semua impikan supaya menjadi kenyataan di bumi Mansurah ini.

Mahasiswa mahasiswi Mansurah ikut perintah Allah dan takut untuk melakukan larangan Allah.Tiada kes khalwat,tiada kes minuman keras,tiada kes mendedahkan aurat,tiada kes akhawat yang keluar rumah pada lewat-lewat malam tanpa musyrif sehingga membahayakan diri sendiri,dan juga tiada kes mengunjungi tempat-tempat maksiat.Bahkan mereka semua rajin pula berpesan-pesan pada kebaikan dan menasihati supaya menjauhi perkara-perkara yang batil.Mesti Allah akan merahmati dan menyayangi kita semua di dunia dan di akhirat nanti.Insya Allah.

Malangnya,berita-berita yang kita tidak mahu dengar ini tetap mengalir masuk ke gegendang telinga kita.

Sebenarnya,masih ada banyak suasana yang indah-indah yang saya yakin kita semua terbayang-bayang supaya suasana itu akan muncul bersinar di bumi Mansurah ini.Cuma sahaja saya tidak mahu menulis itu semua kerana takut tulisan ini akan panjang pula lalu kawan-kawan saya semua akan jemu dan benci untuk terus membaca.

Untuk itu saya telah mencantas tulisan ini dengan terus sahaja menghulurkan dua harapan untuk kita benihkan di dalam hati kita semua.Hati saya dan hati kawan-kawan saya semua.

1.Jangan sampai putus keyakinan.

Tujuannya supaya saya dan kawan-kawan saya semua tetap memegang keyakinan kita ini dengan kejap jangan sampai goyah bahawa pada suatu hari nanti kita pasti akan mencapai impian-impian kita ini.Insya Allah.

Ada kemungkinan saya dan kawan-kawan saya semua akan gagal dalam mencuba untuk mencapai impian-impian kita untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang,untuk hidup aman tanpa pergaduhan,untuk mewujudkan biah solehah,dan untuk mencapai impian-impian kita yang lain.Lalu kita jatuh tersungkur sehingga sangat sukar rasanya untuk bangun semula.

Mungkin kita akan gagal sekali,mungkin dua kali,bahkan mungkin berkali-kali.Namun adakah disebabkan kegagalan kita yang masih belum cukup banyak itu kita sudah mahu berhenti daripada terus mencuba dan berusaha?

Kalau begitu malu betul kita seorang Muslim mempunyai semangat yang lemah dibandingkan dengan Kolonel Harland Sanders si penjual ayam goreng yang berjaya itu.Beliau hanya bermula pada usia 65 tahun dan menemui kegagalan beratus-ratus kali.Kecewa?Tentu sahaja beliau kecewa.Tetapi hal ini langsung tidak memutuskan semangatnya untuk terus mencuba dan berusaha.

Malu nanti kita dengan Haikal dan Arai.Mereka itu hanyalah budak kampung yang tinggal di pedalaman Indonesia.Namun disebabkan keyakinan dan impian mereka yang tidak pernah putus,akhirnya mereka berjaya mencapai impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Sorbonne University di Perancis.

Sebelum itu,Haikal dan Arai ialah dua watak yang memotivasikan di dalam cerita Sang Pemimpi.

Sebenarnya,apa yang saya mahu beritahu pada diri dan kawan-kawan saya semua cuma satu.

Yakinlah pada Tuhanmu.

2.Sentiasa berusaha untuk membantu dan dibantu.

Ini pula harapan yang kedua.Kalau di dalam perkataan disebut bekerjasama.

Teruskanlah membantu dan dibantu dalam pelajaran moga-moga nanti mumtaz dan jayyid jiddan itu akan ditulis di atas slip keputusan peperiksaan kita.Jangan berhenti daripada berdakwah kerana mana tahu nanti ada kawan-kawan kita yang hatinya akan tersentuh dengan cara hidup Abal Qasim SAW.Jangan putus asa daripada menganjurkan program-program yang bermanfaat kerana mungkin hasilnya kita belum nampak lagi sekarang.

Yang penting kita semua sentiasa berusaha untuk membantu dan dibantu.Gunakan medium persatuan yang ada untuk kita membantu dan dibantu.Setakat ini saya masih lagi selesa dengan PCM sebagai medium saya untuk membantu dan dibantu.

Hal-hal kompleks seperti hubungan antara persatuan-persatuan lain kita serahkan kepercayaan kita kepada pimpinan kita.Tahulah mereka nanti bagaimana untuk selesaikan.Jangan kerana hal-hal rumit dan rantingan ini habis semua tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita jatuh ke tanah.

Usaha membantu dan dibantu mesti diteruskan.Supaya kita dan kawan-kawan kita yang lain akan menjadi lebih baik dari semalam.Bukan kita hanya pandai mencadang itu dan ini,muhasabah perkara itu dan perkara ini,yang sepatutnya begitu bukan begini,kita kena menjadi seperti itu bukan seperti ini,kenapa di sini bukan di sana,dan lain-lain.

Hakikatnya,kita tidak pernah pun sinsing lengan baju turun ke gelanggang untuk membantu dan dibantu.Modal saliva dan dakwat itu penting.Siapa kata tidak penting?Tetapi alangkah lebih molek dan elok jika ada sama modal peluh dan keringat.Tentu nanti lebih banyak manfaat untuk kita dan orang lain sama.

Saya bersedia untuk membantu dan dibantu dengan menggunakan PCM sebagai medium.Membantu dan dibantu dalam pelajaran,kebajikan,agama,dan lain-lain.Saya yakin kita akan mencapai impian-impian kita itu nanti insya Allah.Saya berbaik sangka dengan Tuhan kita.

Cuma sahaja masanya belum tiba lagi dan saya harus sabar mencuba dan berusaha sehingga cahaya kejayaan itu akan muncul.Saya juga percaya ramai kawan-kawan saya yang mempunyai kesediaan dan keyakinan yang sama seperti saya.

Percayalah.

sumber : Forum PCM

Tuesday, September 14, 2010

Jualan buku

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-naIhzTnN3exLmnGD9_iDKNqqCSVndsgjyqpkXGxs-ya4RJauhSBXj3DxFIWFzW0i4_2bHb5KKrlyd3rarf_vsz1diLLCmqCLDzynlPPozftWAIRYmZdQeIoeFd3QUhtYT-JPvOY5TIc/s1600-r/iklan+buku+15072010+01.jpg

Wednesday, August 25, 2010

Tempahan Kuih Raya! MIQDAD & UWAIS COOKIES.