Tuesday, September 29, 2009

Book Review : Belajar dari Para Wali

http://1.bp.blogspot.com/_Z7cSNq8aE34/Se5rXzitpaI/AAAAAAAAA6c/L9mFVzx8JHI/s400/Buku+Belajar+Dari+Para+Wali.jpg

Punyalah banyak buku hendak dibaca. Tak sempat habis baca satu buku, belek buku lain pula. Sampailah akhirnya terjumpa buku ini. Baca cerita pertama terus duduk diam sampailah habis baca hari ini.

Banyak buku tentang sejarah dan tamadun Islam. Tapi kebanyakannya membosankan. Fakta yang memberatkan fikiran pembaca. Susunan tidak diolah dengan baik. Akhirnya pembaca mengambil masa berhari hari untuk membaca. Kalau yang tidak minat terus menjadi fobia dengan buku sejarah.

Buku ini mengisahkan tentang kehidupan para wali. Bila dengar cara bercakap para wali memang orang akan menganggapnya orang gila tapi itulah sebenarnya darjat tinggi di sisi Allah yang dikurniakan kepada sesiapa Allah kehendaki. Terdapat 28 kisah di dalamnya. Antara wali yang diceritakan adalah ibrahim bin adham, raja balkh yang meninggalkan takhtanya kerana ingin beribadah kepada Allah selama 9 tahun.

Penulis seperti Wan Ji Wan Hussin, Abdul Latib Talib dan Hasrizal Abdul Jamil pandai menggunakan pena dakwah dengan cara bercerita. Kalaulah diberi pilihan buku yang hendak dibeli pasti ramai akan memilih mencari buku yang ditulis penulis di atas.

3 minggu sahaja

3 minggu genap sudah saya bermalam di Negara panas lembap ini. Dari 8 hingga 30 september. Pelbagai peristiwa manis dan pahit telah saya lalui. Banyak cerita dan pengajaran diperoleh.


“3 minggu je ko balik. Sekejapnya.”


Ramai tidak percaya dengan tempoh kepulangan saya ke Malaysia. Terlalu singkat. Sampai rumah, tidur makan, tolong ayah dan ibu lepas itu balik semula ke Mesir. Itu saja. Tiada masa diluangkan untuk berjalan dengan kawan lama, bercuti di Malaysia, attachment di hospital dan lain lain. Buka kelip mata, esoknya sudah bernagkat ke Mesir. Baik duduk di Mesir sahaja.


Itulah tanggapan orang dengan hanya 3 minggu sahaja. Tapi dalam tempoh itu, banyak saya telah manfaatkan. Sengaja saya pilih tarikh pulang selepas hari raya supaya dapat bertemu dengan saudara mara. Sengaja saya pilih cuti aidilfitri yang mana cutinya di Malaysia kalau bagi pelajar dan pekerja swasta selama 5 hari dan kalau yang kerja kerajaan cutinya selama seminggu. Inilah masa paling sesuai untuk berjumpa kawan lama. Ini semua adalah pengajaran yang diperoleh ketika pulang


Ke Malaysia pada tahun 1 dulu. Waktu itu saya bercuti selama 3 bulan tapi berapa kerat sahaja saudara dan kawan yang saya sempat berjumpa. Itupun saya terpaksa berjalan jauh ke univerisiti mereka semata – mata untuk bersempang mata dan merapatkan lagi hati yang semakin jauh.


3 minggu bukanlah suatu tempoh yang singkat. Bila orang kata saya balik sekejap terkadang rasa sedih juga kerana tidak dapat merasakan kenikmatan berada lama di Malaysia. Tapi bila difikirkan semula kenapa mahu duduk lama di Malaysia. Kenapa tidak hanya 3 minggu sahaja atau lebih sekejap dari itu seperti yang dilakukan kawan saya yang hanya balik seminggu saja kerana urusan penting.


Hati tenang bila kembali kepada asal. Hati juga suka kepada keselesaan. Itulah antara sebab kita pulang ke Malaysia. Kembali kepada asal untuk berjumpa dengan kawan lama saudara mara. Selesa kerana tangan yang selalu basuh pinggan di Mesir ditukar shif kepada tangan tukang gaji di Malaysia.


Pulang ke kampong bukanlah hajat kita sahaja. Ibu bapa di kampung juga berhajat menanti kepulangan anaknya. Menjelang aidilfitri ada saja iklan kreatif di televisyen memaparkan tentang kesedihan ibu atau ayah menunggu kepulangan anaknya yang berjauhhan. Pilu melihat iklan tersebut. Terasa bagai panah tembus pada hati sendiri kerana belajar di perantauan yang terkadang lupa kepada ibu dan ayah di sana.


Itulah 2 sebab penting pulang ke kampung. Namun begitu alasan di atas tidak boleh digunakan untuk berada lama di Malaysia. Kalau duduk lama di Malaysia hanya perkara yang sama dilakukan setiap hari lebih baik duduk di Mesir cari syeikh belajar kitab. Kalau tidak suka belajar kitab, pergilah merantau mana – mana hayati sejarah para nabi terdahulu. Begitulah juga kalau duduk di Mesir hanya tidur dan makan sahaja baik tidak perlu datang jauh untuk belajar di Mesir.


P/S : Banyak kerja masih tertangguh di Mesir dan Malaysia. Ada lagi barang yang masih belum dihantar pada kawan. Nampaknya kenalah pangjangkan cuti. Tapi kalau macam itu, kesianlah kerja di Mesir sana. Laporan masih belum siap lagi.Hm..

Monday, September 14, 2009

Perjalanan jauh



Suasana masyarakat kini

Melihat kepada suasana masyarakat sekarang, mata menjadi berat memandang. Hakikatnya berat lagi bahu memikul. Mulut pendakwah muda sentiasa saja celupar mengatakan mereka yang rosak ini teruk, tidak pandai dan segala hamburan keluar. Kalau dituju Times Square terutamanya pada hujung minggu, ramai pelajar sekolah rendah dan menengah bersama kelompok rakannya meluangkan masa di sana dengan melepak walaupun pada bulan ramadhan. Ketika melawat di Kinokuniya, segelintir daripada mereka tidak berhenti mulut murainya. Terpalit arang kemaluan dengan perangai pelik melayu hari ini. Manusia bermata sepet yang masih budak pun tahu erti diam di tempat awam. Ketika meyelusuri jalanraya pada waktu malam di sepanjang padang merdeka Shah Alam, masih ramai lagi remaja lelaki dan perempuan berdua-duaan di bangku melayan kerenah nafsu. Masjid negeri di sebelah hanya mampu memerhatikan perangai melayu kini. Pokok dan air tasik yang sedang berzikir memuji Allah di Taman Shah Alam sedih melihat diri mereka dicemarkan dengan pelaku tidak bermaruah ini. Ketika melihat pemandangan di sekitar KL, jarang sekali boleh ditemukan perempuan melayu yang kenal erti warisan melayu. Seluar jeans beserta baju ketat dan tudung segi tiga itulah pilihan mereka. Aksi Catwalk mereka mengundang panahan tajam hati bergelojak disekelilingya. Di manalah gadis melayu yang luhur pemikiran dan ilmunya. Kalau di universiti nisbah baju kurung dan baju tempurung sama sahaja. Otak memutar fikiran, kalaulah hendak dikatakan mereka yang memakai kain ala kadar ini kerana tiada ilmu tidak juga. Yang intelek tinggi pun masih dicucuk minda mereka dengan pemakaian ala penjajah ini. Ketika di pasar seni, sayu hati memandang sekumpulan budak sekolah rendah duduk bertinggung atas batu di tepi stesen bas membuka plastik besar melihat baju raya yang baru dibeli. Tiada ibu dan bapa menemani mereka. Berdikari itulah prinsip hidup mereka. Berbekalkan kesungguhan yang dipinjam daripada sahabatnya mereka jadi tabah menempuhi hidup di kotaraya. Ketika pulang dari solat terawih di masjid negeri Shah Alam, tersentak hati bila terlihat pakcik tua dengan selambanya menyalakan mancis membakar putung rokok. Mercedenya beserta dengan deretan kereta import ditepi jalan sepanjang masjid seolah dikaburi dengan perangai cabul pakcik ini. Bukan pakcik ini sahaja. Esoknya kejadian sama juga berlaku cuma orangnya muda sedikit.

Kenapa dilihat saja

Dakwah itu susah. Dakwan itu bukan mudah. Mengajak manusia berbuat baik susah jikalau sejak kecil lagi didikan mereka tidak dijaga dengan rapi. Sikap mereka sedari kecil lagi umpama paku yang terbenam dalam ke dasar kayu. Tidak mustahil untuk mencabutnya cuma mengambil masa yang lama. Ibu bapa mencorakkan mereka mengikut akal mereka. Kalau pemikiran ibu bapa sekular maka sekularlah pendidikan anaknya. Dakwah juga akan bertambah payah jika pendukungnya sendiri tidak mempunyai akhlak contoh kepada masyarakat. Bahkan akan meruncingkan lagi kerja dakwah kerana perspektif negatif daripada masyarakat sekitarnya. Pendakwah tiada duit. Setiap kali ceramah, pasti akan ada budak suruhan membuka kantung beg meminta sumbangan. Kerajaan pula sentiasa buat sekatan dengan kuasa polis tapi bila mereka punya majlis ‘on’ saja.

Perjalanan jauh

Usaha mendidik masyarakat sekitar amat susah. Tapi perkataan susah itu hendaklah ditepis jauh dan diganti dengan perkataan senang supaya motivasi mudah digapai. Tidak ku jangka Malaysia itu anak buah Mesir dari segi gejala sosial. Bukan 2 negeri ini sahaja gejala sosialnya parah. Setiap Negara ada cara tersendiri gejala sosialnya. Thailand dengan industri pelacurannya. Indonesia dengan kumpulan ganyang Malaysianya. Jepun dengan perlumbaan haram. Banyak kegiatan pelik dan tidak bertamadun di mana sahaja. Siapakah yang akan mendidik mereka semua ini. Pendakwah dan para ilmuan semakin lama semakin sedikit. Yang masih ada, hati mereka sangat cekal dan tabah mengharungi cabaran ini. Walaupun usaha mereka bagai ribut taufan tapi kesannya seperti menunggu ayam bertelurkan itik. Usaha memerlukan kesinambungan generasi pewaris oleh itu janganlah dikau kecewa dan berputus harap di tengah jalan akibat keputusan yang tidak seberapa. Pasti akan menyambut panji kamu jikalau mati menyusuli kamu. Rantaian ini pasti tidak akan terputus. Jalan yang kamu tempuhi bukanlah dari Syaimak ke Tir’ah tapi ia adalah suatu perjalanan yang jauh.

Coretan jalan-jalan KL dan Shah Alam

Wednesday, September 9, 2009

Review - Subky latif : Istimewa Terkenang

http://2.bp.blogspot.com/_sS1Denm8hLg/Sisdd8ohGKI/AAAAAAAAAfU/zwlVrSuIRIE/s320/subky.jpg
Penuh dengan sejarah yang asli, bersih dari penyelewengan dan sesuai untuk penggemar sejarah melayu. Ia adlaah koleksi 29 artikel dari akhbar SIASAH Berikut adalah beberapa petikan daripada buku ini.

"Saya melihat Dr Burhanuddin Alhelmy menyampai ucapan dasarnya sebagai yang dipertua agung PAS. Beliau mengira kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO itu adalah separuh masak iaitu tidak menjamin masa depan orang melayu dan masih mengekalkan pengaruh penjajahan
British di Tanah melayu. Pandangannya disokong oleh Datuk Onn Jaafar, beliau pula mahu kemerdekaan itu ditangguhkan dulu sehingga dipastikan menjamin masa depan orang melayu."

"Dua jam kemudian beratus ratus pelajar melayu keluar dari bilik solat, memang mereka mendirikan fardu jumaat di situ,bilik solat dapat menampung pelajar yang ramai itu. Rupanya mereka berbisik mengarahkan pelajar Islam ke bilik itu untuk membincangkan politik dalam negara. Mereka dapat berbincang terus dan dapat menghindar perkauman yang boleh menyentuh kaum lain. Rupanya dalam keadaan terdesak orang mencari tempat solat untuk membincangakan isu politik"

"Orang kelantan terkenal tebal perasaan kenegeriannya. Di mana mereka berada mereka berkumpul sebagai satu komuniti sesama mereka. Tetapi dalam kefahaman poitik Islam, pengundi kelantan mengutamakan perjuangan islam, menerima calon luar dan menolak calon lawan walaupon dia adalah orang tempatan dan dalam kalangan keluarga terdekat"

"Katanya saya mengundi di depan pegawai. Tetapi prebet hassan bukan mengundi untuk dirinya. Hari itu dia diberi tugas untuk mengundi bagi pihak pengundi pengundi yang terdiri daripada askar dan keluarga askar yang namanya ada dalam buku daftar pengundi kawasan itu. Dia diberikan beberapa buku kertas undi. Arahan yang disampaikan kepadanya ialah pangkah pembangkang 10 peratus. Yang lain semuanya untuk UMNO. Perbuatan itu salah, tetapi diperintahkan membuat kerja salah."

"Apabila penjajah sepanyol keluar dari filipina, orang filipina sudah tidak lagi menjadi orang islam mereka sudah bertukar agama . Hanya sebahagian kecil di sebelah selatan masih beragama islam. Mereka sedang berjuang untuk membentuk wilayah islam untuk mereka. Di Indonesia pula apabila Belanda keluar rakyatnya tidak lagi 100 oeratus Islam. Dalam sebuah rumah terdapat penganut berbagai agama, Bagaimanpon majoritiya adalah Islam. Tetapi di tanah Melayu, penjajah inggeris keluar tanpa upaya menjadikan orang melayu mengikut agamanya. Orang melayu berjaya melalu ujian penindasan dengan mengekalkan rekod orang melayu 100 peratus islam."

Sunday, September 6, 2009

Speechlesss in between grief and happy

"Balik bila?"

"8/9 ni."

Ramai yang bertanya bila saya akan pulang ke Malaysia. Tiap kali ditanya terasa begitu terharu sekali masih ada lagi ingatkan diri ini walaupun saya jarang bertegur sapa dengan mereka tapi mereka masih tidak lupa kawannya yang sedang belajar di perantauan ini.

"Kalau balik tu bawala buku dari PMRAM."

Ramai yang suruh kirim barang. Jubah, kopiah, baraka, dan segala benda yang nampak Islamik. Tapi dalam banyak - banyak pesanan, barang di atas adalah yang saya pelik dan suka. Pelik kerana berbeza dengan orang lain dan suka kerana inilah golongan yang akan mewarnai Islam dengan ilmu dan amal bukan dengan hanya fizikal sahaja yang gah dengan Islam.

"Balik nanti pergilah ceramah kat masjid. Jangan asyik perhabiskan beras saja atau melepak tak buat apa - apa"

Beratnya tugasan ini. Ilmu di dada seperti kelopak air dan amalan pula sangat sedikit. Inikan pula hendak berceramah.

"kenapa nak balik?"

Soalan ini paling susah hendak dijawab. Terkelu lidah hendak menjawab.Entahlah kenapa. Ramai orang suka balik Malaysia tapi segelintir sahaja yang minat tinggal di Mesir musim cuti. Mungkin sebab hendak berjumpa ibubapa. Mungkin juga disebabkan Malaysia lebih enjoy. Ada KLCC, Megamall dan banyak shopping complex. Mesir ada apa. City Star saja. Itupun jauh dari Mansura.

Selamat pulang Mesir dan Madrasah Imam Nawawi.

Tuesday, September 1, 2009

8 things


Suatu kisah si guru bertanya pada si murid



"Kamu ni dah belajar lama dengan saya. Apa yang kamu dapat sebenarnya dari saya?" Tanya guru

"8 things" Jawab murid selamba.

"Pertama, aku melihat manusia ni ada benda yang mereka suka tetapi apabila kubur memanggil maka terpisahlah dia dengan benda kesukaannya. Oleh sebab itu aku telah menjadikan amalan baikku adalah benda kesukaanku agar aku dapat membawanya bersama dalam kubur.

Kedua, aku melihat pada firman Allah 'Dan adapun orang yang takutkan kebesaran tuhannya dan dia menahan dirinya daripada menurut keinginan hawa nafsunya'.
( AnNaziat : 40 ). Maka aku telah bersungguh menahan nafsuku supaya senang untukku beribadah kepada Allah

Ketiga, aku melihat seseorang itu sangat menjaga barangannya kerana nilainya yang tinggi, kemudian aku renung pada firman Allah 'Apa yang ada pada kamu akan habis dan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal' ( AnNahl : 96 ), Oleh itu, setiap kali aku mendapat barangan berharga aku akan sedekahkannya supaya nilainya kekal di sisiku ( pahala berterusan sehingga akhirat )

Keempat, aku melihat manusia apabila memilih sesuatu ( berkahwin, berkawan dll ) mereka akan menilai pada harta, pangkat dan keturunan sedangkan itu semua tiada guna langsung. Kemudian aku perhati pada firman Allah ' Orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang bertaqwa' ( AlHujuraat : 13 ), Maka aku bersungguh beramal dalam ketaqwaan agar aku mnejadi orang mulia disisiNya.

Kelima, aku melihat manusia saling dengki mendengki, kemudian aku melihat pada firman Allah 'Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan di dunia ini' ( AzZukhruf : 32 ), Lalu aku meninggalkan hasad

Keenam, aku melihat manusia saling musuh memusuhi, kemudian aku melihat pada firman Allah 'Sesungguhnya syaitan adalah musuh nyata bagi kamu maka jadikanlah dia sebagai musuh kamu' ( Fatir : 6 ), Maka aku tinggalkan permusuhan dan mengambil syaitan sebagai musuh tunggalku

Ketujuh, aku melihat manusia sanggup menghinakan diri sendiri ketika mencari rezeki, kemudian aku melihat firman Allah 'Tidak ada sesuatu pon binatang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggun rezekinya' ( Hud : 6 ), Maka aku hanya menyibukkan diri pada benda yang bermanfaat dan meninggalkan apa yang bukan dari urusanku.

Kelapan, aku melihat manusia sangat bergantung pada perniagaan, teknologi dan kesihatan badan mereka, Maka aku hanya berserah kepada Allah apa yang terbaik untukku.

Minhajul Qasidin