Wednesday, December 23, 2009

Marilah jadi MENTOR.

“Jak, ada orang cakap kat aku nak jadi mentor. Sekarang ini ko tak bukak ke borang untuk menjadi mentor?” Tanya Mujahid.

Berbunga riang hati ini apabila mendengar ada orang ingin menjadi mentor. Bagaikan ikatan di tubuh ini terlerai sedikit. Mana tidaknya, saban hari bertanyakan sekalian mahasiswa untuk menjadi mentor tapi hanya sekelumit sahaja yang member jawapan positif. Terkadang terpaksa diberikan nasihat untuk meruntuhkan tembok inferiority complex dalam diri mahasiswa dan mentor. Pelajar semakin ramai, gejala sosial semakin kronik. Ketika mana shisha, ikhtilak dan rokok yang semakin tumbuh bagai cendewan selepas hujan di bumi barakah ini, ketika itulah semakin sedikit golongan yang ingin membantu penjernihan kerosakan yang berlaku di sini.

Saya mohon juta kemaafan kepada mentor tahun 3 dan tahun 2 kerana terpaksa memegang begitu ramai mentee dalam satu kumpulan. Tambah pula, semuanya bukanlah satu rumah dan bukan dalam jurusan sama dan bukanlah dari kepala yang sama. Semuanya adalah kerana kekurangan mentor yang dialami sekarang ini. Terima kasih kepada Azrul, Ibrahim, Abdullah, Faisal dan Hakim kerana komitmen yang diberikan bagi menjayakan smart circle senior.

"InsyaAllah akan dimasukkan secepat mungkin. Sekarang ni tengah tengok balik nama mereka yang tecicir dari tahun 2 dan tahun 1” Jawab saya.

Demikian itu, kami amat menagih tenaga kerja dari kamu semua. Ramai juga dikalangan tahun 1 merungut melihatkan suasana bumi nabi tidak ubah seperti KL. Fikirnya, kalaulah orang Malaysia datang ke mesir bolehlah juga berubah kepada yang lebih baik. Namun begitu, setelah lebih 3 bulan di sini, masih lagi tidak berubah. Jadi mereka ini cuba mencari suatu Clorox bagi menyucikan debu kotoran yang masih melekat pada mahasiswa Malaysia. Kagum juga melihat semangat tinggi jiwa muda. Fikirku, bagaimana kesedaran ini boleh ada pada junior tetapi tidak pula pada senior?

Suka melihat muka muka baru dalam Unit Pembangunan Insan. Tapi sedihnya, di manakah muka muka lama? Unit Pembangunan Insan tidak pernah lengang dengan mahasiswa junior sahaja. Senior yang ada dalam mesyuarat UPI hanyalah majlis tertinggi PCM, Saiful Akmal dan Amar. Mujurlah ada mereka, kalau tidak siapalah yang mahu mengajar junior ini untuk mengawal badan dakwah supermega ini bagi mengawal dan menghidupkan suasana Islam di Mansurah ini.

Memperkasakan Akademik dan Tarbiyah

Wallahu ‘alam

Bagi sesiapa yang ingin menjadi mentor, bolehlah menghubungi saya melaui blog ini, upi dan forum PCM atau menghubungi Safwan ( 0113576255 )

Friday, December 11, 2009

Kekurangan idea kreatif dalam mengendalikan SC


Pembentangan pertama

“Apa maksud hamba mukatab?” Tanya junior kepada mentornya.

“Hamba yang ada perjanjian dengan tuannya untuk menebus diri. Contohnya hamba dan tuannya telah membuat perjanjian untuk membebaskannya sekiranya si hamba tadi mempunyai wang sekian sekian. Maka kalau hamba tu sudah ada wang mencukupi seperti dalam perjanjain tadi dan membayar kepada tuannya maka dia boleh menebus diri atau sudah bebas.”

“0o0. Macam tu.” Junior tadi menyambung pembentangannya bertajuk apa erti saya islam dari sudut akidah dari buku apa erti saya menganut islam karangan ustaz Fathi Yakan rahimahullahu ‘alaih

Pembentangan kedua

“Kalau nak pergi masjid tu ajaklah anak pergi sekali. Janganlah ajak anak pergi main dota waktu orang qamat.” Lucu tapi bernada sinis. Ruang tamu dihiasi gelak ketawa mentee.

“Eh, aku tak ajak ko main dota aritu. Ko yang datang tengok aku main dota” Seorang mentee cuba berdalih.

“Tak sangka ada gak orang termakan cili sini.“ Mendalam maksudnya lalu disambut pula dengan gelak sekali lagi. Mentor hanya memerhatikan kemesraan anak buahnya. Terpalit sedikit senyuman di mulutnya melihat gelagat mentee.

***************************************

Perjalanan smart circle amat susah hendak dijalankan secara konsisten. Saya sendiri mengaku bahawa kemalasan wujud tiap kali tiba waktu untuk membuat smart circle. Ingin mengajak mentee, beli roti sebagai hidangan, mengehadkan masa. Semua itu acapkali dicuaikan. Tetapi dengan sokongan dan dorongan dari mentor lain, roh semangat bertiup lembut mengembalikan kekuatan untuk menarikan berus di atas kain putih agar ia menjadi seindah batik yang berwarna warni.

Sesi 09/10 bakal menyaksikan cabaran lebih hebat bagi para komando ( mentor ) untuk menjalankan usrah. Dengan hanya jumlah yang kecil, mampukah para komando mengawal tentera mansurah untuk menjadi pemacu kepada terbentuknya Negara Islam di Malaysia kelak. Tepuk dada Tanya iman.

“Siapa yang mengucapkan kalimah lailahaillallah adalah da’I”

Tidak dinafikan bahawa semua umat Islam adalah pendakwah. Malangnya, kerana kekurangan ilmu dan kesedaran tidak semua boleh menjadi pendakwah sebenar. Berbekalkan secebis kain buruk untuk menggilap cermin besar adalah kerja tidak cerdik. Bekalan dalam menempuh cabaran berdakwah kepada mentee memerlukan ilmu dan pendirian tetap.

Oleh itu, kelas agama yang diadakan tiap pagi adalah peluang untuk anda menambahkan idea kreatif dalam menggerakkan SC. Satu kitab haraki tentang cara berdakwah akan dipelajari setiap hari Ahad di madrasah imam nawawi.

Demikian itu, saya menyeru kepada para komando supaya menghadiri kelas ini agar cara pembawakan kepada mad’u akan lebih terbuka dan tidak jumud. Waima tidak menghadiri kelas lain tapi saya berharap agar kelas ini tidaklah juga menjadi satu alasan lapuk untuk meninggalkannya.

Memperkasakan Akademik dan Tarbiyah

Wallahu ‘alam

Wednesday, December 2, 2009

Alhamdulillah

Konflik petisyen akhirnya sudah menetaskan hasilnya

Nampaknya semakin ramai sudah faham apakah itu kesatuan dan perpaduan. Seperti mana kalam pengerusi di majlis ADHA baru ini, "perkara ini adalah perkembangan positif untuk semua ahli kerana ramai yang sudah tahu tentang pentingnya berpersatuan"

Bercakap mengenai perpecahan yang berlaku rasanya banyak aktiviti telah dilakukan PCM bagi menangani kes ini. Kalau dalam Mentor Council, kami telah mencampurkan adukkan pelbagai program dalam satu kumpulan smart circle. Ada pergigian, manchester dan conventional. Semua ini adalah bagi menyatukan segala fikrah kita yang pelbagai.

Idea ini telah diutarakan oleh abang firdaus yang melihat kepada isu perpecahan yang berkecamuk sejak berzaman. Diharap dengan terlaksananya idea ini, ahli PCM lebih semangat untuk menyertai smart cricle. Di samping dapat menambahkan ilmu tentang kitab maza yakni dan akhlak mukmin, penyatuan pemikiran akan menjadi selari

Ramai orang naik angin dengan entri lepas. Banyak komen yang pro dan kontra. Saya menerima dengan terbuka .Baru saya nampak, ahli PCM ini ramai. Selalunya bila menghadiri program rohaniah PCM hanya 1/10 sahaja yang akan turun manakala program jasadiah lebih kurang 1/3 sahaja. Terkadang sedih juga melihat, apabila AJK sendiri kena jadi peserta untuk program yang mereka anjurkan.

Walaubagaimanapun, entri lepas hanyalah sebagai muhasabah kepada ahli PCM. Hakikatnya, siapa yang sayang PCM dia akan melihat kepada pembangunan PCM untuk ahli sejagat. Saya hanyalah mengkritik sebahagian ahli yang kurang komitmen dalam menggerakkan PCM. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab memayungi pelajar PERUBATAN mansurah banyak tenaga kerja diperlukan.

Satu fikrah satu amal

Wallahu 'alam

Monday, November 30, 2009

Konspirasi ke semua ini?

Dalam bahana kesibukan adha masih ada lagi orang yang mengutuk PCM direct dan juga ajk nya.

Senang saya cerita, blog ini hanyalah percakapan laser yang keluar dari mulut orang yang tidak reti apa itu kesatuan.

Jangan bersekongkol dengan mereka ini >>> www.pcmpetisyen.blogspot.com

Tuesday, November 24, 2009

Overcome the CLAN Barrier

SEKUT IJAK
klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Melihatkan sahabat-sahabat handai kita makin lama makin hangat membincangkan akan isu perlantikan AJKT PCM.Tahniah atas kecaknaan kita bersama.

Disini ada satu poster yang baru dibuat oleh ahli bait saya,apatah dia ni
(takde kerja lepas balik kuliah lewat,org lain dah makan abis dah)

Sahabat yang ingin copy atau download dipersilakan.

Monday, November 23, 2009

Calonkan Ikram pengerusi

Mana satu pilihan di hati ?

Salam pencalonan,

wakakak

Sekarang ini tengah bingung fikir. Baru tadi ada orang mencadangkan supaya mencalonkan Hanif Mahamud sebagai pengerusi. Tapi saya ingin Ikram b Ishak . Bila dibandingkan kedua duanya sama bagus.

So, macam mana ye?

Saturday, November 21, 2009

Satu Pengharapan

pengharapan

Gambar hiasan .Tiada kaitan antara yang sudah hidup atau yang sudah mati