Monday, November 30, 2009

Konspirasi ke semua ini?

Dalam bahana kesibukan adha masih ada lagi orang yang mengutuk PCM direct dan juga ajk nya.

Senang saya cerita, blog ini hanyalah percakapan laser yang keluar dari mulut orang yang tidak reti apa itu kesatuan.

Jangan bersekongkol dengan mereka ini >>> www.pcmpetisyen.blogspot.com

Tuesday, November 24, 2009

Overcome the CLAN Barrier

SEKUT IJAK
klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Melihatkan sahabat-sahabat handai kita makin lama makin hangat membincangkan akan isu perlantikan AJKT PCM.Tahniah atas kecaknaan kita bersama.

Disini ada satu poster yang baru dibuat oleh ahli bait saya,apatah dia ni
(takde kerja lepas balik kuliah lewat,org lain dah makan abis dah)

Sahabat yang ingin copy atau download dipersilakan.

Monday, November 23, 2009

Calonkan Ikram pengerusi

video

Mana satu pilihan di hati ?

Salam pencalonan,

wakakak

Sekarang ini tengah bingung fikir. Baru tadi ada orang mencadangkan supaya mencalonkan Hanif Mahamud sebagai pengerusi. Tapi saya ingin Ikram b Ishak . Bila dibandingkan kedua duanya sama bagus.

So, macam mana ye?

Saturday, November 21, 2009

Satu Pengharapan

pengharapan

Gambar hiasan .Tiada kaitan antara yang sudah hidup atau yang sudah mati

Friday, November 20, 2009

Idaman hatiku

http://apogeehps.com/yahoo_site_admin/assets/images/Leader_on_pedastal_photo.27225540_std.jpg

Ini bukanlah melobi tapi sekadar luahan hati dan pandangan selaku senior yang sudah menetap di Mansurah selama lebih kurang 3 tahun dan ingin melihat sesuatu yang terbaik dari kepimpinan PCM supaya Mansurah menjadi negara yang makmur dan rakyat yang sentiasa bantu membantu kepada kepimpinan. Janganlah AJK sahaja yang bekerja sedangkan rakyatnya melepak depan komputer main game, menonton KCB dan membuang masa kepada benda tidak sepatutnya

Pilihanraya Mansurah akan berjalan tidak lama lagi. Jadi adalah menjadi tanggungjawab penduduk mansurah untuk melantik pimpinan dari kalangan mereka. Terlalu banyak ayat alquran dan hadis yang menyuruh supaya hidup mestilah berorganisasi. Saling bantu membantu. Alasan pelajar perubatan tidak boleh berpersatuan adalah karutan semata.

Pengerusi mestilah seorang yang sangat kuat dari semua aspek. Fizikan dan mental mestilah segar. Seorang yang berpengalaman dan tahu selok belok sejarah, kejatuhan dan kenaikan PCM. Disebabkan longgokan pelajar mencecah seribu orang ketika ini jadi saya merasakan Muhammad Ikram b Ishak sahaja yang layak memegang jawatan ini

http://destination-innovation.com/Innovative.Leader.jpg

Timbalan pengerusi 2 iaitu ketua bahagian akhawat, walaupun saya lelaki tapi saya tahu sedikit sebanyak perangai setiap akhawat hasil daripada pengalaman bermesyuarat dan melihat keadaan sekeliling melaui musyrif dan sebagainya. Jadi saya mencalonkan Syamilah bt mohamad kerana komitmen kerjanya sangat tinggi dan ideanya untuk membangunkan PCM bercurahan – curahan seperti air terjun. Arahannya kepada orang bawah mampu membuatkan sesiapa sahaja mengikut tanpa banyak tanya kerana dorongannya kepada AJK sentiasa menaikkan semangat mereka.

Oleh kerana kepelbagaian program yang wujud di Mansurah ini, maka semestinya setiap program ada wakil masing masing dalam PCM. Conventional, Manchester dan Dentistry.

Perlu diingatkan juga, setiap batch juga mesti ada wakil dalam PCM. Tidak boleh hanya senior tahun 3 atau tahun 4 yang mendominasi kesemua jawatan. Tidak boleh juga tahun 2 saja yang mendominasi sebuah persatuan gergasi.

Oleh yang demikian, setelah berfikir dan bertanyakan pendapat beberapa orang senior dan junior inilah hasil kajianku. Pemimpin mestilah seorang yang rajin turun padang dan disenangi masyarakat kerana dengan penerimaan masyarakat kepada mereka maka akan semakin kukuhlah PCM dengan kerjasama dari semua ahli

http://www.tjpmd.com/images/leader.jpg

Manchester : Muaz Mustapha

Antara pelajar manchester rapat dengan senior dan juga junior. Sehinggakan budak junior hisap rokok boleh hormat Muaz. Tidak pernah sunyi dengan senyuman manis setiap kali berjumpa. Wajah ceria mampu menarik hati siapa sahaja. Walaupun program Manchester, tapi masih boleh rapat dengan senior conventional dan dikenal ramai pelajar di Mansurah ini

Pergigian : Rafiq (AJK Mentor Council, ketua dentistry )

Sepatutnya tahun lepas lagi jadi AJK. Seorang AJK dalam Mentor Council dan memegang unit paling berat iaitu pemantauan. Walaupun begitu kerjanya tetap cemerlang sekalipun komitmen dari mentor sangat rendah. Tabah dalam saat genting.

Tahun 2 : Jihad ( AJK ekonomi, unit sembelihan ADHA, AJK madrasah imam nawawi )

Pelajar tahun 2 paling menonjol di Mansurah. Selalu bergaul dengan senior dan berfikiran matang. Sewaktu menjadi AJK ekonomi, YM nya tidak lekang dengan promosi voip dan juga evoiz. Kesungguhan beginilah yang didahagakan PCM.

Tahun 3 :

1. Ubai ( Ketua ekonomi, mandub selangor 2 tahun, mentor SC )

Dengar cerita, sejak ubai memegang ekonomi PCM keuntungan PCM berlipat kali ganda. Sehinggakan bendahari, Zaim jemu melihat muka ubai kerana selalu menghulurkan keuntungan kepada dia. Sebab itulah bendahari jarang menjual beras sekarang ini sebab kalah dengan ubai dalam bab promosi. Kalaulah ubai pegang unit lain alamatnya untung ( maju ) jugalah unit tersebut. Walau apa cara sekalipun ubai tetap kena wujud dalam kepimpinan PCM.

2. Hanif Mahamud ( Ketua UPI, AJK akademik, mentor SC, Penasihat mentor council )

Pengalaman bekerja dengan Hanif selama setahun banyak mengajar saya erti bekerja dan belajar dengan betul. Terlalu banyak hendak diceritakan kelebihan abang saya ini. Sedih juga kerana tahun depan tidak dapat lagi bekerja dengan seorang yang amat bijak dan teguh pendirian seperti abang hanif. Selamat maju jaya abang hanif.


Tahun 4:

1. Izzul Akmal ( AJK unit Hisbah, Timbalan pengarah ADHA, Ketua rumah, Mentor SC, Moderator dan pengendali blog PCM, Wartawan PCM )

Housemate saya dan memang sangat bagus dalam membuat kerja. Ketua rumah dan juga seorang yang periang. Selalu membantu orang dan sangat pemurah. Memang inilah pemimpin yang kita mahukan. Mampu menghidupkan suasana dan bijak berfikir. Berpengalaman mengarah beberapa program besar dalam PCM seperti ADHA dan juga Kempen Solat.

2. Syazani ( Pengarah ADHA, Ketua unit sembelihan ADHA , Mentor Smart Circle, Bendahari rumah bujang senang )

Raja lawak Mansurah. Walaupun seorang pelawak tapi lawaknya berniat baik. Bukan ingin membuang masa kawannya dan bukan juga ingin berlawak saja saja. Terkadang terselit sedikit pengajran dari lawaknya. Hasil kerjanya
http://pol.spurious.biz/blog/uploads/picks/follow-your-leader.jpg

Wednesday, November 18, 2009

Senyap sudah

Nasihat bakal pengerusi PCM, Mujahid

"Fokuslah study dulu, pergi madrasah, takyahlah fikir sangat pasal benda lain." Insaf kejap diri hina ini.

Dalam keinsafan terhidu asap hairan bin ajaib. Entri lepas berkenaan kenapa burukkan SC yang ditujukan kepada segelintir orang tak semena - mena tempias ke orang lain.

Saya fikir, macam ada geng besar mendokong orang burukkan sc ini. Hm..konspirasi kot.

Mengait rambutan di kebun
Buahnya jatuh ke sarang lebah
Lari ke sungai dan terus terjun
Supaya tidak lagi berbalah

p/s : tak fahamlah baca

Wednesday, November 11, 2009

Kenapa burukkan SC?

http://3.bp.blogspot.com/_TnhmucRsC7g/Rz6FN2PnMbI/AAAAAAAAACQ/qelLtTYKafg/s1600/logo.JPG

“Jangan join Smart Circle PCM. Bukannya bagus pun. Ikut ana punya SC lagi ok.” Kata seorang senior kepada junior tahun 1.

Esoknya si junior melaporkan ada orang mengeluarkan fitnah terhadap SC kepada mentornya dan akhirnya sampai ke pengetahuan saya. Syabas! Sepandai tupai melompat akhirnya tergolek juga.

Sejarah berulang.

Sesi lepas, adik nur kasih telah menggegarkan forum PCM tentang SC palsu bukan di bawah PCM. Habis berungkai komen menyesakkan ruangan forum PCM yang sekian lama dilitupi debu.

Cerita ini bukan saja di Mesir, bahkan berlaku juga di IPTA Malaysia. Teruknya sampaikan ada yang menunjukkan pisau dari belakang.

Beberapa tahun dulu sebelum wujudnya saya di dunia ini, ada juga kes seperti ini berlaku. Saya tanya umi tentang hal ini.

“Alah biasalah perkara tu. Dah menjadi adat di mana mana IPTA.”

Bersatu atau berpecah

Mereka ini isi borang PERUBATAN. Mereka tahu tujuan berpersatuan. Bahkan mereka juga tahu moto PERUBATAN iaitu mengungguli kecemerlangan dan mengerat kebersamaan.

Kalaulah tidak mahu berpersatuan sebab ingin tumpu belajar itu tidak mengapa. Golongan ‘silent study’ ini masih boleh lagi diasuh supaya dijinakkan dengan dunia berorganisasi. Masalahnya adalah golongan ‘silent rat’ ini. Perangai tidak ubah seperti tikus di longkang bawah tanah yang keluar di waktu malam bagi mencari nafkah @ SC.

Marilah bersatu dalam fikrah dan amal. Tiap kerja yang dijalankan sama sama hulur tangan. Janganlah dihulur tangan ke arah musuh dan dihunus pedang ke arah kawan.

Artikel ini adalah pengajaran kepada yang ingin buat SC palsu. Kalau yang sedar insaflah. Kalau masih berdegil juga buatlah apa yang kamu suka tapi jangan sesekali porak perandakan mahligai PCM sedia ada ini.

Satu Fikrah, Satu Amal.

Majulah PCM untuk Mansuriyyin.

Wallahu ‘alam..

Activity in progress :

1. ADHA

2. Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC)

3. Jawatankuasa Pemilihan Calon (JPC)

4. EXAM

Saturday, November 7, 2009

dah edit

Sunday, November 1, 2009

Sedih bercampur geram.

http://1.bp.blogspot.com/_ETI9hjXn7q8/SjZxctWS-CI/AAAAAAAAAEs/Wkga0GyLZuQ/s320/ikhtilat.jpg

“Ada kawan ko ni tiap minggu keluar dating. Awek dia UITM. Sanggup datang jauh nak jumpe awek dari Gombak ke shah alam.”

“Sorang lagi tu tiap2 kali dating mesti tukar awek. Minggu lepas aku jupe kat klcc bawa awek lain. Semalam aku jupe kat time square bawa awek lain pulak. Minggu depannya taktaula aku dia nak kebas kat mana pulak ”

“Cube tengok gambar ni. Tak Nampak ke kawan kamu tu dengan pelakon. Atas meja tu ada arak.”

“Aku ingatkan gosip tu budak ni main main je. Rupa - rupanya bila aku terbuka mesej kat handphone dia memang betullah.”

“Ko tengok je biasa – biasa. Tapi kalo ko nak tau sebenarnya, sume budak university ada pengalaman.”

“Patutla senyap je dalam bilik. Ingatkan cakap dengan mak atau ayah tapi rupa rupanya tengah lepas rindu dengan buah hati lain.”

“jomla teman aku jupe budak pompuan ni. Aku tak biasalah sorang2.”

Perit telinga mendengar. Sakit juga mata bila terserempak kawan sendiri bersama perempuan ajnabi samada secara live, YM, facebook atau handphone.

Blog inilah tempat terluahnya perasaan sedih bercampur geram yang terpendam lama dalam hati. Cukuplah kawanku!

http://ummuumar90.files.wordpress.com/2009/08/8.jpg