Thursday, June 25, 2009

Kisah Musim Panas ( edisi 2 akhir )

Inilah secebis kisah hidup seorang pelajar Azhar yang kuat keazamannya untuk mencari ilmu. Sehari suntuk sarat dengan jadual pengajian. Ini yang berlaku pada musim cuti. Kalau musim kuliah tidak tahulah saya bagaimana teruk lagi mereka pergi mencari ilmu. Realitinya banyak lagi cabaran yang mereka hadapi ketika menuntut ilmu. Cerita ini hanyalah sedikit sahaja yang dipaparkan. Moga semangat mereka boleh menjadi pedoman dalam hidupku seharian.

Kadang - kadang saya pernah nampak mantan presiden PMRAM yang sudah menjadi penasihat sekarang ini pergi ke kelas di masjid azhar. Saya juga pernah nampak Naib Presiden PMRAM pergi ke kelas juga. Sayu saya melihat beliau tertidur ketika sheikh mengajar. Walaupun mereka kuat berpersatuan mereka masih sempat meluangkan masa untuk pergi menadah ilmu. Amat berbeza dengan saya. Selepas kuat berprogram sana sini esoknya tertinggal kelas madrasah imam nawawi

Kadang - kadang juga saya pernah nampak golongan salafi berbalah dengan syeikh tentang hukum itu dan ini. Sampai di luar kelas pun belum habis lagi perbalahan mereka. Akhirnya sheikh tinggalkan dan tidak layan mereka. Situasi yang pelik ini membuatkan minda saya terbuka luas apa yang sebenarnya melanda pemikiran golongan ekstermis ini. Hanya perkara kecil sahaja mereka berbalah. Selalunya saya melihat mereka berbalah dalam internet tapi kali ini saya dapat lihat dengan dua biji mata sendiri mereka berbalah.

Kawan saya pernah menceritakan dewan kuliah mereka sangat kecil. Kalau masuk separuh daripada keseluruhan pelajar satu kursus contohnya syariah, sudah penuh dan padat satu dewan kuliah tersebut. Sebab itulah mereka kalau ingin ke kuliah kena bertolak awal dan sebab itulah ramai yang ponteng kuliah sampaikan PMRAM dalam laman web telah membuat survey bertanyakan 'berapa kalikah kelaziman anda pergi ke kuliah?'

Ada seorang ustaz itu sangat tinggi lagi pengorbanannya. Disebabkkan tidak mahu berhimpit dalam bas dan ingin menjimatkan masa, dia pergi dan pulang dari kelas di universiti Azhar menaiki teksi . Tambang pergi balik 20genih dari hayyu sabi' ke universiti. Tiap - tiap hari dia buat macam itu. Bayangkanlah berapa banyak wang telah dia habiskan semata - mata ingin pergi menuntut ilmu.

Bila aku melihat kondisi pelajar Azhar dengan pelajar perubatan seperti aku ini banyak bezanya terutamanya ketika musim cuti ini.
Tika mana aku bergoyang kaki tengok filem dan bermain game di rumah, mereka meredah terik matahari pergi mencari ilmu untuk dijadikan mutiara permata kepada umatnya. Tika mana ku banyak boros berbelanja, mereka merintih kesedihan tiada duit untuk beli kitab. Tika mana aku malas hendak ke kuliah kerana kepanasan atau kesejukan yang melampau mereka masih punya kekuatan untuk menghadapi kesemua itu. Tika mana aku merungut perjalanan ke universiti sangat jauh, mereka yang jauh lagi perjalanan ke universiti sanggup berkorban duit menaiki bas atau teksi ke kuliah Sedangkan bila aku fikir semula, status aku dengan mereka tiada bezanya. Masing - masing adalah penuntut ilmu. Setiap masa menunutut ilmu tidak kira musim cuti atau musim kuliah. Kebanyakan yang mereka belajar adalah fardhu 'ain yang mana aku pun kena belajar juga. Tetapi, kenapalah diriku yang malas ini tidak mendapat hidayah atau sifat kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu.

Alhamdulillah tahun ini Madrasah Imam Nawawi akan tetap berjalan pada musim cuti ini. Ustaz tidak pulang ke Malaysia dan yang paling menggembirakan adalah dua kitab penting ustaz akan ajar dan perhabiskan dalam musim cuti ini. Kitab hadis dan Kitab adab seharian. Antara kitab penting yang perlu dipelajari oleh orang Islam sekarang ini.

Tambahan pula, Universiti telah mengeluarkan borang attachment bagi sesiapa yang ingin mencari pengalaman bekerja di hospital. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran sebenar bekerja di hospital dan juga dapat mengisi masa lapang cuti ini untuk pelajar Mansurah. Aktiviti PCM pun semakin banyak seperti karnival keluarga. Semoga kita dapat sama - sama mengisi masa lapang cuti ini dengan perkara berfaedah.

**************

Cerita bermula...sambungan dari edisi 1

Aku pun berfikir hendak isi apalah pada musim cuti ini. Kerja mencari rumah untuk pelajar blok A hampir selesai. Kebanyakan daripada mereka sudah pun menjumpai rumah dengan usaha mereka sendiri.

Tiba - tiba terlintas di fikiranku wajah rakanku penuntut kuliah bahasa arab Universiti Azhar Kaherah. Sebelum ini aku pernah bertandang ke rumah mereka. Berbual dengan mereka. Macam - macam perkara kami berbual bermula dari alam persekolahan sehinggalah sampai di bumi anbiya' ini.

Dalam banyak perbualan, aku sangat tertarik tentang pengajian mereka yang penuh dengan rintangan di Mesir ini.

"Baru ni aku gi belajar nahu dengan ustaz patani kat satu umah hujung sana tu. Best betul dia ajar" kata seorang kawan saya

"Kenapa ko tak ajak aku?" kata seorang lagi kawan aku.

"Aku baru saja masuk. Saja nak cuba - cuba. Itu pun kawan patani aku ajak." Jawab dia.

"Belajar sorang la ko ni. Pahni kalo ko tak ajak aku memang nahas la ko. Aku pun nak gi juga" Gertak dia. Sungguh sekali dia ingin belajar sampai gertak kawannya begitu sekali.

"Bagus la korang sume. Memang tak berhenti belajar . Nampak jelas perbezaan antara aku yang malas belajar ini dengan korang." aku menyelit

"Belajar la Jak sementara tanah bumi tak menimbus tubuh kita dan sementara ko ada kat mesir ini. Nanti balik Malaysia, tak dapatla nak baca kitab arab dan jupe sheikh arab kat cni. Ko sangat beruntung Jak dapat datang sini dengan pinjaman JPA. Kami ini semua rata - ratanya terpaksa mengorek duit poket sendiri untuk sampai di sini. Di sini ramai ustaz dan ulama boleh ajar. Walaupon ko blaja medik, tapi ilmu fardu ain lain janganlah kamu ketepikan. Kan banyak perkara baru kat dunia ni jadi banyaklah hukum yang mesti kita tahu. Kalau kita buat satu benda tidak tahu hukum, berdosa Jak." Panjang lebar dia ceramah. Bosan rasanya mendengar.

"Aku pun belajar gak fardu ain kat mansurah sana tu. Ada ustaz ajar." jawab aku.

"ooo...ada juga ustaz ajar kat sana. Tapi banyak ke pengajian kat sana? Aku tengok ramai pelajar Mansurah dan muhafazah lain terpaksa datang sini untuk belajar sebab mereka kata dekat sana kurang kelas pengajian." balas dia semula.

"Memang tak banyak pun. Nak wat camane. Ustaz tu saja yang boleh mengajar..Kalau nak belajar dengan sheikh arab tak faham pula. Pelajar agama yang lain pula merasakan diri mereka masih kurang ilmu untuk mengajar." Jawab aku.

"Sebab tu lah ko kena datang sini. Ko tahu tak setiap BAKAN ada wat kelas pengajian. Daripada pagi sampai malam. Macam - macam ustaz ajar. Presiden sendiri turun nak pergi mengajar. Adalah lebih baik jika ko belajar dengan ramai ustaz. Baru terbuka sikit fikiran. Kalau belajar dengan seorang ustaz saja takut jadi taksub pula." Balas lagi dia dengan sedikit pedas. Marah saya bila mendengar perkataan 'taksub'

"Aku mana ada taksub dengan ustaz yang ajar aku tu. Sebelum ni pun aku ade gi belajar dengan sheikh arab. Tapi sebab dia baca kitab tinggi jadi aku malas nak pergi sebab aku ni baru peringkat permulaan. Kelas yang DPM buat pun kejap ada kejap takde. Bila ada program saja mesti batal kelas. Lepas tu bila mula sesi baru tuka kitab baru. Padahal kitab lama tak habis lagi belajar. Sebabnya ustaz yg mengajar tu sudah balik dan beberapa sebab lagi yang tidak boleh diterima." jawab saya sedikit marah pada DPMM

"Memang sudah tiada alasan dah ko nak cari ilmu kat Mansurah sahaja. Jomla cari lebih lagi ilmu fardu ain kat cni. Tau hukum itu dan ini. Kalau nak berharapkan DPM buat kelas secara konsisten dekat Mansurah tu memang tunggu ayam beranak itik la. Ulama dulu bersusah payah nk cari ilmu sampai merantau macam imam syafie."

"yela2. Nanti kalau aku rajin aku pergilah belajar di Kaherah sana tu. Doakanlah aku dapat hidayah ni untuk keluar cari ilmu luar Mansurah ni"

"Datanglah musim cuti nanti. Aku tahu ko pelajar medik sibuk musim kuliah. Tapi bila musim cuti aku perhati pelajar medik ni merata - rata takde kerja manfaat mereka buat. Ada dok merantau sana sini hanya tujuan untuk enjoy. Ada duduk rumah tengok cerita memanjang. Ada duduk main internet saja dalam rumah sampai jadi internet addicter. Mudah ceritanya mereka ini terperap saja dalam rumah musim cuti. Aku tahu sume ni dari kawan medik aku duduk kat hayyu samin tu. Dia tu bagus. Walaupun pelajar medik tapi masih lagi pergi belajar kat RKB sana tu musim cuti."

"Tengoklah dulu. Kalau ustaz yang selalu ajar aku tiap pagi kat mansurah tu balik aku ikutla korang." jawab saya selamba. Malas sudah hendak layan ceramah mereka. Walaupun ceramahnya membosankan ia sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada aku. Inilah pentingnya bila ada kawan belajar agama. Selalu sahaja tegur menegur

"Ko ingatlah satu hadis ni sempena musim cuti nanti 'diri kamu bila tak disibukkan dengan perkara baik akan disibukkan dengan perkar jahat.'"

Termenung aku dengar hadis yang dia bacakan itu. Sebelum ni pun ustaz selalu bacakan ayat itu dalam kelas. Itulah antara ilmu yang telah ustaza ajarkan pada aku dan aku kena amalkan. Mahu tidak mahu aku kena berpegang dan beramal dengan hadis itu pada musim cuti ini yang mana banyak masa kosong tidak diisi dan dibuang dengan benda - benda tidak berfaedah.

Bermulalah kisah pengembaraanku mencari ilmu. Berjaya juga kawan aku ni mengajak aku merantau mencari ilmu di bumi Kaherah ini hanya dengan sepotong hadis itu sahaja. Syukur aku mendapat kawan sepertinya. Ada hadis berbunyi " agama seseorang itu bergantung pada agama rakannya". Kalau baik rakannya maka baiklah dia tapi kalau rosak kawan dia maka rosaklah dia..

*******************
http://ocw.nd.edu/arabic-and-middle-east-studies/islamic-societies-of-the-middle-east-and-north/Lecture%205.html/Al-Azhar%20University.gif
Masjid Azhar

Sabtu, 10 pagi

tuk tuk tuk

"Assalamualaikum" tiga kali ku memberi salam barulah ada orang buka. Lama betul menanti pintu Rumah Kelantan Lama ini hendak dibuka.

"Waalaikumussalam." Buka juga pintu akhirnya. Orangnya tinggi dan mukanya putih berseri beserta dengan janggutnya yang lebat memang menampakkannya seperti bakal seorang ulama. Di tangan kirinya memegang kitab. aku pun tidak tahu kitab apa yang dipegangnya tapi aku sangat kagum dengan penampilannya. Sampaikan hendak buka pintu pun masih lagi memegang sebuah kitab.

"Nak jumpa siapa" Tanyanya ramah.

"Zul ada." aku menjawab

"Ada saja. Jemputlah masuk dulu. Zul ada dalam bilik. Tidur kot. Takpe. Masuk saja bilik dia. Dia tidak kisah pun."

"Terima kasih ustaz." Aku melangkahkan kaki masuk ke rumah kelantan lama.Sudah sekian lama aku tidak menziarahi rumah itu kerana kesibukan peperiksaan selama 2 bulan.

"Itu bilik dia. Masuklah. Jangan malu. Buat macam rumah sendiri. Kejutla dia. Ana rasa dia suruh kejutkan pukul 10 nanti sebab katanya dia ada kelas di masjid azhar. Anta tolong kejutkan dia ya. Jam sudah tunjuk pukul 10 lebih sikit tu. Ana lupa nak kejut dia. Ghalib sangat baca kitab. Nasib baik anta datang. Teringat ana kat dia. Oklah, ana nak gi sambung baca kitab sikit ni. Minta diri dlu" Terangnya panjang lebar sambil menuding jari ke arah satu pintu.

"Baiklah ustaz." Jawab saya. Lembut dan sopan santun sekali ustaz itu. Memang lengkap dengan segala sifat dan ciri pendakwah pada diri dia.

"Assalamualaikum." saya buka pintu perlahan - lahan

"Terbongkang lagi kawan aku ni. Zul bangun. Pukul 10 lebih sudah ni. Ada housemate ko soh aku kejutkan." aku goyangkan badannya beberapa kali.

"Eh, Jak. Lama dah ke datang? Kenapa tak telefon aku dulu nak datang?" Berkelip - kelip mata dia memandangku dengan muka baru bangun tidur.

"Baru saja datang.Lupa pula nak call. Takperla. Asalkan sampai dah umah ko. Eh, housemate ko cakap ko ada kelas kat masjid azhar lepas ni?" Tanya saya

Dia segera melihat jam pada telefom bimbitnya " Aduh. Lewat lagi. Selalu macam ni." dalam kekalutan dia bingkas bangun dari katil mencapai kain tuala membersihkan diri bagi mempersiapkan diri ke masjid azhar.

"Jak, jomlah ikut aku sekali pergi kelas kat masjid azhar. Syeikh sedap ajar petang ni. Kitab Sahih Bukhari.Doktor perubatan pula yang ajar tu." Jelasnya padaku sebaik sahaja keluar dari bilik air.

"Aduh. Aku datang Kaherah ni niatnya nak belajar kitab mudah saja kat BAKAN tapi ko ajak aku gi masjid azhar pula. Susahlah nak faham. Dahla kitab besar pula tu. Kalau sheikh cakap ammiah lagi nayalah aku dibuatnya time kelas nanti"

"Takpe. Ikut je aku. Ko dengar saja jadi dah. Kalau tak faham tanya la aku balik nanti. Lama - lama nanti ko akan faham juga. Aku mula dulu camtu juga. Tak faham satu habuk sheikh cakap. Tambah pula sheikh cakap ammiah memanjang. Tapi lama kelamaan faham juga aku lepas rajin bertanya pada abang senior maksud perkataan itu dan ini. Ko ni tinggal sini lebih setahun dari aku tak boleh lagi faham ammiah. Malula. Kalau ko nak pergi kelas kat BAKAN petang ni mana ada. BAKAN buat waktu pagi dan malam je. Biasalah melayu kan lemah. Petang tidur je sebab panas." Sindir dia kat aku. Dalam keadaan terpaksa aku pun ikutlah dia.

*********************************

Pukul 11 pagi

"Babul hadiyyah....." Syarah sheikh panjang lebar tapi dua kalimah pertama itu sahaja yang aku faham. Memang sangat ramai orang datang pengajian sheikh ini. Siap ada rakaman video lagi ketika kelas berjalan untuk tujuan dijual. Gaya sheikh tu memang seperti seorang doktor dengan kot dan seluar hitamnya beserta tai merahnya. Kagum aku dengan penyampaiannya. Walaupun bekerja sebagai seorang doktor yang mana kerjanya sangat sibuk sekali sempat lagi dia meluangkan masa untuk medidik masyarakat arab mesir ini.

"Sodakallauhul 'Azim.." selsesai sudah pengajiannya tepat ketika azan zohor berkumandang. Hanya 4 perkataan ,mula dan akhir saja yang aku faham sepanjang kuliahnya selama dua jam. Ditambah pula dengan tiada kitab memang susah untuk aku fokus pada pengajiannya. Aku hanya menumpang melihat buku kawan aku sahaja. Semua pelajar bersurai. Ada yang pergi merehatkan badan di tepi masjid, ada yang pergi mengambil wuduk dan ada yang solat sunat sementara menunggu iqamah. Ada juga yang orang yang sudah bekerja dan orang tua hadir ke kelas sheikh tersebut.

"Lepas ni nak gi mana?" Tanya aku pada zul sebaik sahaja selesai solat zohor berjemaah.

"Aku ada talaqi quran kat masjid husein. Nak ikut sekali?" Tanya dia padaku. Bagus sungguh kawan aku ni. Sentiasa mengajak.

"Tak kot..Letih lah" Jawabku. Perjalanan dari Mansurah ke Kaherah pagi tadi sudah menampakkannya kesan negatifnya pada tubuh kecilku.

"Letih dah. Macam mana la nak jadi pejuang Islam ni setakat belajar dua jam sahih bukhari letih da." Sindir lagi dia kat aku. Aku suka pada sindirian dia dan dia pula suka menyindir kat aku. Kawan sejati yang sentiasa memberi kritikan membina bukan hanya memuji sampai tenggelam kawan dengan pujian.

"Habis. Macam mana sekarang? Takkan ko nak tinggalkan aku sorang je kat masjid ini? Dahlah aku baru je berapa kali gi masjid ini." Runsing aku ditinggalkan keseorangan. Tambah pula ramai pelajar melayu yang belajar kat masjid azhar ini aku tak kenal. Kebanyakan mereka jarang atau tidak pernah aku temui. Salah aku kerana selalu mengasingkan diri dari masyarakat luar.

"Takper. Ko duduk jer dalam masjid. Tengok - tengoklah jadual pengajian yang ditampal kat papan kenyataan tu. Kalau rajin, pergilah cari kitab yang akan dipelajari kat Darussalam atau maktabah berhampiran. Nak beli tu berhati - hati sikit. Takut terbeli cetakan wahabi punya." Jelasnya pada ku tentang bahayanya membeli kitab kalau tidak bertanyakan orang berpengalaman. Kalau tersilap beli padahlah jadinya.

"Lepak sini je lah." jawabku spontan.

Aku menyandarkan tubuhku pada tiang masjid itu sambil melihat pelajar Malaysia yang lain ada yang sedang mengulangkaji, ada yang membaca, ada yang menghafal quran dan ada yang sedang berbual.

Samibl - sambil aku duduk melihat keaslian binaan masjid bersejarah ini, teringat aku ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke masjid ini. Musyrifku, Ustaz Ziyad selaku yang bertanggungjawab menyelia aku ketika sampai di bumi mesir ini membawa ku bersiar - siar ke masjid ini.

"Inilah tempat pelajar azhar Kaherah belajar." Ulasnya seperti seorang 'tour guider'.

"Mana universiti azhar nya ustaz?" Tanya kawanku

"Tu kat sebelah masjid azhar. Ada tulisan Jamiah Azhar." Terangnya sambil menunjukkan tulisan khat nasakh pada bangunan kuliah azhar

"Kecil sangat kampus dia." Sindir seorang lagi kawanku

"Biasalah. Orang nak belajar agama ni banyak cabarannya. Azhar ni di bawah tangungjawab Kementerian Wakaf. Kalau universiti medik lain di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Jadi takdelah banyak sangat peruntukan kerajaan untuk membangunkan azhar ini.." Sayu saya mendengar kata - kata ustaz. Memang banyak halangan orang ingin belajar agama ini. Pernah saya mendengar baru - baru ini kerajaan Amerika Syarikat menyuruh Rektor Universiti Azhar membuang subjek jihad dalam silibusnya kerana subjek itu seperti duri kecil yang menghalang perancangan jahat Amerika Syarikat untuk menindas umat Islam. Tapi rektor dan sheikh2 azhar lain menolak keras permintaan itu. Alhamdulillah sekarang ini semakin banyak silibus baru dari universiti azhar yang saya dengar dari kawan saya. Kadang - kadang ia sedikit sabanyak memberi bebanan kepada penuntutnya. Tapi itulah realiti perjuangan yang sebenar.

"Ustaz. Susah betul nak sampai sini. Tadi kita terpaksa tunggu bas lama pula lepas tu nak sampai sini dalam setengah jam pula dari hayyu sabi' lepas tu kena berhimpit - himpit lagi dalam bas. Macam ni ke ustaz pergi kuliah tiap2 hari?" Tanya seorang lagi kawan saya panjang lebar. Sudah menjadi kebiasaan apabila sampai di suatu negara ada banyak sahaja benda yang ingin ditanya. Ustaz pula seorang yang sangat peramah dan pandai 'masuk' dengan kami semua..

"Ha. Ginilah kami setiap hari. Redah terik mathari. Peluh badan sampai basah baju semata - mata nak pergi kuliah dan mencari ilmu. Kalau yang lemah semangat tu memang terlantar atas katil je la. Dugaan dugaan. Kalau kamu tinggal sini lama kamu akan nampakla begitu susahnya kehidupan di sini ditambah pula dengan perangai orang arab yang pelbagai. MacamYDP cakap, mesir ni tiga huruf dan setiap huruf ada maksudnya tersendiri. Mim untuk musykilah ( masalah ), sod untuk sabar, dan ra' untuk redha dengan segala masalah." Jawab ustaz. Inilah cara dakwah ustaz yang sangat efisyen. Sambil - sambil berjalan sempat lagi berceramah.

"Allahuakbar...Allahuakbar." Tersedar aku dari lamunanku. Sudah masuk waktu asar rupanya. Tidak sangka lama sungguh aku termenung. Aku mencari Zul dan terlihat dia sudah pun duduk bersila di saf pertama. Aku segera ke tandas untuk membuang air kecil dan mengambil air wuduk.


*****************
pukul 6 petang

"Inilah syeikh yang sangat rajin sekali mengajar. Ramai budak melayu minat dia. Syeikh Ahmad Hajiin namaya . Setiap hari dia ajar kat masjid Azhar kecuali hari jumaat kat masjid saiditina aisyah kat kawasan perumahan budak medik." Terang zul kepadaku

"Kitab ape pula kali ini?" tanya aku pada Zul

"Sahih Muslim." Jawab Zul

"Kitab hadis lagi. Takperla. Dengar jerla." Keluh aku. Niatnya ingin belajar fardu ain. Tapi alang - alang sudah sampai masjid azhar ikut sahajalah

"Dah ko datang hari sabtu buat apa. Hari lain banyak je kitab fiqah." balas Zul

"ooo camtu. Nanti aku datang la hari lain pula kalau tak keberatan" jawab aku

"Esok ada belajar kitab syarah Ihyak 'Ulumiddin. Syarah tu bukan Matan. Matan pun dah 2 buku tebal, syarahnya lagilah. 22 jlid rasanya tak silap aku...Tapi tak larat la aku nak beli kitab 22 jilid tu..Kalau ada duit aku beli la." Cabaran dan rintihan yang kali keberapa kali sudah aku dengar dari pelajar azhar. Mengadu tentang masalah kewangannya pula. Tetapi apakan daya mereka, dunia sekarang ini yang menindas dan mengkerdilkan golongan bakal ulama' ini. Biasiswa yang banyak hanya diberikan kepada penuntut jurusan sohor seperti perubatan. Sedangkan jurusan agama memerlukan lebih banyak wang untuk belajar.

"Sadakalluhul 'Azim." Seperti biasa. Itulah kalam akhir dan kalam yang aku faham sepanjang pengajiaannya. Aku sedikit terlena ketika kuliah tadi dek keletihan dari pagi sampai ke petang duduk di masjid tu. 5minit kemudian azan maghrib pun berkemundang

"Lepas ini ada lagi kelas?" Tanya saya lemah setelah selesai solat maghrib berjemaah. Cuaca panas ketika itu memang betul2 menguji sesiapa yang ikhlas pergi menuntut ilmu.

"Pengajian lepas ni lah special untuk ko. Yang ko tunggu sangat. Kat rumah negeri. Semua rumah negeri ada pengajian bermula dari lepas maghrib sampai lepas isyak. Ada juga yang buat selepas solat isya'" Jawab zul

"Time aku letih ginilah baru ada pengajian yang aku faham" Keluh aku.

"Takpe. Aku saje ajak ko gi masjid azhar time ko semangat ni. Kalau ajak time ko lemah semangat memang tak pergi la. Saja nak tunjuk sikit macam mana kehidupan aku seharian di musim cuti ini." Jawab zul

Kami berdua bergegas ke stesen bas untuk pulang ke hayyu sabi' bagi mengejar pengajian di RKB yang akan bermula selepas isyak. Tak sabar rasanya aku hendak mendengar pengajiaan dari ustaz Malaysia selepas 2 pengajian berturut2 dalam bahasa arab ammiah yang aku kurang faham.

"Susah juga nak boleh bas ke hayyu sabi ye?" Tanya aku.

"Memang pun. Kalu ke hayyu 'asyir lagi susah. Ada satu bas jer. Dahla bas tu lama nak tunggu. Sebab tu la budak yang tinggal hayyu 'asyir naik bas ke hayyu sabi' kemudian naik tramco ke hayyu 'asyir." Terang zul kepada ku. Sudah berjuta kali aku dengar kesungguhan dan cabaran mereka pergi menunut ilmu. Puas sudah mendengar. Tiap kali zul menceritakan pasal cabaran ini terbayang aku kehidupan aku di Mansurah yang sangat senang lenang.

Selepas setengah jam atau lebih menunggu, tibalah bas. Terkejar - kejar mereka ke arah bas yang masih belum berhenti itu. Dalam bas, aku lihat ramai yang tertidur dek keletihan belajar dari pagi sampai malam di masjid Azhar. Yang berdiri pun tidak ketinggalan terlena samil memegang tiang pemegang dalam bas. Sayu ku melihat ketabahan mereka mencari ilmu

************************
http://3.bp.blogspot.com/_HFgmOMz29Rc/SRGCLt4xMvI/AAAAAAAAAWI/_b05J1hHX0E/s400/rumah+kelantan+baru.jpg
RKB

Pukul 9 malam

"Aduh, aku lupa. Hari ini ada diskusi kitab dengan Ustaz Jak lepas maghrib" Rungut Zul sebaik sahaja mendengar corong speaker RKB lantang dengan suara Ustaz Jak mendikusikan kitab Keperibadian Imam Syafie' setibanya kami di halaman RKB.

"Tak usah risau. Masih sempat lagi." Segera aku pujuk kawan aku itu yang sangat tidak boleh tertinggal kelas Ustaz Jak. Antara ustaz yang paling lama menetap di Mesir ini dan kini sudah pulang ke Malaysia. Pengajian Master ustaz Jak di universiti Azhar terpaksa diulang semula kerana penyelianya seorang sheikh meninggal dunia baru baru ini. Jadi kalau ustaz Jak ingin cari sheikh baru dia kenalah juga mulakan pengajian baru.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam Dewan Tok Kenali, kawasan duduk sudah penuh dan sesak dengan pelajar tekun mendengar syarahan ustaz Jak. Buku pun sudah habis dijual. Terpaksalah ketua unit dakwah membonceng motosikal ke kedai buku Darussalam membeli beberapa kitab lagi bagi yang masih tiada buku.

Tepat pukul 11.30 malam selesai buku tersebut disyarah. Aku melihat zul sedikit terlena ketika ustaz Jak memberi syarahan. tetapi lain pula dengan aku. Tiba - tiba jadi segar dan bersemangat untuk mendengar kerana pengajiannya dalam bahasa melayu.

*************************
Pukul 12 pagi

Aku bermalam di rumah Zul. Kawan sebiliknya pulang Malaysia. Adalah katil kosong untuk aku merehatkan tubuhku setelah sehari suntuk belajar

"Jak, esok pagi lepas subuh ada baca kitab tauhid kat RKB oleh ustaz Fuad. Kalau ko bangun awal kejutkanlah aku ya."

"InsyaAllah. Ko pon kalo bangun awal kejut aku sekali."

***********************

Jom Belajar!

Sunday, June 21, 2009

Kisah musim panas ( edisi 1 )

Keluar sahaja aku dari dewan peperiksaan ketika ditahun 2 lalu terasa seperti telerai segala rantaian besi yang membelenggu selama dua bulan berturut - turut. Dewan yang berlandskapkan gua bersama dengan bebanan soalan rumit dari setiap subjek betul - betul telah mengajarku erti kehidupan sebenar di dunia ketiga ini. Meja kecil untuk menulis sentiasa terumbang - ambing seperti sampan kecil menongkah arus ombak di tengah lautan besar. Jarak di antara setiap meja sangat dekat sehinggakan yang berhati baik tidak pernah meniru, 'terpaksa' meniru kerana 'terlihat' kertas jawapan orang sebelahnya dengan tidak sengaja. Dua biji mata pengawas berputar seperti bumi mengelilingi orbit memerhati mereka yang meniru. Tapi, apakan daya mereka hendak mengawasi setiap calon yang sangat hampir jaraknya antara satu sama lain. Realiti peperiksaan tahun lepas.

Ustaz yang selalu mengajarku pada setiap pagi di rumah bujang senang sudah pulang atas sebab - sebab mustahak yang perlu diuruskan. Aku bersama pelajar madrasah yang lain teronar memikirkan pengajian yang hendak diisi untuk cuti musim panas ini. Majoritinya balik. Sebilangan besar yang menetap di sini terpaksa menghadapi peperiksaan dur tsani. Tinggallah beberapa insan yang berjaya dalam peperiksaan untuk mengruskan segala kelancaran aktiviti dan program di mansurah ini bermula daripada musyrif sehinggalah kepada persatuan. Bergilir - gilir mereka ini menjadi musyrif bagi yang ingin pulang ke Malaysia. Ammu Magdi dan rakannya tersenyum lebar dek poket jubah yang semakin besar sarat dengan duit pelajar yang pulang hari demi hari.

Madrasah Imam Nawawi sudah pun diberhentikan buat seketika. Ustaz berpesan supaya diadakan satu usrah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari. Tetapi malangnya usrah ini hanya beberapa kali sahaja berjalan kerana komitmen yang kurang dan masing - masing ada kerja tersendiri. Terdetik di hatiku, kalau beginilah perjalanan usrah, bagaimanalah aku hendak mendidik jiwa ini yang sentiasa cenderung kepada kejahatan tambah pula pada musim cuti ini yang sangat kosong. Hati ini akan sentiasa melencong kepada perkara tidak baik apabila tiada perkara hendak dibuat. Ku berfikir...

bersambung...

P/S : "nulis pon nulis gok. pekso pun pekso gok" tegur seorang abang yang selalu mendidikku erti perjuangan supaya fokus kepada ulangkaji dan jangan terlalu ghairah menulis.

Wednesday, June 17, 2009

Mulakan dengan diri kita..


Pada suatu malam ketika majlis penasihat Smart Circle sedang berbincang tentang bagaimana hendak memantapkan lagi unit ini, timbul pelbagai pendapat hendak pilih mana satu sebagai manhaj usrah

"Aku nak pilih falnabdak." kata seorang kawan saya mengemukan pandangannya

"Aku pun nak pilih falnabdak gak. Bagus gile buku dia. Memang sesuai untuk budak di sini." Sokong seorang lagi bersama hujahnya.

"Tapi PERUBATAN dah sediakan manhaj tersendiri. Takkan nak ketepikan begitu sahaja?" Saya cuba pertahankan untuk menggunakan manhaj dari PERUBATAN.

"Tak bolehlah satu usrah ini nak baca itu, satu lagi nak baca yang lain. Jadi tak selari lah. Kita tengok dulu manhaj apa yang paling sesuai." Kata ketua majlis penasihat.

Setelah dikaji dan diteliti apakah manhaj yang paling sesuai untuk golongan peringkat yang kurang ilmu agama khususnya budak Mansurah ini, kami semua sepakat menggunakan manhaj dari PERUBATAN. Tetapi timbul sedikit masalah di sini apabila manhaj dari PERUBATAN itu terlalu banyak dan isinya sangat sukar difahami. Memang tidak mampu untuk dibawa dalam Smart Circle untuk budak hingusan di Mansurah ini. Kalau di Kaherah tidak mengapalah kalau ingin menggunakan manhaj ini kerana rata - rata pelajar mereka berlatarbelakangkan pendidikan agama. Dalam manhaj itu terdapat 4 buku yang mesti dibaca untuk setiap kali SC. Al - quran, hadis 40, kewajipan remaja muslim hari ini dan akhlak mukmin. Setiap buku kalau hendak dibincangkan dalam SC mengambil masa tidak kurang 15 minit. 15 minit kali dengan 4 buku yang hendak dibaca akan mengambil masa selama sejam satu sesi SC. Memang terlentok budak dibuatnya kalau setiap kali buat SC mengambil masa sejam.

Akhirnya setelah difikir dan dikaji dengan mendalam kami sebulat suara mengambil buku kewajipan remaja muslim hari ini oleh Dr Yusuf Qardawi sebagai manhaj utama. Tidak semestinya apabila dijadikan manhaj utama setiap SC wajib membaca kitab ini. Bergantung pada setiap SC.

Kalau naqib dan ahli SC mantap tidak mengapa kalau mereka hendak menambahkan lagi manhaj dalam SC.
Kalau naqib bermasalah tapi ahli SC mantap suruh sahajalah ahli SC membahaskan buku itu. Naqib dengar sahaja kemudian bagi kesimpulan 5 minit pun jadi.
Kalau naqib mantap tapi ahli SC bermasalah , jangan sesekali baca buku itu. Adalah lebih baik diajak mereka ini bersiar - siar atau makan bersama bagi merapatkan ukhwah dahulu disamping berusaha menanamkan minat mereka cinta pada ilmu.
Kalau naqib dan ahli SC bermasalah saya pun tidak tahu ingin lakukan bagaimana. Ada orang kata suruh tendang sahaja naqib ini dan tukar dengan yang lain dengan cara buat SC gabungan. Ada kata buat motivasi atau panggil atau bagi kata semangat pada mereka untuk buat SC.

Budak - budak sentiasa menanti kehadiran abang naqib untuk membimbing mereka dengan kehidupan di Mesir in yang penuh dengan debu maksiat bagi yang kabur hati.
Budak - budak juga sentiasa menanti kehadiran abang naqib sebagai pengganti ayah dan ibu mereka untuk mengasuh dan mendidik mereka.

Itulah hakikatnya masalah SC yang berlaku di Mansurah ini atau mana - mana tempat. Sehinggakan mesyuarat UPI PERUBATAN dari seluruh muhafazah banyak membincangkan masalah SC ini. Ada orang mencadangkan agar Unit SC ini diletakkan di bawah pengerusi seperti unit Hisbah tetapi kalau unit SC ini keluar dari UPI tiadalah sangat kerja UPI ini. Jadilah ianya seperti bahtera yang besar tapi tak mampu berlayar.

Terpesong sikit dari tajuk artikel. Niat ingin menulis ulasan atau poin penting dalam buku falnabdak bianfusina ini yang menjadi rebutan untuk dijadikan manhaj SC. Apakah poin yang menjadikan buku ini seperti mutiara permata bagi yang pernah pelajarinya? Penulisnya, Doktor Majdi Al - Helaly telah memperincikan sifat - sifat generasi kemenangan bagi melawan hawa nafsu ini. Tahukah kamu, setiap saat kamu semua sedang berperang dengan nafsu yang sentiasa cenderung kepada kejahatan?

Berikut adalah sifat generasi kemenangan tersebut. InsyaAllah kalau ada masa, akan disyarahkan satu persatu sifat ini dengan keadaan pelajar di mesir ini yang menyebabkan mereka sukar untuk mengamalkan sifat - sifat ini.

1. menyatukan segala gerak kerja
2. membesarkan syiar Allah
3. bertawakkal kepada Allah dan redha dengan ketentuannya
4. pendek cita - cita
5. kaya jiwa dan berqana'ah
6. pelihari diri daripada maksiat
7. tawadduk
8. merasa hina dengan saudara seislam dan mengasihi mereka
9. merasa mulia dengan orang kafir
10. baik akhlaknya
11. bersahabat kerana Allah
12. mengampunkan mereka yang menzaliminya, memberi kepada yang tidak memberi kepadanya dan menghubungkan silaturrahim kepada yang memutuskannya
13. menahan marah
14. sabar
15. lemah lembut dan tenang
16. menjelaskan yang hak dan berpegang teguh kepadanya
17. amar makruf dan nahi mungkar
18. muhasabah dan bersangka buruk pada diri sendiri
19. pujian dan celaan sama sahaja disisinya
20. menjaga kehormatan diri
21. tidak menghina dan merendakah sesama saudara muslim
22. benar
23. bersungguh dan berazam tinggi
24. pemurah
25. bersederhana dan seimbang
26. warak
27. berkorban di jalan Allah
28. berjihad di jalan Allah
29. sabat pada kebenaran
30. tamak untuk mengenali orang
31. lari dari jawatan
32. tidak berhasad dengki
33. tidak menipu
34. tidak takabbur
35. segera pada benda kebaikan
36. menjauhi perkara larangan
37. berharap kepada Allah
38. melazimi istighfar dan taubat

P/S : Susah juga kalau hendak amalkan semua ini. Sama - sama bermujahadah

Tuesday, June 16, 2009

MALU

Ada orang bertanya kepada saya.

"jak, apa hukum pegang najis?batal wuduk ke?"

"Entahlah" jawab saya

"bole tanyakan ust salman tak nanti. Kan ko selalu gi kelas ustaz salman." Naik darah saya bila dia cakap begitu. Ingin sahaja saya memarahi dia

Inilah KAUM yang malas hendak pergi majlis ilmu. Saya guna perkataan 'kaum' kerana ramai yang tanya saya soalan hukum begini.

Apakah yang menghalang kamu untuk menghadiri majlis ilmu sedangkan imam syafie sendiri sanggup merantau mencari ilmu dari Baghdad ke Mesir. Inikan pula kamu dari istad, galak, samanudi, syaimak, gamaah ke akhir tir'ah. Manakah lebih jauh perjalanan imam syafie dengan perjalanan kita mencari ilmu. Kamu pergi berjaulah yang lebih jauh dan memenatkan boleh pula daripada pergi majlis ilmu yang hanya seciput perjalanan dan tidak memerlukan sedikit pun yuran pendaftaran.

Tidakkah kamu ketahui apabila kamu bertanya menggunakan kabel dari orang yang selalu pergi majlis ilmu ini lebih banyak mendatangkan bahaya?Sama seperti permainan bisik - bisik cerita ketika zaman kanak dahulu. Apa yang dinaqalkan guru kepada muridnya tidak semestinya murid itu ingat seratus peratus. Di situlah bahayanya apabila anak murid ini akan menokok tambah, mengagak dan mungkin menggunakan akal ketika menjawab. Kalau dia ingat seratus peratus apa yang disebut oleh guru itu tiada masalah. Tetapi yang menjadi masalahnya apabila kaum yang suka bertanya dengan kebel ini atau yang seumpama dengannya ini malas hendak pergi majlis ilmu. oleh yang demikian adalah lebih baik jika orang yang suka menggunakan kebel ini rajin - rajinkanlah diri menghadiri masjlis ilmu. Amirul Mukminin, Saidina Umar sendiri telah menyuruh panglima tentera agar menuntut ilmu walaupun sibuk dengan tugasan perang yang sangat besar. Inikan pula kita yang sibuk dengan sezarah peperiksaan sudah terkulai, terbaring, ternganga mulut ketiduran dek keletihan membaca buku anatomy.

Saya pun tidak tahu samada dia tanya begitu saja - saja ingin bergurau atau ingin memulakan perbualan dengan saya ini yang jarang bercakap. Tapi kalau niat dia memang ingin tahu hukum itu dan ini. Saya balas

"Kenapa pula saya yang kena tanya ustaz. Kenapa kamu sendiri tak gi jupe dan tanya ustaz."

"Malulah nk gi kelas. Dahla aku ni jarang gi kelas. Nanti pergi je kelas mesti ramai pandang pelik."

MALU!! Senangnya jawapan.

Inilah orang zaman sekarang, :
- malu hendak pergi majlis ilmu atau solat berjemaah kerana takut orang pandang pelik malu ingin berbuat baik kerana tiada orang menjadi perintis
- malu hendak bertanya soalan kepada orang yang fakih. Hanya berbincang dan berforum tentang sesuatu hukum bersama dengan orang yang jahil tentang hukum itu
- malas hendak mencari ilmu dan guru. Cari melalui internet dan buku sahaja. Sedangkan berguru hendaklah diutamakan dari segala - segalanya.

Rukun ilmu itu ada enam :
1. Bertanya
2. Mendengar
3. Faham
4. Hafal
5. Beramal
6. Sebar
Sumber : Ihya' 'Ulumiddin

Orang yang belajar ilmu agama ini ada 3 peringkat:
1. mubtadik - orang yang baru mula hendak belajar tentang ilmu Islam
*jangan tertukar antara perkataan mubtadik ( 'k' untuk hamzah )( permulaan ) dan mubtadi' ( ' untuk 'ain ) ( Pembuat bid'ah )
2. muktasid - orang yang sudah mempunyai ilmu dan asas - asas kukuh tentang Islam.
3. mujtahid - orang yang sudah mampu mengeluarkan fatwa, hukum dan sebagainya

Kita semua masih berada di peringkat mubtadik. Masih muda dan mentah dalam menimba ilmu - ilmu Islam ini. Masih memerlukan bimbingan guru untuk mempelajari tentang sesuatu ilmu atau kitab. Berlaku kekacauan sekarang, ini apabila golongan mubtadik ini mempunyai ego yang tinggi lalu hanya mencari ilmu dengan jalan pintas. Apakah itu jalan pintas? Membaca buku - buku agama kemudian menafsir dengan otaknya sendiri tanpa ada bimbingan guru.

Contoh 1 : Dia membaca buku wahabi sedangkan dia masih tidak mempunyai ilmu asas dalam Islam. Maka dia akan menerima sebulat - bulatnya apa yang dipaparkan dalam buku tersebut tanpa merujuk kepada guru.

Contoh 2 : Dia membaca buku asas - asas Islam tanpa guru juga seperti hadis, tafsir, nahu, saraf dan sebagainya. Niatnya sangat bagus ingin menambahkan pengetahuan tetapi silapnya apabila dia akan menafsirkan segala apa yang dibaca mengikut otaknya.

contoh bagi contoh 2 tersebut adalah ayat 191 surah Albaqarah yang berbunyi "dosa fitnah itu lebih besar dari pembunuhan". Bagi yang tidak berguru, dia akan menganngap fitnah dalam ayat tersebut bermaksud tuduh menuduh sedangkan maksud sebenarnya adalah syirik. rujuk akhisalman.blogspot.com untuk ketahu lebih lanjut.

Itulah serba sedikit yang saya ketahui tentang golongna mubtadi' ini. Masuk pula kepada golongna muktasid. Golongan ini tidak mengapa kalau hendak membaca buku - buku tinggi tanpa berguru kerana dia sudah sedia mempunyai asas ilmu islam yang kukuh. Kalau dia membaca buku wahabi dia dapat mengesan apakah kesalahan yang terdapat didalamnya. Kalau dia membaca buku orientalis dia dapat membidas balik tanggapan buruk mereka terhadap islam. Apakah dia ilmu asas itu? Itulah dia ilmu yang golongan mubtadi' ego dan malas ini ingin membaca dan sentiasa ingin berhujah. Ia adalah perkara - perkara asas dalam setiap ilmu agama seperti hadis, tafsir, usul fiqh, nahu, saraf dan banyak lagi sepertimana yang terkandung dalam manhaj kuliah pengajian Islam di seluruh dunia.

Bagi golongan mujtahid saya malas hendak memanjangkan kalam lagi. Bolehlah bertanya lebih lanjut tentang orang yang lebih fakih.

Walaupun begitu, tidak semestinya kamu sebagai gologgan mubtadi' dilarang untuk membaca buku asas - asas Islam ini. Apa yang penting adalah apabila kamu membahas dan menceritakan satu ayat quran atau hadis kamu mesitlah benar benar faham maksud dan tafsirannya setelah diterangkan oleh guru. Kalau seperti buku ringan dan tidak memerlukan kefahaman yang mendalaman itu tidak mengapa. Yang menjadi masalah apabila mereka ini mereka - reka tafisran sendiri mengikut hawa nafsu

Ingin juga diberi peringatan disini, pengajian dengan guru adalah berterusan. Jangan hanya bertanyakan guru apabila terdapat musykil tentang sesuatu ayat sedangkan kelas pengajiannya tidak pernah pergi. Apabila berlakunya begini akan terdapat dua tafsiran. Tafsiran murid dan tafsiran guru. Maka akan bertambah bingunglah sesuatu ilmu itu. Seperkara lagi pernah diberitahu oleh ust Fuad, salah seorang ustaz yang amat laris dipanggil untuk pengajian kitab di setiap BAKAN. Dia berkata "Berhatilah ketika mencari ilmu atau fakta di dalam internet kerana banyaknya telah terpesong."

Membaca amalan mulia. Berguru juga perkara yang dituntut. Apabila membaca tanpa berguru sesatlah jadinya. Apabila berguru tanpa membaca jadilah bayi yang asyik disuap bubur. Perkara yang paling baik adalah pertengahan.

Jauhilah perbalahan tentang isu agama ini kerana nabi bersabda sesiapa yang meninggalkan perbalahan walaupun dia benar dia akan mendapat sebuat mahligai di syurga kelak. Di dalam penulisan, perkara berkaitan agama, budaya, moral, perilaku dan kehidupan sosial, perlu diletakkan batasan dan disertakan penulisan bijak.

Bagi pendakwah diluar sana yang sibuk berblog dan bertulis tanpa menghadiri majlis ilmu jangan harap kamu dapat epal yang enak dari ladang yang buruk.

p/s : marilah sama sama meramaikan madrasah nawawi dan majlis pengajian di mesir ini. Kami semua sentiasa menanti kehadiran anda dengan hati terbuka. www.madrasahimamnawawi.blogspot.com .

ditulis dan ditokok tambah oleh : Aizat
disemak oleh : Ust Salman

Jangan takut..kita mampu melawannya

Disini terdapat beberapa video tentang illuminati dan yang seperti dengannya. Mungkin ramai di kalangan kita pernah mendengar tentang illuminati ini tetapi maklumatnya tidaklah seberapa sangat. Video ini lebih banyak dan lebih mendalam mendedahkan tentang teori konspirasi oleh illuminati ini. Apabila kamu melihat video ini jangan takut terhadap kuasa besar mereka. Kita ada Allah, tuhan segala makhluk. Dialah yang mengawal segala - segalanya termasuk iblis laknatullah. Kita mampu melawan mereka. Oleh itu satukanlah hati kalian semua menentang konspirasi jahat mereka ini daripada hanya berbalah tentang isu kecil dalam agama.

Semoga kita semua tidak terpengaruh dengan segala rancangan jahat mereka yang sangat halus dan tidak ternampak oleh kita. Majoriti diantara kita masih lagi ketiduran tentang konspirasi mereka. Alat mereka yang paling utama bagi mengalih perhatian kita adalah HIBURAN. berhati - hatilah ketika menonton filen, bermain game dan mendengar lagu.

Sebahagian daripada rancangan yang mereka laksanakan sengaja mereka dedahkan untuk menunjukkan kekuatan mereka dan sebahagian lagi mereka sembunyikan. Bagi sesiapa yang mendedahkan maklumat tersembunyi kebanyakannya hilang entah ke mana.

"dan mereka orang - orang kafir membuat tipu daya maka Allah pun membalas tipu daya. Dan Allah sebaik - baik pembalas tipu daya" ( Al - Baqarah : 54 )

p/s : nantikan kemunculan seterusnya yang mendedahkan selsema babi adalah buatan manusia iaitu termasuk dalam rancangan konspirasi. Informasi lebih lanjut lawati ibnuyaacob.com

Part 1


Part 2 :
http://www.youtube.com/watch?v=AkY6PxDrKeg

Part 3 :


Part 4 :


Part 5 :


Part 6 :


Part 7 :


Part 8 :


Part 9 :


Part 10 :


Part 11 :

Sunday, June 14, 2009

transisi dua tamadun

Sejak kebelakangan ini, rasa seperti malas hendak menulis. Mungkin kerana sudah tenang daripada peperiksaan yang memenatkan. Rasa Menulis ini akan datang apabila berada dalam keadaan emosi atau tertekan contohnya ketika periksa. Kalau menulis dalam dua keadaan ini, berbagai idea dan pendapat akan keluar dari fikiran yang menyebabkan tulisan itu menjadi panjang dan terkadang menyinggung perasaan sesetengah pihak. Tetapi apabila periksa sudah selesai atau rasa tenang, saya lebih suka membaca dari menulis.

Banyak buku yang sudah saya baca. Dakwah fardiah, peranan pelajar, Zionisme, dan lain - lain. Tidak ketinggalan juga buku dari barat seperti kesemua siri harry potter, novel bahasa inggeris sehinggakan saya pernah menjadi ahli satu kedai buku terpakai yang menjual novel klasik dengan harga murah. Buku yang saya baca ini rata - ratanya saya peroleh dari internet, pinjam dan beli.

Pada suatu hari, disebabkan sudah bosan kerana tidak tahu hendak membaca buku apa, saya cuba membaca semula buku yang telah saya baca. Apabila saya melihat helaian demi helaian ternyata kesemuanya telah saya lupa dan tidak ingat dengan jelas. Apbila saya membaca dengan lebih terperinci saya rasa seperti membaca semula. Sama seperti ketika menghafal quran di DQ dahulu. Kemudian saya beralih kepada buku lain. Perkara sama juga berlaku. Kenapa jadi begini?

Saya merenung jauh memikirkan apalah nasibku kalau berjuta - juta buku sudah dibaca tetapi yang diingat hanyalah sedikit. Beberapa perkataan sahaja yang diingat daripada sejumlah buku yang dibaca. Rugi dan sia - sia sahajalah segala masaku dibuang untuk membaca buku sedangkan membaca itu amalan mulia

Jawapannya mudah sahaja. Tidak ingat kerana tidak beramal. Itulah poinnya. Kalau hendak diikutkan, orang seperti saya ini yang suka membaca ramai. Semua suka membaca, terutamanya para blogger. Mestilah mereka kena banyak membaca bagi mendapat idea unutk menulis dalam blog. Tetapi mereka ini atau mungkin saya sendiri kurang beramal setelah membaca, Membaca hanya kerana menahut seruan kempen membaca yang sentiasa digembar - gemburkan.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga untuk tidak lupa apa yang telah dibaca, amalan atau praktikal mestilah disusuli selepas pembacaan. Selepas beramal kenalah pula disusuli dengan penyebaran.Inilah antara rukun ilmu iaitu bermula dengan bertanya, mendengar, faham, hafal, beramal dan sebar. Sebolehnya, usai sahaja kamu membaca sesebuah buku biar sekecil mana pun buku itu, tulislah ulasan buku tersebut dan berikan pendapat kamu. Dengan cara ini lebih mudah kamu dapat merujuk semula buku yang telah dibaca dan akan bertambah lagi pengingatan kamu tentang sesuatu buku tersebut.

Inilah pentingnya berblog. Setiap orang ada buku yang dia minat membaca berdasarkan hobinya. Setiap orang ada penngalaman hidupnya samada yang pahit ataupun manis yang boleh dijadikan pedoman hidup untuk semua orang.

Ada yang berkata kalau selalu berblog, tiada masa hendak membaca sedangkan masa 24 jam sehari itu amat panjang dirasakan kalau dimanfaatkan sepernuhnya. Cuma golongan lalai ini yang tidak pandai mengurus masa menyebakan masa dibuanng begitu sahaja. Ada yang berkata berblog menunjukkan penulis itu seorang yang baik apabila membaca penulisannya sedangkan kalau dilihat dari luar perangainya tidak ubah seperti monyet jalanan. Sebab itu dia tidak mahu berblog kerana tidak mahu menjadi hipokrit. Alasan ini serba sedikit boleh memberi pengajaran kepada blogger supaya menulis apa yang mereka sudah sedia senang untuk beramal. Tetapi bagi golongan yang mengkritik penghipokrit dalam berblog ini, ketahuilah orang - orang kafir di luar sana banyak mengeluarkan kenyataan palsu dan memesongkan ajaran dan sejarah agama kita melalui media masa. Maka dengan cara apakah kamu mampu hendak membalas balik kenyataan mereka ini? Adakah kamu hanya ingin bertingguk di atas batu melihat kerosakan yang dilakukan zionisme ini terutamanya di palestin? Saya baru tahu yang Nasionalisme dalam buku sejarah di sekolah menengah dahulu adalah rekaan orang barat yang ingin memushnahkan tamadun Islam ketika membaca blog demi blog disamping mendengar ceramah.

Kesimpulannya, Marilah sama - sama berblog. Jangan takut dan malu hendak menyiarkan artikel. Ramai lagi ustaz di luar sana boleh membantu anda membaiki kesilapan dalam menulis. Penulisan berbentuk menaikkan semangat unutk membaiki diri melawan nafsu adalah karya paling tinggi nilainya kerana syaitan akan takut terhadap segala tipu daya dan godaannya didedahkan yang akan menyebakan manusia lebih mudah menangkis bisikan jahat syaitan.



Saya suka baca buku kecil dan nipis seperti yang dikeluarkan oleh BAKAN ini. Nampak ringan, mudah dan senang untuk dibaca. Tidak mempunyai ayat atau perkataan yang pelik dan olahnnya menarik minat golongan muda mudi. Setiap bahagian disusun dengan rapi supaya pembaca tidak menjadi bosan ketika membaca. Ruangan kartun diletakkan di bahagian tengah dan belakang bagi menghilangkan kepenatan membaca. Ruangan sajak, puisi, cerpen, artikel ilmiah semuanya telah dirancang dengan baik. Tahniah kepada Suara Kampu edisi Johor

Naik semangat apabila membaca 5 artikel yang dimasukkan sekali gus dalam ruangan 'Tumpuan' dan ditulis oleh penulis yang berlainan setiap artikel. Tertarik saya apabila membaca tajuk 'Bentuk Peralihan' di muka surat 21. Rene Descartes ( RD ) telah membaca sebuah buku imam Ghazali bertajuk "al-minqidh min al-dhalal" dan dia telah menggariskan perkataan 'keraguan adalah peringkat pertama keyakinan' dengan pen merah. Kemudiannya si RD ini telah memberikan inotasi di tepi ayat itu dengan menulis "pindahkan ini ke dalam methode kita'. Maka dia telah memindahkan ayat ini ke dalam bukunya dengan menulis 'keraguan adalah jalan pertama keyakinan'

Nah, inilah salah satu cara Tamadun barat menngambil keagungan tamadun ilmu kita. Memang patutlah mereka ini nampak gah sekarang ini kerana mereka sangat bersungguh dalam mencari ilmu dan sentiasa meneroka. Cuma umat Islam khususnya pemuda sekarang ini tidak pandai dalam mencari ilmu yang dihasilkan oleh tamadun barat. Hanya suka membaca artikel bahasa ibunda sahaja dan menonton filem terpaksa menggunakan sari kata. Sampai bilakah umat ini ingin sedar dari lenanya yang hanya akan bangkit apabila disuluh dengan cahaya ilmu?


P/S : dengan kata PCM akan mengeluarkan beberapa buah buku lepas ini. Buku apa itu agaknya?

Saturday, June 13, 2009

Seorang demi seorang

Ramainya pergi meninggalkan medan jihad. Ya Allah, teguhkan hati dan kaki kami menempuhi di medan jihad yang sangant berliku dan berduri ini.
Walaupun panglima kami sudah tiada, kuatkanlah tangan kami memegang panji - panji peperangan dengan kafir laknatullah. Sebak hati ini menulis pemergian dua orang tentera Islam sudah dipanggil menemui Allah.

[fathi+yakan.jpg]
Ust Fathi Yakan

Teringat aku pesanan ustaz salman.

" Tak perlulah kamu terlalu sibuk sangat dengan exam dunia. Itu semua benda tak pasti. Lebih baik kamu bersungguh untuk mendapatkan benda yang pasti akan berlaku. Kiamat. Bayangkan kalau kamu mati ketika exam? sedangkan solat dan amalan lain kamu tak seimbangkan haknya."

Maksud ucapan di atas bukanlah kena bersungguh solat seperti malaikat dan bukan juga bersungguh belajar seperti albert einstein. Perkara paling baik adalah pertengahan. Ayat di atas sebagai peringatan supaya jangan terlalu sibuk dengan sesuatu perkara sehinggakan perkara lain terabai.

Tidak ku sangka pesanan ustaz itu akhirnya menjadi kenyataan tatkala ku mendengar kematian rakanku Ammar Zulkifli. Seorang yang sangat lembut tutur katanya, sopan cara percakapannya, manis bicaranya, indah tutur katanya dan sentiasa senyum menampakkan barisan giginya yang keputihan dan tersusun rapi

http://farm4.static.flickr.com/3559/3614791837_80122a9f60.jpg?v=0
sumber gambar: kijangterbang.blogspot.com ( kijang boleh terbang ke? )

Kisahku bersamanya

Walaupun aku jarang berdamping dengannya tetapi hendak juga ku menulis serba sedikit bermula dari perkenalan hingga kehidupan ku bersama dia. Aku tidak mahu menjadi sahabat yang berkawan kerana dunia tapi berkawan kerana Allah

Aku mula mengenalnya di kelas bahasa inggeris group 5 semasa di Darul Quran dahulu. Seorang yang sentiasa senyap dan apabila berhujah begitu banyak sekali dalil dan hadis terpancul dari mulutnya. Begitu petah dan tegas sekali dalam mengusung hujah. Pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi IQRaC, persatuan pelajar persijilan Darul Quran kemudian melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan apabila mendapat tawaran biasiswa JPA. Ketika itu berbondong - bondong pelajar cemerlang dalam SPM keluar DQ dek mendapat biasiswa atau pinjaman untuk menyambung pelajaran di luar negara. Ada juga yang keluar kerana tertekan dengan kehidupan DQ yang terlalu syadid kerana terpaksa menghafal 2 muka setengah setiap sehari lalu mencari ketenangan di matrikulasi. Aku juga senasib dengan Ammar pergi melanjutkan pelajaran ke Mesir, cumanya dia pergi dahulu dariku yang diurus oleh Yayasan Islam Kelantan

Di Mesir

Setibanya aku di Mesir aku jarang mendengar khabar dari Ammar sedangkan di DQ beliau sangat aktif dalam persatuan. Kali terakhir ku berjumpa dengannya ketika pameran buku antarabangsa di kaherah baru - baru ini. Hatiku berbunga riang tatkala ternampak dia ketika itu.

"Eh ammar, lama tak nampak. Gi mane la sebelum ni. Ke sibuk stadi?" Sapa aku ketika terserempak dia bersama rakan - rakannya. Aku menggunakan bahasa anta dan ana dengannya kerana dia sentiasa melazimi perkataan itu.

"Eh izat. Takdela. Ana biasa - biasa camtu jer. takdelah sibuk dan takdelah free sangat." Jawabnya spontan. Lega rasanya dia masih mengingati namaku walaupon sudah lama tidak berjumpa

"Beli buku apa tu?" Tanyaku kembali memancing perbualan

"Buku anatomi terjemahan. Ada dua bahasa. Bahasa arab dan bahasa inggeris. Senang sikit nak kuasai bahasa arab ni. Siap ada gambar sekali" Jelasnya padaku sambil mengeluarkan buku tersebut dari plastik dan menunjukkannya padaku

"O. Mantaplah nta amar. Sama seperti dulu. Cuma kurang menonjol sekarang ini." Kagum aku dengan penampilannya

"Eh, Takdelah, biasa - biasa jah. Okla izat. Ana nk beredar dulu. Nak survey kedai lain pula. Assalamualaikum." Begitulah dia. Sentiasa merendah diri

"Waalaikumussalam." Jawabku lemah. begitulah Ammar. Tidak puas rasanya dapat berjumpa dengannya sebentar begitu. Rasanya hendak sahaja memanjangkan perbualan bersamanya tetapi memandangkan dia masih ada banyak aktiviti terpaksalah ku melepaskannya.

Semenjak dari itu aku tidak pernah berjumpa dengannya lagi. Ketika Hari Sukan yang diadakan di Mansurah baru - baru ini aku tidak sempat juga bertemu dengannya. Mungkin kerana ku sibuk dengan tugasan unit disiplin dan beliau pula sibuk dengan tugasan unit fotografi.

Setiap jiwa pasti akan merasai mati

Pukul 2.30 pagi

"Aduh. Bangun lewat lagi." Aku melihat telefon bimbit ku menunjukkan ada 7 panggilan tidak terjawab.

"ni mesti kerja arab takde keje miskol orang" rungutku dalam hati. Sebelum ini aku selalu terima panggilan dari orang arab tidak dikenali menelefon aku tanpa sebab. Hanya berniat untuk mengacau. Inilah kerja monyet apabila mendapat bunga

Lantas aku bangkit dari katil menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Sehari peperiksaan pathology telah membuatkan seluruh badanku terasa letih dan tidak bermaya. Hari ini peperiksaan pathology kertas 2 akan menyusul. Banyak helaian muka surat pathology masih ku tidak hafal. Sedangku membelek helaian buku tiba - tiba pintu bilikku diketuk oleh rakanku lantas masuk.

"Jak, Lupa aku nk cakap kat ko. Budak cairo 5 orang accident. Sorang meninggal. 2 cedera parah. 2 lagi cedera biasa." beritahunya padaku bersungguh sekali.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" Bisikku dalam hati. Begitulah kehidupan di mesir. Setiap tahun pasti ada kes kematian pelajar Malaysia.

"Yang meninggal tu budak DQ. Mesti mu kenal jak. Kawan ko. Lupa lak namanya..jap..erm...haa...Ammar" beritahunya lagi

"Ammar? sape ek" terpinga - pinga aku memikirkan siapakah kawanku bernama Ammar di DQ dahulu.

"Oo0..erk" terhenti ucapanku di saat itu. Terkesima sebentar. meremang bulu romaku bila fikiranku tancap membayangkan wajah kawanku yang kerdil tapi berjiwa besar bernama Ammar di DQ dahulu. Pusat kawalan otakku hampir sahaja aktif untuk merembeskan ari mata. Tapi ku menahan juga, sengaja hendak menyembunyikan perasaan sedihku ini.

Ijo segera meninggalkan bilikku melihat diriku sepi dan senyap mengingatkan sahabatku yang meninggal. Memahami perasaanku.

Baru aku sedar yang panggilan tidak terjawab tadi adalah dari sahabatku di kaherah ingin memaklumkan tentang kejadian ini. Apabila aku melihat semula direktori penggilan tidak terjawab itu, ternyatalah bahawa 3 panggilan dari sahabatku di kaherah dan 4 lagi dari mujahid kawanku di DQ dulu juga.

Taubat

Dunia yang fana ini hanyalah sementara. Itu sahaja yang mampu ku ucapkan bilamana terkenangkan sahabatku yang sudah menerima panggilan tuhan. Hatiku sebak lalu tiba - tiba air mata jernih keluar menyelusiri pipiku tatkala mendoakan sahabatku agar bahagia bertemu tuhan dengan penuh rahmat.

Dunia ini penuh dengan fitnah dan ujian. Banyak maksiat yang telah ku lakukan samada secara sedar mahupun tidak sedar ketika melakukannya. Semakin kuat tangisanku bilamana terbayangkan bagaimanlah kalau aku yang dicabut nyawa ketika itu dan akan berjumpa denganNYA bersama kotoran maksiat menyelaputi tubuhku.

Berita sahabatku meninggal itu memberiku iktibar bahawa kematian itu sangat hampir. Tidak mengenal usia dan tempat. Bila mana seruan Allah tiba, tidak akan dipercepatkan dan tidak akan diperlambatkan walaupun sesaat. Tetapi mengapakah diriku dan masyarakat di sekelilingku ini masih lalai dengan kehidupan dunia ini?

"Ya Allah, ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, saudaraku, sahabatku dan seluruh umat islam samada yang masih hidup ataupun yang telah mati lindungilah kami semua dari fitnah dunia akhir zaman ini yang sangat mencabar. Hanya Engkau sahajalah penolong bagi kami semua berperang dengan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan"

Amin...

Monday, June 8, 2009

Berakhirnya Muktamar..

Muktamar PAS kali ke 55 yang telah diadakah di parlimen saya sudah melabuhkan tirainya. Semoga pimpinan yang baru dilantik dapat menunaikan amanah dengan sebaiknya. Jalan ke Putrayaja hampir dekat. Sasaran kita seterusnya adalah PRU13. Semoga semua ahli PAS bukan sahaja pimpinan bersama - sama menggembleng tenaga bagi menegakkan daulah Islamiyah dan memerangi mereka - mereka yang menyekat jalan kemenangan ini.

Sayu melihat kesemua ahli PAS diberi peluang untuk hadir ke muktamar. Ada kawan saya dari Perak walaupon bukan perwakilan sanggup turun juga. Saya yang dibelenggu dengan rantai peperiksaan ini hanya mampu menekan butang tetikus untuk mengikuti perkembangan muktamar. Setiap laporan daripada muktamar saya baca dan ucapan penggulungan dari setiap pimpinan yang amat memberi kesan kepada semua muktamirin.

Kalau hendak diikutkan, semua pepimpin PAS ini saya selalu berjumpa, berbeza dengan pemimpin yang mentadbir negara sekarang ini. Dato' husam dan Nik abduh saya jumpa di Mesir ketika siri lawatan kerajaan kelantan di sini setiap tahun. Apatah lagi mursyidul am, Tok Guru. Siapa yang tinggal atau pernah belajar di kelantan, tidak pernah jumpa tok guru lebih dari 10 kali memang seperti katak di bawah tempurung.

Bagi mengubat rindu saya terhadapt muktamar saya telah berkali - kali mendengar lagu tema PAS. Saya tergerak hendak mendengar apabila melihat rakaman video pemuda PAS gombak yang mengamuk ketika memberi ucapan kerana terlalu semangat sehinggakan menyanyikan lagu PAS dengan suara dan pitching yang boleh diambil sebagai artis kalau Warner Studio mendengarnya.






adakah kau lupa
kita pernah berjaya
adakah kau lupa
kita pernah berkuasa

memanyungi dua petiga dunia
merentas benua melayari semaudera
keimanan juga ketaqwaan
rahsia mereka capai kejayaan

bangunlah wahai anak bangsa
kita bina kekuatan jiwa
tempuh rintangan perjuangan

gemilang generasi yang silam
mmembawa arus perubahan
keikhlasan hati dan nurani
keutulusan jiwa mereka berjuang

sejarah telah mengajar kita
budaya islam di serata dunia
membina tamadun berjaya
merubah mengangkat maruah

Saturday, June 6, 2009

Imam nawawi dan Rabiatul Adawiyah

Wahai sahabatku

Mengapakah kamu tidak mahu mengikat tali perkahwinan

Adakah kerana kamu merasa masih tidak layak lagi
Adakah kerana kamu merasa dirimu masih muda
Adakah kerana kamu ingin tumpu kepada belajar dahulu
Adakah kerana kamu tidak mempunyai cukup harta lagi
Adakah kerana kamu masih ingin bersuka ria lagi di dunia ini
Adakah kerana kamu suka hidup berseorangan
Adakah kerana kamu menunggu seseorang melamar kamu
Adakah kerana kamu tiada perasaan pada perempuan
Adakah kerana kamu takut harta cepat habis
Adakah kerana tiada orang menjadi perintis
Adakah kerana kamu memandang negatif pada orang yang berkahwin
Adakah kerana kamu menganggap perkahwinan itu membebankan
Adakah kerana kamu tidak ingin pada anak
Adakah kerana kamu menganggap dirimu masih muda
Adakah kerana kamu tidak suka hidup berdua - duaan
Adakah kerana kamu takut berjumpa dengan bapa mertua
Adakah kerana kamu lebih suka bermesej dengan perempuan ajnabi
Adakah kerana kamu lebih suka bergurau senda dengan perempuan ajnabi
Adakah kerana kamu lebih suka berkapel
Adakah kerana kamu lebih suka melunaskan nafsu dihadapan komputer
Adakah kerana kamu lebih suka melihat perempuan ajnabi
Adakah kerana kamu tidak suka pada sunnah nabi
Adakah kerana kamu ingin menjadi seperti malaikat
Adakah kerana kamu tidak mahu menyempurnakan separuh lagi imanmu
Adakah kerana tiada perempuan cantik berkenan padamu
Adakah kerana tiada perempuan yang kamu perkenan
Adakah kerana ibubapa mu tidak memberi keizinan
Adakah kerana kamu tunggu habis belajar
Adakah kerana kamu telah menetapkan pada umur sekian untuk berkahwin
Adakah kerana kamu ingin mencari populariti dahulu
Adakah kerana kamu merasa kematian masih lambat lagi
Adakah kerana kamu merasa kiamat masih lambat lagi
Adakah kerana kamu merasa masih tidak cukup ilmu lagi untuk berkahwin
Adakah kerana kamu takut pada perceraian
Adakah kerana kamu takut tidak setia pada bakal isterimu
Adakah kerana kamu ingin menjadi seperti imam nawawi

Katakanlah TIDAK pada kesemua godaan syaitan di atas yang telah menusuk dan meracuni mindamu.
Nescaya perkahwinan itu mudah bagimu.





Gambar dua pupu ku, Kak liyana melangsungkan perkahwinan bersama kawan sekuliahnya dahulu. Kak Liyana sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang kejuruteraan di UIA dan juga bekerja sambilan sebagai tutor. Suaminya pula bekerja di salah sebuah syarikat sebagai jurutera.

Kak liyana seorang yang sangat baik, dan selalu memberi nasihat sewaktu saya masih di tingkatan 1 di MML sama seperti ayahnya, pakcik Kamal. Semoga Kak liyana dan suami bahagia bukan sahaja hingga ke anak cucu tetapi hingga ke syurga abadi.

Harapan saya agar kak Liyana mampu menghasilkan anak seperti Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al - Fatih dan pejuang - pejuang agama Islam yang lain. Umat Islam di masa kini amat dahagakan pejuang, tentera atau kader2 bagi mendaulatkan Islam di muka bumi ini dan juga melenyapkan zionis laknatullah dari muka bumi ini. Asuhlah anak dengan didikan dan suasana Islam yang kuat. Anak - anak begitu terdedah sekali dengan pelbagai cabaran di dunia masa kini bermula daripada internet, permainan melalaikan dan bermacam lagi. Tanamkanlah cinta ilmu pada anak kerana dengan ilmulah wujudnya kesedaran berjuang dan umat Islam tidak akan mudah ditipu oleh musuh - musuh Islam

p/s : Semangat sebab baru lepas tengok Muktamar PAS.

Friday, June 5, 2009

Bermuda Triangle

Mungkinkah kes - kes kehilangan kapal terbang lenyap ketika melalui segitiga bermuda berlaku semula?klik. Hanya Allah sahaja yang tahu..

Wednesday, June 3, 2009

Arabcartoon.net

Ketandusan idea ingin menulis. Cuma hendak mengumumkan sedikit, blog UPI PCM baru ditubuhkan oleh abang hanif selaras dengan penubuhan blog karnival keluarga mansrah. klik dan klik. Abang Hanif siap bagi kata laluan pada saya. Niatnya mahu sahaja menulis dalam blog UPI. Tapi tiada idea sebab sibuk dengan peperiksaan. UPI sekarang kurang mengeluarkan hibrul ummah disebabkan oleh kekurangan penulis. Saya sendiri tidak pernah tulis hibrul ummah sebab tidak tahu cara menulis secara fakta kerana ia memerlukan sumber yang banyak dan masa yang panjang. Sebenarnya hibrul ummah boleh sahaja buat dalam bentuk kartun tapi saya tidak pandai lukis pula. Jadi kalau ada apa - apa cadangan bagaimana hendak mempelbagaikan cara kreatif hibrul ummah bolehlah beritahu pada abang hanif di blog atas.

Kalau tulis santai seperti ini senanglah. Pernah sekali saya tulis fakta dekat blog madrasah imam nawawi berdasarkan kitab yang diajar.klik. Itu pon selepas Ustaz Salman edit. Mungkin selesai peperiksaan ini saya akan tulis beberapa artikel fakta berdasarkan buku - buku yang telah/akan saya baca seperti Peranan pelajar, tanggungjawab pemuda dan lain - lain. Menarik juga kalau dapat mengulas sesebuah buku yang dibaca baca. Ia akan mendorong orang lain untuk turut sama membaca. Kalau setakat tunjuk, pamer dan berbangga dengan buku - buku yang dibeli di pesta buku seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah blogger tapi tidak baca baik jadi himar

Di bawah ini, disebabkan tidak reti melukis, saya tangkap sajalah gambar dari buku koleksi soalan tahun lepas. Orang IkhwanulMuslimin ini memang bagus sekali. Banyak sekali cara -cara mereka berdakwah. Mereka jual buku dan di dalam buku tersebut ada kata - kata semangat untuk membebaskan Palestin, ada pelbagai kartun mengkritik dan menyuntik semangat pejuang Islam dan macam macam lagi. Kadang - kadang mereka buat pameran di universiti. Tayang gambaran sebenar di Palestin dan kartun - kartun yang mereka lukis sendiri. Ingin sahaja saya cadangkan supaya UPI bekerjasama tolong menolong dengan ikhwan universiti buat pameran seperti ini tetapi memandangkan faktor keselamatan PCM tidak mengizinkan terpaksalah saya melihat sayu kerja - kerja dakwah mereka. Jikalau PMRAM mengizinkan untuk menyertai ikhwan pasti saya akan duduk bersama mereka belajar uslub dakwah dan pelbagai ilmu dari mereka.

Saya lihat pameran tersebut orang arab sahaja pergi sebab orang melayu tidak faham bahasa dan malu. Saya pernah ingin masuk ke pameran itu tapi melihatkan bahasa ammiah yang terlalu pekat tidak jadi pula. Orang arab itu siap pelawa dengan bersungguh - sungguh lagi suruh saya masuk.

Walaubagaimanapon, sama - samalah jayakan dan bantu PCM atau orang melayu dulu kerana kita lebih rapat dengan mereka. Tambah pula, ramai lagi melayu yang akan datang sini angkara satu agen yang sangat haprak itu.

Cukuplah setakat ini. Nanti masuk bab kritik pula. Mudah - mudahan sesiapa yang ingin pergi mesir itu pergilah buka laman ni. klik.








Monday, June 1, 2009

Pato

Ketika sedang membaca buku special pathology saya tiba - tiba rasa lemah semangat, malas dan macam - macam perkara negatif datang. Apabila saya melihat buku dan melihat pula pada naked eye dan microsopic picture sama seperti dalam buku praktikal.

"Aduh! Nak tengok mana satu ni? Buku besar lain buku praktikal lain gak tulis." rungut saya.

Dalam kekacauan berfikir ingin baca yang mana satu terus saya teringat pertanyaan kawan saya kepada doktor ketika kelas muzium.

"Doktor, Which one is better? Either point from main book or practical book?" Tanya kawan saya dalam bahasa inggeris yang tersekat - sekat.

"Both are equally important. But it's better to read from the main book. If you write point from the main book in practical exam you still can get full mark" Jawab doktor fasih sekali. Malu saya doktor yang berbangsa arab boleh cakap sebegitu petah.

Lantas saya terus sambung kembali membaca buku besar daripada buku praktikal. Walhal pula, buku praktikal histopathology sudah diserahkan kepada Jabatan. Yang masih ada dengan saya hanyalah nota ringkas dari kedai tanpa gambar berwarna. Kalau hendak baca banyak buku itu dan buku ini sedangkan maklumatnya sama akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah rumit. Akhirnya susunan maklumat akan berterabur dan kabur ketika peperiksaan.


Kisah 2

Bising di Yahoo messenger, pelajar tahun satu tidak puas hati dengan soalan biochemistry. Katanya soalan kali ini paling susah dari tahun sebelumnya. Banyak alasan telah dilontarkan seperti kena lukis formula struktur, tajuk kecil pon masuk dan lain-lain.
Rata - rata di kalangan mereka semua bingung dan menjangkakan dur thani untuk subjek ini. Tetapi ada juga jawapan yang menarik minat saya untuk menasihati junior saya ini. Saya telah tanya pendapat seorang pelajar tahun 1 juga tentang soalan tadi dan jawapannya mudah dan sangat boleh dijadikan kritikan membina kepada yang putus asa.

"Alah biasalah soalan biokem camtu. Aku tengok soklan-soklan tahun lepas tak pernah sama. Jadi kalau nak selamat baca semua jerla. Lagipon aku baca bukan kerana pekse. Aku nak dapat ilmu tu."

Sama - sama muhasabah...