Monday, December 28, 2009

Jom Download Buku!


1) Kenapa aku meniggalkan syiah oleh Dr Sayid Musa Al – Musawi

2) Perlembagaan persekutuan

3) Riyadus Salihin 2

4) Quran and modern Science oleh Dr Zakir Abdul Karim Naik

1) Ayat Pilihan

2) Himpunan Risalah Hassan Al – Banna

3) Madrasah Tarbiyyah Hassan Al – Banna oleh Yusof Qardhawi

4) SistemMasyarakat Islam oleh Yusof Qardhawi

5) Tafsir Surah Yassin dari Perspektif Sains dan Sejarah oleh Zawawi Haji Ahmad

1) Abu_Zakaria_Mohiuddin_Yahya_An-Nawawi_(RA)_Riyadus_Saliheen.pdf

2) Beginning of Guidance.pdf

3) Fatwa-Fatwa Kontemporer -Dr. Yusuf Qardhawi...pdf

4) Jalan_Dakwah.pdf

5) koleksi tulisan hasan albana.pdf

6) Maza Yakni.pdf

7) Riyadhus Shalihin 1...pdf

8) Sirah_Nabawiyah_Mustafa_Sibaie.pdf

9) Tarbiyah Islam & Madrasah Hasan Al-Banna -Yusuf Qardhawi...pdf

1) Dasar-dasar Islam.pdf

2) Detik-detik Hidupku.pdf

3) Feqhus Sunnah Jilid 1.pdf

4) Fiqh Al-Sirah 1 - Muhammad Said Ramadhan Al-Buti...pdf

5) fiqh aulawiat.pdf

6) Fiqh Minoriti -Yusuf Qardhawi...pdf

7) Fiqh Prioritas -Dr.Yusuf Qaradhawi...pdf

8) fiqh sirah.pdf

9) Generasi Pemuda dan Perubahan - Fathi Yakan...pdf

10) jangan bersedih.pdf

11) Keutamaan Membaca Dan Mengkaji Al-Quran - Imam Nawawi...pdf

12) Manhaj Hidup Muslim -Sayyid Qutb dan Al-Maududi...pdf

13) metod pemikiran hasan albanna.pdf

1) 4 Kalimah Di Dalam Al-Quran.pdf

2) Allah Dalam Aqidah Islamiyah -Imam Hasan Al-Banna...pdf

3) Asas-asas Akhlak Dalam Harakah Islamiah.pdf

4) Asas-asas Islam.pdf

5) Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam.pdf

6) Bahaya Zina - Ibn Qayyim Al-Jauziyah.pdf

7) Beberapa Pelajaran Dalam Amal Islami 1 - Sa_id Hawwa...pdf

8) beberapa pelajaran dalam islam.pdf

9) Beberapa Studi Tentang Islam.pdf

10) Dakwah Kita -Hassan Al-Banna...pdf

11) Hadis 40 - Imam An-Nawawi...pdf

12) haza addin.pdf

13) Ikhwanul Muslimin.pdf

14) Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam.pdf

15) Misi Ulama_ Tasauf ke Arah Beramal dengan Syariat dan Hakikat Asyairah -Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki...pdf

16) Rintangan Perjuangan Pendakwah.pdf

17) Salah Faham Terhadap Islam.pdf

18) Sifat-Sifat Da_i Ke Jalan Allah - Hassan Al-Banna...pdf

19) Sirah Nabawiyah - Said Ramadhan Al-Buti.pdf

20) Sunnah & Bid_ah -Yusuf Qardhawi...pdf

21) syarah-20.pdf

22) Syarah Usul 20.pdf

23) Tanggungjawab Pemuda.pdf

24) Tatanan Rumah Islami -Said Hawwa...pdf

25) Usul 20.pdf

1) Abul A_la Al-Maududi...pdf

2) akar-akar+punca-punca+islam.pdf

3) Al-Imam Al-Banna... Memperingati Kesyahidannya -Mustapha Mashyur...pdf

4) Al-Jihad Adalah Jalan -Mustapha Mashyur...pdf

5) Al-Mukminah As-Solehah - Mustafa Ramadhan...pdf

6) Amal Jamai Gerakan Bersama -Mustafa Masyur...pdf

7) Antara Semalam Dan Hari Ini.pdf

8) Apa Ertinya Anda Seorang Muslim.pdf

9) Biografi Salahudin Al-Ayyubi.pdf

10) Bukti Penguat Ikhlas -Dr. Yusuf Qardhawi...pdf

11) Bunga Rampai Qaradhawi.PDF

12) Dakwah Fardiah.pdf

13) Fatwa Al-Qaradhawi.PDF

14) Fiqh Daulah -Yusuf Qadhawi...pdf

15) Fiqh Zakat -Yusuf Qardhawi...pdf

16) Islam Dakwah Yang Syumul -Yusof Qardhawi...pdf

17) Islam Dan Jahiliah - Abul A_la Al-Maududi...pdf

18) Kamulah Mulia Jika Kamu Beriman -Mustapha Mashyur...pdf

19) Ke Mana Kita Menyeru.pdf

20) Kewajiban Orang Arab Ke Atas Peristiwa -Mustapha Mashyur...pdf

21) Konspirasi Musuh Islam -Mustapha Mashyur...pdf

22) Ma_rifatullah -Sa_id Hawwa...pdf

23) Masalah Umat Islam Kini dan Penyelesaian -Prof. Dr. Haron Din...pdf

24) Menghafal Al-Quran -Yusof Qardhawi...pdf

25) Penyaksian Terhadap Kebenaran - Abul A_la Al-Maududi...pdf

26) Peranan Pelajar.pdf

27) Proses Revolusi Islam.pdf

28) Satu Saranan -Imam Hassan Al-Banna.pdf

29) Sifat-Sifat Rasulullah -Said Hawwa...pdf

30) Syamail -Imam Nawawi...PDF

31) Tuntutan Bertaubat Kepada Allah -Dr. Yusuf Qardhawi...pdf

32) Usrah Dan Dakwah.pdf

33) usul fiqh.pdf


Tidak ketinggalan...

http://2.bp.blogspot.com/_6iDryXVqrX0/StgkzIlzeeI/AAAAAAAAAYY/rjqc272JeCU/s400/TAZKIYATUN_NAFS.png

Saturday, December 26, 2009

[buku+buku.jpg]

Klik pada paparan untuk imej lebih jelas

Notis : Lakaran buku adalah hiasan.

Thursday, December 24, 2009

GST

Istilah kerajaan = Good and Services Taxes

Istilah rakyat = Go Strangulate Them atau Gagau Semua Tempat.

Pertama kali dengar berita ini memang tidak logik langsung. Lepas ni kalau pergi makan kedai mamak kena bayar juga servis layanan. Lawak. Servis dan kebersihan pun teruk kena ada juga bayaran untuk servis layanan

Jenaka kerajaan kepada rakyat. Cukuplah dengan agenda menjerut wang rakyat. Mungkin yang kaya akan senyap sahaja. Bagaimana keadaan rakyat miskin?

Perkara ini sebenarnya sepatutnya tidak termasuk dalam ruang bicara seorang mahasiswa, Tapi kerana kroniknya effect daripada pelaksanaan tax ini, suara kecil ini mesti diluahkan.

Wednesday, December 23, 2009

Marilah jadi MENTOR.

“Jak, ada orang cakap kat aku nak jadi mentor. Sekarang ini ko tak bukak ke borang untuk menjadi mentor?” Tanya Mujahid.

Berbunga riang hati ini apabila mendengar ada orang ingin menjadi mentor. Bagaikan ikatan di tubuh ini terlerai sedikit. Mana tidaknya, saban hari bertanyakan sekalian mahasiswa untuk menjadi mentor tapi hanya sekelumit sahaja yang member jawapan positif. Terkadang terpaksa diberikan nasihat untuk meruntuhkan tembok inferiority complex dalam diri mahasiswa dan mentor. Pelajar semakin ramai, gejala sosial semakin kronik. Ketika mana shisha, ikhtilak dan rokok yang semakin tumbuh bagai cendewan selepas hujan di bumi barakah ini, ketika itulah semakin sedikit golongan yang ingin membantu penjernihan kerosakan yang berlaku di sini.

Saya mohon juta kemaafan kepada mentor tahun 3 dan tahun 2 kerana terpaksa memegang begitu ramai mentee dalam satu kumpulan. Tambah pula, semuanya bukanlah satu rumah dan bukan dalam jurusan sama dan bukanlah dari kepala yang sama. Semuanya adalah kerana kekurangan mentor yang dialami sekarang ini. Terima kasih kepada Azrul, Ibrahim, Abdullah, Faisal dan Hakim kerana komitmen yang diberikan bagi menjayakan smart circle senior.

"InsyaAllah akan dimasukkan secepat mungkin. Sekarang ni tengah tengok balik nama mereka yang tecicir dari tahun 2 dan tahun 1” Jawab saya.

Demikian itu, kami amat menagih tenaga kerja dari kamu semua. Ramai juga dikalangan tahun 1 merungut melihatkan suasana bumi nabi tidak ubah seperti KL. Fikirnya, kalaulah orang Malaysia datang ke mesir bolehlah juga berubah kepada yang lebih baik. Namun begitu, setelah lebih 3 bulan di sini, masih lagi tidak berubah. Jadi mereka ini cuba mencari suatu Clorox bagi menyucikan debu kotoran yang masih melekat pada mahasiswa Malaysia. Kagum juga melihat semangat tinggi jiwa muda. Fikirku, bagaimana kesedaran ini boleh ada pada junior tetapi tidak pula pada senior?

Suka melihat muka muka baru dalam Unit Pembangunan Insan. Tapi sedihnya, di manakah muka muka lama? Unit Pembangunan Insan tidak pernah lengang dengan mahasiswa junior sahaja. Senior yang ada dalam mesyuarat UPI hanyalah majlis tertinggi PCM, Saiful Akmal dan Amar. Mujurlah ada mereka, kalau tidak siapalah yang mahu mengajar junior ini untuk mengawal badan dakwah supermega ini bagi mengawal dan menghidupkan suasana Islam di Mansurah ini.

Memperkasakan Akademik dan Tarbiyah

Wallahu ‘alam

Bagi sesiapa yang ingin menjadi mentor, bolehlah menghubungi saya melaui blog ini, upi dan forum PCM atau menghubungi Safwan ( 0113576255 )

Friday, December 11, 2009

Kekurangan idea kreatif dalam mengendalikan SC


Pembentangan pertama

“Apa maksud hamba mukatab?” Tanya junior kepada mentornya.

“Hamba yang ada perjanjian dengan tuannya untuk menebus diri. Contohnya hamba dan tuannya telah membuat perjanjian untuk membebaskannya sekiranya si hamba tadi mempunyai wang sekian sekian. Maka kalau hamba tu sudah ada wang mencukupi seperti dalam perjanjain tadi dan membayar kepada tuannya maka dia boleh menebus diri atau sudah bebas.”

“0o0. Macam tu.” Junior tadi menyambung pembentangannya bertajuk apa erti saya islam dari sudut akidah dari buku apa erti saya menganut islam karangan ustaz Fathi Yakan rahimahullahu ‘alaih

Pembentangan kedua

“Kalau nak pergi masjid tu ajaklah anak pergi sekali. Janganlah ajak anak pergi main dota waktu orang qamat.” Lucu tapi bernada sinis. Ruang tamu dihiasi gelak ketawa mentee.

“Eh, aku tak ajak ko main dota aritu. Ko yang datang tengok aku main dota” Seorang mentee cuba berdalih.

“Tak sangka ada gak orang termakan cili sini.“ Mendalam maksudnya lalu disambut pula dengan gelak sekali lagi. Mentor hanya memerhatikan kemesraan anak buahnya. Terpalit sedikit senyuman di mulutnya melihat gelagat mentee.

***************************************

Perjalanan smart circle amat susah hendak dijalankan secara konsisten. Saya sendiri mengaku bahawa kemalasan wujud tiap kali tiba waktu untuk membuat smart circle. Ingin mengajak mentee, beli roti sebagai hidangan, mengehadkan masa. Semua itu acapkali dicuaikan. Tetapi dengan sokongan dan dorongan dari mentor lain, roh semangat bertiup lembut mengembalikan kekuatan untuk menarikan berus di atas kain putih agar ia menjadi seindah batik yang berwarna warni.

Sesi 09/10 bakal menyaksikan cabaran lebih hebat bagi para komando ( mentor ) untuk menjalankan usrah. Dengan hanya jumlah yang kecil, mampukah para komando mengawal tentera mansurah untuk menjadi pemacu kepada terbentuknya Negara Islam di Malaysia kelak. Tepuk dada Tanya iman.

“Siapa yang mengucapkan kalimah lailahaillallah adalah da’I”

Tidak dinafikan bahawa semua umat Islam adalah pendakwah. Malangnya, kerana kekurangan ilmu dan kesedaran tidak semua boleh menjadi pendakwah sebenar. Berbekalkan secebis kain buruk untuk menggilap cermin besar adalah kerja tidak cerdik. Bekalan dalam menempuh cabaran berdakwah kepada mentee memerlukan ilmu dan pendirian tetap.

Oleh itu, kelas agama yang diadakan tiap pagi adalah peluang untuk anda menambahkan idea kreatif dalam menggerakkan SC. Satu kitab haraki tentang cara berdakwah akan dipelajari setiap hari Ahad di madrasah imam nawawi.

Demikian itu, saya menyeru kepada para komando supaya menghadiri kelas ini agar cara pembawakan kepada mad’u akan lebih terbuka dan tidak jumud. Waima tidak menghadiri kelas lain tapi saya berharap agar kelas ini tidaklah juga menjadi satu alasan lapuk untuk meninggalkannya.

Memperkasakan Akademik dan Tarbiyah

Wallahu ‘alam